Thursday, April 28, 2011

Drama Cita dan Cinta TV9 lakonan Beto Kusyairy dan Sharifah Amani

Celebrity of the week are Sharifah Amani and Beto Kusyairy..Masuk post nie,dah ada tiga entry pasal diorang,dalam hari yang sama pulak tue..dashyat betul..Lepas ni pasti Beto Kusyairy popular..mana tak ye..tiga drama seminggu.

Lagi karya Azma Aizal Yusoof dan terbitan Radius One sdn bhd dengan tagline Mana lebih penting? Cita atau cinta?


Cita dan Cinta mengupas isu terkini remaja yang melibatkan percintaan, kasih sayang antara keluarga dan persahabatan. Dalam usia remaja sebegini, mereka kini sentiasa dilanda masalah antara melayani cinta dihadapan mereka ataupun cita-cita yang boleh melibatkan masa hadapan mereka. Sudah semestinya dikala usia muda ini, mereka tidak terlepas daripada mempunyai perasaan jatuh cinta, disayangi dan menyayangi, namun pada masa yang sama mereka juga ingin mengejar cita-cita mereka. Cita & Cinta yang mengandungi 13 episod ini memperkenalkan lima watak remaja yang menjadi tunjang kepada drama ini.
Bermula dengan pertemuan Azlan lakonan Izzue Islam berasa tertekan kerana penyanyi utama kumpulannya iaitu Indah (Chomel Fana) telah menarik diri dan sekaligus memutuskan hubungan dengan Azlan. Azlan pula bercita-cita untuk mempunyai kumpulan muzik terkenal suatu hari kelak. Ini membuatkan Azlan berada di dalam situasi yang sangat tertekan. Apatah lagi Azlan sememangnya mempunyai sikap baran telah memarahi sesiapa sahaja yang berada dekat dengannya termasuklah sahabat baiknya iaitu Fiq (lakonan Beto Khusyairi). Sharifah Amani yang melakonkan watak kembar kepada Azlan iaitu Zalia berasa amat rimas dengan kelakuan Azlan. Fiq amat memahami sikap Azlan, apatah lagi masalah keluarga yang dihadapi oleh Azlan dan Zalia. Pada masa yang sama, Zalia pula telah lama menaruh hati kepada Fiq tetapi hanya memendamkan sahaja hasrat tersebut. Suatu hari, muncul Diya anak saudara kepada pemilik café dan bekerja di situ. Diya yang dilakonkan oleh Nadia Aqilah, mempunyai sikap yang pendiam dan suka membawa diri. Fiq pula sering melihat Diya menangis seorang diri dan ini menimbulkan perasaan kasihan terhadap Diya. Fiq cuba merapatkan diri dengan Diya dan kebetulan pula Diya amat menyenangi Fiq yang senitasa mengambil berat tentang dirinya.
Azlan pula masih kebingungan mencari penyanyi bagi kumpulannya. Tanpa disangka, Diya mempunyai kebolehan menyanyi dan mempunyai cita-cita untuk menjadi penyanyi terkenal suatu hari nanti. Diya mula menyanyi lagu-lagu yang digubah oleh Azlan sementara lirik pula ditulis sendiri oleh Fiq. Diya amat menyukai lirik-lirik yang dihasilkan oleh Fiq. Ini membuatkan mereka semakin akrab. Keadan ini tidak disenangi oleh Zalia yang menaruh hati terhadap Fiq dan berasakan dia hanya bertepuk sebelah tangan. Kini Zalia lebih rapat dengan Jimmy (lakonan Keifli Idir ) yang sentiasa menjadi sahabat setia untuk meluahkan masalah.
uatu hari berlaku pertelingkahan antara Azlan dan Diya. Tanpa disangka, Azlan juga turut menaruh hati kepada Diya. Fiq terpaksa memberi laluan kepada Azlan kerana Azlan merupakan sahabat baiknya, Diya pula terpaksa berterus-terang dengan semua sahabat barunya yang dia baru sahaja bercerai dan kini sedang berusaha mendapatkan hak penjagaan anaknya. Ketika mereka sedang bertelagah itu, Zalia tiba-tiba menerpa mereka dan memberitahu yang Jimmy telah dimasukkan ke hospital. Jimmy sebenarnya menghidapi penyakit kronik dan tidak pernah berkongsi dengan sesiapa masalah penyakitnya. Apatah lagi Jimmy menghadapi masalah kewangan kerana tidak dapat menampung perbelanjaan pembedahannya.
Apakah kesudahan hubungan cinta tiga segi Azlan, Diya dan Fiq? Berjayakah Azlan memujuk Diya untuk menjadi penyanyi utama kumpulannya? Bagaimana pula dengan Zalia yang menaruh hati dan perasaan terhadap Fiq dan perasaan kasihannya terhadap Jimmy yang kini terlantar sakit?
Nantikan jawapannya menerusi slot Aurora : Cita dan Cinta yang disiarkan pada setiap Khamis, 8.30 malam
nak tonton malam nie..
sumber: budiey.com

esok balik kampung yeah...bestnya!

 Read More about Beto:





Kashaf Imani

Baru je cerita pasal Beto,semalam Astro Ria tayang balik cerita Kashaf Imani.(macam berjanji pulak)memang tak tahu pun Astro nak tayang Kashaf Imani nie.Sebab masa tue tengah tonton Isteriku Zulaikha lakonan Sharifah Amani gak,Norkhiriah dengan Ismail(ala,pelakon antara garisan tue)
Best gak cerita Kashaf Imani...ye la dah termiss  masa dia mula-mula tayang sempena maulidur rasul.


Kashaf Imani mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf ( Beto kusyairy) seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah ( Normah Damanhuri)yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej.Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.
Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu menyelamatkan adiknya daripada kancah maksiat.

Drama ni mengisahkan keinsafan seorang manusia tatkala dia berada di alam roh.Bila difikirkan balik,basis Kashaf Imani macam film Just Like Heaven, versi Melayu..Tapi tabik pada pengarah dia Azma Aiza Yusoof sebab  nampak kebolehan dia dalam pengarahan. Hasilnya cukup membanggakan.Keep it up Azma dan Radius One team!

Lagu tema:




Wednesday, April 27, 2011

Beto Kusyairy- Cita dan Cinta

 Biodata Beto Kusyairy



Tetiba je nak cari nama Beto Kushairy atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan bin Osman.
Itupun lepas tengok telemovie Uri.Cari punya cari,rupa-rupanya terkenal gak Beto Kushairy nie..nape fara je tak tahu?Banyak pulak tu entry pasal Beto dan yang paling kelakar,bila bukak facebook Beto,fara memang dah like dia tapi tak tahu sejak bila...haha
Padan macam pernah dengar! dan tak sangka lagi Beto dah banyak dia berlakon..

Sekarang nie banyak cerita dia kat tv.Suka tengok Beto berlakon, bersahaja dan dia memang berbakat.
Kalau tengok biography Beto,banyak gak drama dia dah tengok but why fara tak kenal dia sebelum nie??Tak perasan pun dia dalam drama..

asal nama beto:
bila dengar beto memang macam pelik je kan. Kta beto“Ketika terbabit dalam Syaitan, saya gunakan nama Kusyairi. Kebetulan Rosyam juga berlakon dalam filem itu, jadi apabila dia tengok saya hanya pakai nama Kusyairi, dia mencadangkan supaya saya gunakan dua nama sepertinya. Kata Rosyam, kebanyakan pelakon menggunakan dua nama, manakala satu nama pula selalunya digunakan oleh penyanyi.

“Kata-kata itu saya pegang. Saya pula malas hendak fikir panjang. Kebetulan, sewaktu di sekolah saya ada kumpulan. Dalam kumpulan itu, kami ada nama panggilan masing-masing. Nama kami diambil daripada sebuah drama Mexico yang berkisar mengenai persahabatan. Nama yang tinggal waktu itu hanyalah Beto, jadi teman rapat memanggil saya dengan nama itu. Jadi saya pun gunakan nama berkenaan sebagai nama cari makan- berita harian
 
TV9: Cita dan Cinta setiap Khamis 9.30 malam
Astro Ria: Kashaf imani


Beto lahir  pada 19/2/1980
asal:     Kuala Lumpur
Biography:
Jln. Pintas(Nam Ron)
Chow Kit(Brando Lee)
Barajiwa(Osman Ali)
Sini Ada Hantu(James Lee)
Nur Kasih The Movie(Kabir Bhatia)
Kami The Movie(Fizi & Fendi)
Syaitan(Bade Azmi)

SHORT FILM:
Hujan Panas(Nadiah Hamzah)
Sangkar(Sharifah Amani)

DRAMA:
Lari Sayang Lari(Yasu Tanaka)
Cita & Cinta(Azma Aizal Yusoof)
Juvana(Faisal Ishak)
Geng Surau(Wan Hasliza/Johan Bahar/Syed Khairul Fariz)
Putra Pura(Johan Bahar)
K.I.T.A(Michael Ang)
Dendam Kesuma:Tun Fatimah(Zaili Sulan)
Apa Dosaku:Sybil Kathigasu(Bernard Chauly)
Lembing & Layang:Senoi Praaq(Wan Hasliza)
10:Mokhtar Dahari(Manesh Nesaratnam)
Warkah Terakhir:Rosli Dhoby(Wan Hasliza)
Pusaka(Bade Azmi)
Bilik No 13-Season 2(Anwardi Jamil)
Kekasihku Seru(Kabir Bhatia)
Lima(Wan Hasliza)

TELEMOVIE:
Kashaf Imani(Azma Aizal Yusoof)
Uri(Tunku Mona Riza)
Misteri Gua Musang(Anwardi Jamil)
Manggah Runggah(Nuad Othman)
Bila Merpati Terbang Malam(Bade Azmi)
6 Sharifah(Wan Hasliza)
Rel Waktu(Zulkiflie M. Osman)
Mencari Nurkhadijah(Erma Fatima)
Ibu Mak Mama Mummy Ummi(Emi Sufian@Pian Skru)
Pasukan Gerak Cepat-PGC(Haris Fadzillah)
Lorong Neraka@Tersasar Di Jalanmu(Erma Fatima)

STAGE PLAY:
Pementasan Projek KOKEN:TANDA(Rumah Anak Teater)

STUNT-WORK:
Cicakman(Yusry KRU) as AC Mizal stuntdouble
Bilut(Bade Azmi) as Khir Rahman stuntdouble

apapun, Moga Beto terus sukses selalu...sebab lakonan dia memang mantap

More about Beto:-
Beto's wife blog  -Tisha( tak sangka,wife's beto pun tulis blog)

Beto adalah Maskot Along

Tuesday, April 26, 2011

senang-senang je menang Honda

digi- Senang-senang Menang

Korean drama: 49 days

quite sometime i didn't post about my korean drama.erm, quite busy with work  until i have to postpone watching my favourite drama.But it is okay...now i'm back with latest korean drama



49 DAYS POSTER

49 DAYS LOGO


TITLE: 49 DAYS




NUMBER OF EPISODES: 20


BROADCAST COMPANY: SBS


PD: JO YOUNG GWANG (Asst. PD for Brilliant Legacy, Bad Couple, Bad Love. This is his debut as PD)


SCRIPTWRITER: SO HYUN KYUNG (Brilliant Legacy, Prosecutor Princess)


PRODUCTION COMPANY: HB Entertainment Company Limited


OFFICIAL WEBSITE: 49 days

Watch online- Mysoju

Download drama or watch online- Az drama

PLOT:
49 DAYS is the story of a young woman (Shin Ji Hyun) who gets into a car accident a week before her wedding. The accident led to her being in a coma. To revive she has to gather the genuine/sincere tears of 3 people who are not members of her family within 49 Days. To fullfill her mission she will be guided by the Scheduler into possessing the body of another woman, Song Yi Kyung. She will be aided further by her friend from high school Han Gang, who will then get into an entangled relationship with Song Yi Kyung and Shin Ji Hyun.



CASTS:

Jo Hyun Jae

Lee Yo Won



Jung Il Woo

unique.Tear drop Pendant







 More Korean Drama :





Monday, April 25, 2011

Job vacation- YouthAsia

Click  for more infomation

Youth asia Hiring

Jangan Malu berbahasa Melayu

Tan Sri Muhyiddin Yassin  berkata dalam satu sidang Media,ramai rakyat Malaysia malu untuk berbahasa Melayu sehinggakan bahasa tersebut dipinggirkan terutama di kalangan golongan muda.Katanya lagi, negara China dan Jepun sangar berbangga menggunakan bahasa ibunda mereka di semua peringkat. Tambah beliau,ia sebenarnya menunjukkan sikap,mungkin menggunakan bahasa Melayu adalah tidak glamour dan dianggap bahasa kelas bawahan@ " low class"


Tak salah menggunakan English,tetapi kalau hinggakan Bahasa Melayu dipinggirkan adalah satu tindakan yang tidak wajar.Tanpa kita sedari,sebenarnya,Program Bahasa Melayu di Universiti luar negara telah lama berkembang.Sehingga hari ini ada kira-kira 130 pusat pengajian tinggi menawarkan pengajian Bahasa Melayu merentasi benua Amerika menganjur ke Asia Timur Jauh hingga ke Australia dan New Zealand.



Di Eropah, pengajian Bahasa Melayu yang pertama diadakan di Perancis mulai 1841, di Ecole National des Langues et Civilizations Orientales Vivanttees (Enlov). Belanda mula mengajar bahasa Melayu kepada pegawainya yang dihantar bertugas di Indonesia sejak abad ke-19.Di Amerika Syarikat, kuliah bahasa Melayu dimulakan di Cornell University sekitar akhir 1880-an, tetapi terhenti dan disambung semula selepas Perang Dunia Kedua. Di Jepun, bahasa Melayu diajarkan sebagai bahasa yang berasingan daripada bahasa Indonesia di empat universiti di sana.Di China, bahasa Melayu mula mendapat perhatian pada 1950-an lagi apabila Fakulti Bahasa-Bahasa Timur Universiti Peking (Beijing) menawarkannya sebagai satu subjek. Sementara itu, di Korea Selatan, bahasa Melayu diajar di dua universiti, iaitu Universiti Hankuk dan Universiti Pusan.

Pada hari ini, ada kira-kira 300 juta penutur bahasa Melayu pelbagai dialek di seluruh dunia. Kebanyakan mereka adalah penutur asal daripada rumpun Melayu di Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Selatan Thailand. Selain itu, ada juga ‘Melayu Diaspora’ di luar alam Melayu yang membentuk komuniti Melayu di negara lain seperti Afrika Selatan, Sri Lanka, Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Arab Saudi. Sebahagian besar mereka ini masih mengekalkan penguasaan bahasa Melayu yang baik.

Bangga rasanya,bila mendengar pelancong,atau kawan-kawan dari  luar negara yang asasnya bukan bahasa Melayu, belajar dan bertutur Bahasa Melayu.Bahasa sangat penting dalam memperkenalkan budaya sesuatu negara.Oleh itu,bertutur dalam bahasa Melayu membawa kita mengenali budaya orang Melayu.
Kalau nak tahu,banyak juga bahasa asing yang mengambil perkataan bahasa Melayu dalam bahasa mereka.
Contoh dalam bahasa Tagalog(Filifina) - kembar.payung.kembar,anak,kau,itik.

p/s :Terdapat segelintir yang malu bertutur dalam bahasa Melayu,tapi  bila "speaking"bahasa Inggeris pun berterabur.

15 jenis makanan dilarang dijual di kantin sekolah

Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan ‘tidak sihat’ yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan.




Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.




Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan seperti nasi goreng,mee sup,ketiow sup termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.






Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata cadangan itu terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin sekolah yang diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu.






Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.






“Larangan penjualan makanan tidak sihat sejajar dengan usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak. Ia langkah mencegah peringkat awal,” katanya kepada Berita Harian semalam.






Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan, peraturan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dengan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak mengalami obesiti. Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman yang disajikan di kantin sekolah, sekali gus meningkatkan lagi hasrat kerajaan untuk memastikan makanan sihat dijual di sekolah.






Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar. Pakar pemakanan UKM, Prof Dr Mohd Ismail Mohd Noor, berkata amalan merekodkan BMI diamalkan negara maju seperti Amerika Syarikat seawal kanak-kanak berusia dua tahun bagi membolehkan mereka dibimbing dengan amalan pemakanan dan aktiviti fizikal sihat.




Usaha ini setidak-tidaknya menunjukkan bahawa kerajaan berusaha dalam mengurangkan gejala diabetes dan obesiti dan pemakanan yang tidak sihat di kalangan pelajar.Kini giliran ibu bapa pula,memastikan pemakanan yang seimbang di rumah. Selain itu,penjaja-penjaja di luar sekolah juga patut dipantau agar mereka juga turut mematuhi  larangan tersebut.


Sumber: Berita Harian

Baca juga:

Obesiti di kalangan kanak-kanak Malaysia

Elak jadi Keldai Dadah


Kes terbaru  membabitkan seorang pelajar kolej swasta di Kota Damansara yang ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou, China, kerana dipercayai cuba menyeludup masuk kira-kira 700 gram heroin. Pelajar berasal dari Betong, Sarawak itu  didapati secara sukarela menelan 100 biji pil dadah jenis heroin dan ditawarkan upah sebanyak RM5,000 oleh seorang teman lelaki berasal dari Afrika Selatan dikenali Chimezie Michael yang dikenali melalui laman sosial Facebook.
 
Taktik  terbaru pengedar dadah yang kebanyakkannya datang daripada negara Afrika Selatan, Nigeria, Pakistan, Peru, India dan Iran adalah menggunakan orang tempatan untuk mencari keldai dadah.Kebanyakan mangsa adalah wanita.Ini dapat dilihat peningkatan kes warga Malaysia terbabit dalam sindiket dadah antarabangsa yang dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini seramai 11 orang ditahan di luar negara. Daripada jumlah berkenaan, sembilan adalah wanita dan menyedihkan lagi,majoriti daripada mereka adalah pelajar dan graduan IPT/IPTS.
 
Wanita mudah menjadi sasaran kerana mereka mudah cair dengan janji-janji manis dan kemewahan.Habuan ribuan ringgit,perlancongan mewah,tawaran pekerjaan yang lumayan adalah antara janji-janji manis "Pak Arab" dan "Pak Hitam" kepada wanita yang sanggup menghantar bekalan dadah ke destinasi yang ditetapkan.
 
Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata,walaupun, jumlah kes menurun tahun lalu iaitu sebanyak 75 kes, dua tahun sebelumnya menunjukkan peningkatan iaitu 115 kes (2008) dan 119 Kes (2009). Dalam tempoh 20 tahun, rakyat Malaysia antara paling ramai ditahan kerana terbabit dengan pengedaran dadah iaitu 833 orang, selain Thailand (272), Singapura (164), Taiwan (125) dan China (82).
 
Apa yang boleh dielakkan daripada menjadi mangsa?
 
Wisma Putra menggariskan lima langkah yang boleh diambil bagi mengelak terpedaya dengan pelbagai tawaran menarik dan menjadi mangsa sindiket jenayah antarabangsa berkenaan iaitu:


* Menentukan status dan memeriksa latar belakang majikan;

* Berwaspada dengan tawaran ‘wang mudah’ yang tidak diminta;

* Berwaspada apabila disuruh membawa barangan yang tidak diketahui;

* Berhati-hati dengan jalinan hubungan yang cepat berkembang bersama kenalan baru yang menawarkan pelbagai janji dan manfaat; dan

* Melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai sesuatu tawaran kerja yang disyaki kesahihannya.

P/S: Jangan digadaikan diri  dan masa hadapan,semata-mata untuk mendapatkan wang dan kemewahan.

Sumber: Bernama

Sunday, April 24, 2011

3.1 juta tonton Mentor 5 setiap minggu!


         Amazing..Mentor 5 catat rating yang mengujakan,sebanyak 3 juta penonton menonton program realiti ini setiap minggu.Ia amat mengejutkan apabila mentor5 berjaya kalahkan Akademi Fantasia- Metro Ahad.

     Kehadiran Afdlin Shauki, Erra Fazira, Datuk Sharifah Aini, Rahim Maarof, Edry KRU, Noh Hujan memacu peningkatan jumlah penonton. Protege yang terpilih kali ini juga boleh tahan hebat.

            Namun Mentor 5 ada kelainan yang tersendiri,selain mentor yang berpengalaman,mentor dan protege kali ini lebih kreatif di atas pentas. Macam-macam pendekatan dan konsep persembahan diketengahkan, termasuk ala-ala teater muzikal gitu.Tahniah Krew Mentor 5 serta Mentor dan Protege Mentor 5.

             Apatah lagi,minggu ini penuh dengan kejutan di mana Ratna mengambil alih taktha daripada Shiha dan Iqa berduet dengan Allahyarham Sudirman Haji Arshad disebabkan Yusry tidak dapat hadir.Kelebihan Edry digunakan sepenuhnya.Kini Salma mendahului Kumpulan B,manakala kumpulan A masih lagi Shiha walaupun tewas kepada Ratna minggu lepas.Minggu seterusnya adalah minggu kemuncak untuk semua Mentor dan Protege.

Siapa yang bakal dinobatkan sebagai Juara Mentor 5?Sama-sama kita saksikan.

Nama Program: Mentor 5
Waktu Siaran:    9.00-10.30pm
Channel        :      TV3
Website        :   Mentor 5
                         Like it at FB
























Saturday, April 23, 2011

What's #HyppTV?

Click here for more information

HppTV revolutionizes your home entertainment! You no longer need to wait for your favourite TV programs, but with Video On Demand on HyppTV, get your favourite blockbuster movies or favourite TV series with just a click of a button. What’s better is you get to watch it anytime you like at the comfort of your own home!

Why pay for something that you don’t want? HyppTV gives your flexibility in paying only for what you want to watch!

Be the selected few to watch the Royal Wedding of HRH Prince William & Kate Middleton LIVE on BBC Knowledge, exclusively on HyppTV! Best of all, you don’t need to purchase an entire package of unwanted channels. HyppTV channels are available for purchase on an ala carte basis from as low as RM3 per month!

Fans of Maggie Q, get ready! The brand new season of Nikita is coming this July on Warner TV, exclusively available on HyppTV! With Time-shift TV, you can go back to that particular fight scene you liked so much and watch Nikita in action as many times possible!

Your home entertainment continues even when it rains! HyppTV is available come rain or shine!

HyppTV is the new way of watching TV! Primetime is now anytime and everytime!

Make Facebook recognize Malaysia as Facebook Capital of the World

 I know most of the Malaysian can't live without facebook including me. I like to check my friends updates especially their status(their emotions,their daily activities and their latest photos).Some people seem being addicted to FB(every couple hours, their status change!)

Facebook memang medium terbaik untuk keep in touch dengan kekawan yang ada family sendiri,kerja jauh(yela lepas universiti masing-masing sibuk dengan kerjaya dan famili),saudara mara, even family sendiri.Lagi satu,Facebook memang sesuai untuk usahawan untuk jual produk diorang.Minimum cost- just tag their friends name,friend of friends names..
So,tak hairanla kalau 
Malaysians have The Most Facebook Friends and spend The Most Time on Facebook

1. Turkey

2. Venezuela

3. Croatia

4. Italy

5. Colombia

6. Malaysia

7. Indonesia

8. France

9. Chile

10. Ireland



Malaysia always on top ten on searching Facebook..Awesome!



Click to like this page and use the FB app to put up your profile pic along with your message on why Malaysia should be crowned as FB Capital and together let’s send a petition card so big Facebook won’t be able to ignore us as the Facebook Capital of the World! Share this app with friends and be the top 250 lucky winners to get invited to the first ever DiGi Live Facebook party in Malaysia! Last day for participation is 3 May.

Kerja Kerajaan- Tips Peperiksaan SPA

 Memohon jawatan kosong kerajaan?

Dipanggil untuk Peperiksaan SPA?

Apa yang perlu dibaca?

Tahun 2011 menyaksikan banyak diperkatakan tentang SENYUM, Dato' Seri Najib Tun Razak juga membentangkan hal ini  kepada pegawai kerajaan semasa perhimpunan khas di DewanUtama Perbendaharaan Malaysia merasmikan kempen "Amalan Senyuman Perbendaharaan".Jadi apa kaitannya? 

      Kemungkinan 'amat besar' untuk isu ini menjadi nilaian dalam Assessment Center dan Temuduga untuk PTD, termasuk penilaian sahsiah untuk peperiksaan SPA. Nampak mudah, Tapi harus diingat, ianya
harus selari dengan hasrat kempen. Tak boleh 'goreng sesuka hati'.Ianya bakal berlangsung selama 2 bulan, Ia adalah kempen yang penting kerana ianya kempen peringkat nasioanal.

Isu GTP, NKRA, ETP seharusnya sudah berada dalam pengetahun semua yang berminat dengan
kerjaya kerajaan ini kerana ianya adalah fokus negara sekarang...



Semoga berjaya!

Friday, April 22, 2011

17,000 Bieber fans came to Stadium Negara



KUALA LUMPUR, Malaysia - Thousands of "Beliebers" thronged Merdeka Stadium last night to watch teen pop sensation Justin Bieber's maiden performance in the country.The sell-out show saw female fans turning up in Bieber T-shirts and his favourite colour - purple. Despite the heavy rain, many did not move but donned raincoats instead to enjoy the pulsating performance.


Though his voice has deepened, the Canadian singer, who has graced the cover of Rolling Stones and Vanity Fair magazines, didn't disappoint his fans.



Bieber, 17, who shot to fame via his YouTube videos, belted out his hit numbers, including Baby, U Smile, One Less Lonely Girl, Somebody to Love, and Never Say Never, which is also the title of his popular biopic-concert film released here a few weeks before his concert.



Alissa Dania Roslee, 18, came all the way from Arau, Perlis, with her brother, Afeeq Danial, 16, and her friend, Nur Arina Abdul Halim, 18.



"I wasn't that much into Bieber, but after I watched Never Say Never, I saw how hard he practised for his show and how entertaining his concert was, so I decided to buy the tickets to the concert.



"And we all enjoyed it tremendously and it was even better than the movie."



The tickets, ranging from RM98 to RM498 (S$40 to $204), pricier than Grammy winners Bruno Mars and Maroon 5's shows - were snapped up as soon as they were launched in January.


Bieber was here for his second Southeast Asian stop as part of his My World Tour before heading to Singapore.He will perform in Jakarta tomorrow and in Manila next month.

-New Straits Times

I thought he was girl when he sang song Baby feat Ludacris.

Thursday, April 21, 2011

Obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia

     
 Kementerian kesihatan akan melancarkan garis panduan makanan sihat yang dijangka diedarkan pada bulan hadapan.Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata, garis panduan itu wajib dipatuhi oleh pengendali kantin dan kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kontrak mereka ditamatkan Kementerian Pelajaran. Senarai makanan dalam garis panduan itu meliputi kira-kira 70 makanan utama, telah siap dan akan dibentang dalam mesyuarat bersama dengan Kementerian Pelajaran sedikit masa lagi.


        Menurut beliau lagi, berdasarkan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menunjukkan kira-kira 86.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman di kantin sekolah, maka adalah perlu kantin sekolah menyediakan makanan yang sihat. Ini kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah.


          Kajian UKM itu juga menunjukkan bahawa kegemaran pelajar adalah nasi lemak, mee goreng dan nasi ayam manakala makanan segera paling digemari adalah burger, ayam goreng dan pizza. Beliau berkata, walaupun obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur enam hingga 12 tahun telah meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007 mengikut kajian, namun keadaan belum sampai ke tahap tidak terkawal.

           Katanya, peningkatan ini berkemungkinan besar disebabkan oleh amalan pemakanan tidak sihat dan kurangnya aktiviti fizikal yang mana kajian itu juga menunjukkan 76 peratus kanak-kanak menjalani kehidupan yang tidak aktif iaitu menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.Kanak-kanak  sering disogokkan dengan iklan makanan fast-food,snack  di television yang mempunyai tinggi lemak dan gula.Iklan-iklan ini akan menarik minat kanak-kanak untuk membelinya dah ditambah lagi dengan gaya hidup yang tidak aktif,ia akan mendatangkan kemudharatan kepada mereka kelak. Kajian UKM juga menunjukkan bahawa hanya 70 peratus kanak-kanak sekolah rendah mengambil sarapan pagi setiap hari sementara 10 peratus kanak-kanak langsung tidak pernah mengambil sarapan.
          Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata lagi pematuhan garis panduan terbaru itu dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka seperti berat badan berlebihan.Masalah obesiti atau kegemukan di kalangan kanak-kanak semakin serius apabila dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga makan di luar terutama pada waktu malam.

           Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Prof Dr Zulkifli Ismail, berkata masalah itu lebih ketara terutama di kawasan Pantai Barat seperti di Lembah Klang yang sudah menjadi kebiasaan dengan cara hidup sedemikian.“Gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang seperti bermain komputer, menonton, bermain video, penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga menyumbang kepada obesiti,” katanya.
          Tambahan pula,Prof Zulkifli berkata, kanak-kanak yang mengalami obesiti biasanya membesar sebagai orang dewasa yang gemuk dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung serta barah.

          Maka,diharapkan garis panduan makanan sihat itu dapat membantu kanak-kanak mengambil makanan yang sihat ketika di sekolah dan keluarga juga harus  memainkan peranan dengan menukar corak pemakanan dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan luangkan masa untuk aktiviti-aktiviti yang fizikal dan sukan.

         Memanjakan anak-anak dengan memberi makanan yang tidak sihat mungkin akan membuat anak- anak gembira namun ibu bapa sebenarnya memberi risiko yang tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit.Tambahan pula,kos perubatan yang tinggi dan kadang kala ia tidak mampu untuk mengubati penyakit tersebut.Jadi Cegah sebelum terlambat.

Baca juga:

15 makanan dilarang dijual di kantin sekolah

Tuesday, April 19, 2011

Birthday Present

Lama betul tak balik rumah,1st time lebih dari 2 bulan,bulan ni sibuk dengan program.Bulan ni jugakla birthday anak-anak buah.Dalam sebulan celebrate dua sekali!Telefon rumah,adik jawab diorang dah buat birthday party,cuma akak dia sorang je belum bagi hadiah.. Ye ar,kakak dia  kat Perak tak balik lagi.(-_-)
Yang bagusnya ayah bagi scooter pada cucu dia dan abang pun sama bagi scooter kat anaknya.Elok la tu..bole buat koleksi,bole share main

      Aduh pening gak dah belikan hadiah sebab dua orang sekali,dua-dua perempuan,umur plak tak jauh beza.what should i give them?? Tengah duk fikir,apa hadiah nak belikan untuk diorang berdua?Ops bukan dua tapi tiga termasuk Hana sekali sebab birthday pun dia coming soon.Abang long pun dah upload gambar birthday diorang kat FB..
Suka betul tengok kek diorang..bug theme


Sufi suka betul dengan Mickey Mouse


apapun  Happy belated  Birthday to my abang long,abang ngah,sufi zulaikha, and Sufi Aqila

Sufi Najiha,sufi aqila,sufi zulaikha


Hana Farzana

kejap je masa berlalu, dulu baby..sekarang dah besar.love them so much

so sweet..
my sister resist to buy baby alive for them..sesuai ke untuk along and angah.. kalau beli,kena beli dua...pasti kak long akan kata jiha pun diorang tak terjaga

saying I love you


I just three words with eight letters but sometimes it very difficult to express it especially in front of people that we love.. tak percaya cuba buat

However, by saying I LOVE YOU, it letting other people that you care know your love to them hasn't changed.

and this love not limited to spouse and lovers only but also
* parents to children-Tell them you’ll still be caring for them in every way, from fixing their breakfast to helping with homework.

* children to parents


*friend to friends- you will be there in time happy and sadness
 
say love to your grandma,grandpa,aunt,uncle,cousin and your pets  and everybody around you because it will tell them you still care and them as much as they love you.. They will  not know unless you tell them!
 
you can say I love in any language that you like
*saya sayang awak
*saranghae
*mahalang kita
* te amo

by saying I LOVE YOU, bond of love will be reunite,any disagreement can be solve...Hebatkan!
so what you waiting for..say it I LOVE YOU

 ITS SIMPLE WORD BUT POWERFUL MESSAGE
SPREAD YOUR LOVE NOW.

Tuesday, April 12, 2011

How to reduce your electricity bills

How to reduce your billsPrint this page Four principles on how to reduce your electricity bills:



1.Efficient use of electricity

2.Operating electrical appliances efficiently

3.Efficient maintenance of electrical equipment

4.Efficient technology

Another easy way to reduce is by unplug all your electric application if not in use..By switch off the plug,  you save the energy but its still there even though in little amount.



Lighting



Replace your normal bulb (60W, used 4 hours per day) with an energy saving bulb

Saving per month (RM): RM 1.11

Saving per year (RM): RM 13.37



Air-conditioner


Choose a 1hp air conditioner with a load rating of 850W over one with a rating of 950W for 6 hours a day


Saving per month (RM): RM 4.00
Saving per year (RM): RM 48.00





Washing Machine


Reduce your daily part load wash to three full load wash per week

Saving per month (RM): RM 3.08

Saving per year (RM): RM 37.00





Freezer



Set the temperature at -18 Celsius instead of - 21 Celsius


Saving per month (RM): RM 1.09
Saving per year (RM): RM 13.08



Choose a chest freezer over an upright freezer

Saving per month (RM): RM 4.00

Sving per year (RM): RM 48.00

Television


Switch off the main Plug not in stanby Mode

The electricity consumption for standby can easily run up to 100kWh per year equivalent to RM22

So remember to switch off the main power for optimum energy saving



Saving per month (RM): RM 1.82

Saving per year (RM): RM 21.80


Source: Energy Consumption and TNB

Hope this little information can help you reducing your bills and we also can save the usage of energy

MasterChef Malaysia- Cooking Game Show

I love to watch MasterChef- very competitive cooking game show..Now there are many versions of MasterChef.
It originally from BBC television program..
Watching these series make so passionate to cook even though i'm not very good in cooking(haha)..,mouth watering by looking at delicious food and plus i love to smell  a fine cuisine in the air..




never imagined that this cooked by a girl aged 12

I love cup cake..Looking at this make me mouth watering
I'm currently watching
MasterChef  (US version)- co host and co produce by Gordon Ramsay...a fierce General in cooking army in Hell's Kitchen.




Whitney- Winner of MasterChef US Season 1

Junior MasterChef Australia

Master Chef and Junior MasterChef Australia hosts.


Isabella and Jack


look like plastic knife but it very sharp


 And now i'm so exciting waiting for the 1st MasterChef Malaysia...After getting bored watching singing reality show....thank you for making an interesting game show.

 will begin 22 october 2011 at ASTRO RIA

Monday, April 11, 2011

Musim Buah datang lagi..Fruit season

Salam semua

Musim buah datang lagi...Walaupun di sini,masih belum banyak pokok-pokok durian berbuah tapi bahangnya mula terasa...Bukit gantang sekarang tengah lebat dengan durian...Hari tue,kawan di Taiping bagi mesej Jom datang ke Hentian Bukit Gantang- BAYAR RM9.90 MAKAN SEPUAS-PUASNYA...
Tapi sayang takde rezeki nak pergi sana.

Peminat-peminat durian kata durian D99 paling sedap...nak tahu cuba rasa

Wednesday, April 6, 2011

Popular Blog

Among popular blog that i always visit:

1) Best celebrity blog- Hanis Zalikha   http://inibelogsaya.blogspot.com/

2) Best Entertaiment Blog - Kenny http://www.kennysia.com/

3) Elia-- girlfriend Khairul Fahmi ---http://jejariruncing.blogspot.com/

4) Darkbatman---- http://darkbatman.com/

so if do you know other interesting blog...let me know ok

Sunday, April 3, 2011

ABP BH 2010 - Usop Wilca bikin gamat!!!

Semalam tirai ABP BH 2010 telah dilabuhkan...Pemenang-pemenang kebanyakan masih lagi orang yang sama...Tahniah kepada para pemenang...

Sam- Bintang Paling Popular 2010
tapi yang paling best sekali... adegan terakhir pengumuman  Bintang Paling Popular oleh Usop Wilca...
MEMANG TERBAIK!!!
Kitaorang kat rumah ketawa bagai nak rak bila tgk usop Wilca


sampai trademark ayat dan gaya tangan menjadi ikutan....
Ate awok sokong bebenor kalau mike mengacare taun depan. Awok sokong seratus due puluh peratus! Ate mane ke taknye, awok pun IC 08. Awok orang Perak juge tapi idok le pandai cakap Perak. Hihi

Apapun, mari kita ikuti corat-coret ABPBH 2010 selanjutnya seperti yang dihimpunkan oleh murai.com.my




# Acara permaidani merah telah menyaksikan pelbagai rekaan fesyen yang bertemakan Moden Klasik yang ditampilkan oleh setiap artis bermula sejak 7 petang lagi.



# Acara permaidani merah bukan sahaja hanya menyaksikan pelbagai aksi selebriti lelaki dan perempuan yang bergaya sakan dalam memperagakan busana masing-masing. Malah, aksi pelakon kecil dan comel, Mia Sara yang sibuk melaram turit mencuit hati ramai penonton dengan aksi posingnya yang mengalahkan orang dewasa.



# Pengacara Aznil Hj Nawawi yang tampil dengan busana rekaan Hatta Dolmat itu. Nampak seperti gaya seniman Sudirman Hj Arshad apabila mengenakan jaket dan gaya rambut ramos dan berkait di jambulnya



# Pelakon, Nur Syuhaida yang mula dikenali menerusi drama bersiri Dottie mendapat sorakan yang paling kuat daripada peminat sewaktu melalui karpet merah. Namun, kebanyakannya mereka lebih senang memanggil dengan gelaran Dottie iaitu wataknya dalam drama bersiri tersebut.



# Selain Dottie, kemunculan Ucop Wilcha iaitu sebuah watak yang dicetuskan dalam filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah turut mendapat sorakan gemuruh dariapada peminat di karpet merah. Apatah lagi bila dia sentiasa mengekalkan lenggok tangan yang telah menjadi trademarknya.



# Seperti kebiasaannya, penyanyi popular No. 1 tanah air, Dato Siti Nurhaliza pasti akan tampil sebagai artis yang terakhir melalui karpet merah bersama suaminya, Datuk Mohd Khalid Jiwa.



# Ada juga sebahagian artis yang tidak melalui laluan permaidani merah. Sebaliknya, mereka lebih selesa mengikut jalan pintas di belakang pentas seperti Rita Rudaini, Anuar Zain dan ramai lagi.



# Penyanyi Stacy ada mengadu bajunya yang direka oleh Hazwani Osman agak terlalu ketat sehingga membuatkan dia kurang selesa untuk duduk.



# Ramai yang suka dengan opening Kak Engku, Sharifah Shahirah dan Zizan sewaktu mereka membawakan lagu Dengar Ini Cerita dengan lirik yang diubah suai tentang hal-hal yang berkaitan penganjuran ABPBH 2010 serta pihak penaja. Namun apa yang lucunya, lagu tersebut telah lari tempo tetapi berjaya di 'cover line' oleh ketiga-tiga pengacara ini.



# Zizan yang pertama kali mengacarakan ABPBH 2010 berjaya menggamat lagi suasana malam itu bersama Kak Engku dan Sharifah Shahira. Dia bukan sahaja membuat lawak semasa bersiaran di anugerah malah sewaktu siaran berehat seketika. Mungkin itu salah satu cara untuknya menghilangkan rasa gementar.



# Zizan juga sempat menyebut nama pelakon Juliana Evans sewaktu bercakap tentang calon menantu yang ibunya mahukan. Apakah Zizan mahu menyampaikan mesejnya bahawa dia dan Juliana Evans memang sedang menjalinkan hubungan cinta?



# Sewaktu Juliana Evans naik ke atas pentas sebagai penyampai trofi, kamera sempat memfokus ke arah Sam, vokalis Bunkface yang juga bekas kekasihnya dulu sebelum dia dikaitkan dengan Zizan.



# Kamera juga turut memfokuskan wajah Jue Aziz sewaktu aktor Jehan Miskin naik ke pentas sebagai penyampai trofi.



# Tidak ketinggalan Shahir waktu dia naik untuk mengambil trofi Artis Baru Lelaki Popular. Tiba-tiba kamera terus zoom ke arah Rozita Che Wan.



# Selain daripada itu, kamera juga sempat memfokus ke arah pasangan kekasih, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya dan duduk bersebelahan di dalam dewan arena Of Stars itu.



# Ramai yang ketawa tak kering gusi bila melihat aksi sedih yang sengaja dibuat-buat oleh Kak Engku dan Sharifah Shahirah sewaktu gagal memenangi kategori Artis Komedi Wanita Popular. Sebelum itu, mereka konon-konnnya bergaduh sambil tarik-tarik rambut untuk menang. Sempat Zizan tenteramkan mereka.



# Begitu pemenang Artis Komedi Wanita Popular iaitu Norkhiriah tidak dapat naik ke atas pentas kerana sedang berpantang. Jadilah, dapatlah Shahirah Sahirah yang mengambil anugerah tersebut.



# Zizan tiba-tiba terus bertukar karektor sewaktu memenangi Artis Komedi Lelaki Terbaik. Daripada lawak kepada serius. Perubahan karektornya itu sempat ditegur oleh Kak Engku dan Sharifah Shahirah.



# Biarpun dipalit dengan pelbagai kontroversi, namun Fasha Sandha berjaya merampas semula gelaran Pelakon TV Wanita Popular.



# Aktor Fizz Fairuz dan Sharifah Zarina sempat buat lawak tentang status Fasha Sandha. Namun, Fizz Fairuz sempat beritahu Fasha Sandha bahawa dia tak boleh couple dengan Fasha sebab dia tak punya helikopter.



# Kemunculan Rita Rudaini yang sedang sarat mengandung sebagai penyampai trofi berjaya menarik perhatian ramai. Yang lucunya bila pengarah Ahmad Idham mengusik Rita: Hai dalam sibuk kontroversi pun sempat jugak buat anak.



# Ramai penonton yang mula bosan bila kebanyakan artis yang jadi penyampai trofi asyik mempromosikan nama pereka fesyen atau baju tajaan mereka.



# Disebabkan itu, Aznil Nawawi yang naik ke atas pentas untuk mengambil trofi kemenangannya menerusi kategori Pengacara TV Lelaki Popular sempat mengingatkan pada artis lain untuik berhenti mempromosikan nama pereka fesyen atau baju tajaan mereka. Tapi Pak Nil dengan bijaknya sempat menyelitkan nama Hatta Dolmat sebagai pereka fesyennya.



# Ramai yang tak sabar menunggu persembahan Anuar Zain menerusi single terbarunya, Sedetik Lebih. Ia adalah antara persembahan yang paling menarik pada malam itu.



# Begitu juga dengan Yuna yang membawakan beberapa lagu medleynya. Persembahannya Yuna boleh diklasifikasikan sebagai bertaraf antarabangsa. Mungkin, itulah perubahan yang sempat dibawanya selepas pulang dari United Kingdom dan New York.



# Sebaik saja Hujan selesai membuat persembahan, Sharifah Shahirah sempat mengusik vokalisnya, Noh dengan gelaran bakal menantu Tan Sri. Al-maklumlah, Noh bakal berkahwin dengan anak Tan Sri Azman iaitu Mizz Nina tidak lama lagi.



# Penyanyi Shohaimi Mior dikatakan telah kehilangan suara sehingga memerlukan khidmat seorang penyanyi lain yang bersuara seakan sepertinya untuk nyanyi bersama Ana Raffali dan Altimet untuk lagu Kalau Berpacaran.



# Ketika Dato' Siti Nurhaliza membuat persembahan penutup dengan membawakan lagu Bukan Cinta Biasa dengan bersi lagu Korea serta lagu No Body daripada Wonder Girls, ketiga-tiga pengacara ABPBH 2010 malam sempat menari bersama-sama sambil bergambar bertiga.



# Bukan setakat Raja Azura, Sharifah Shahirah dan Zizan saja, Fara Fauzana dan Linda Onn pun turut bersorak kegembiraan tatkala melihat persembahan Siti pada pada malam itu.



# Ramai kalangan artis lelaki dan perempuan turut mengambil kesempatan untuk keluar menghisap rokok atau pergi ke toilet sewaktu siaran berehat buat seketika.



# Danny daripada kumpulan X-Factor kelihatan menemani tunangnya aidatul Fazlin Zakaria sambil berpimpin tangan sewaktu ke toilet.



# Yassin Senario telah mencuit hati penonton menerusi nyanyian lagu 'Better Man' nyanyian asal Robbie Williams ketika siaran sedang memberi laluan untuk pesanan penaja. Tapi cara nyanyiannya yang kurang jelas serta bahasa Inggerisnya yang berterabur telah membuatkan penonton ketawa tak henti-henti.



# Kemunculan Ucop Wilcha dan Abi Hurairah (Johan Raja Lawak) sewaktu pengumuman Bintang Paling Popular hendak dibuat berjaya menggamatkan suasana di Arena Of Stars dengan lawak mereka yang bersahaja.



# Nampaknya ramai betul peminat filem Hantu Kak Limah Balik Kampung yang diarahkan oleh Mamat Khalid. Sebab, apa saja yang Ucop Wilcha macam wataknya dalam filem tu, penonton macam tahu saja.



# Ramai penonton di Arena Of Stars menyebut nama Zizan dan Shaheizy Sam sewaktu Ucop Wilcha hendak mengumumkan nama pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 2010.



# Ketika dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian, Shaheizy Sam sempat memakai cermin matanya untuk melindungi matanya yang sedang bergenang dengan air mata gembira.



# Tidak pernah dalam sejarah ABPBH, pemenang membawa ibunya naik ke atas pentas untuk berucap sama. Namun, Shaheizy Sam telah berjaya memecahkan tradisi tersebut.



# Selepas tamatnya anugerah berprestij itu, Faizal Tahir yang memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular empat berlari ke arah peminat yang telah menjerit-jerit namanya. Kemudian peminatnya menyanyi beramai-ramai lagu popular Faizal, Gemuruh dengan sepenuh hati.



# Tidak ramai artis yang terus ke acara post party selepas anugerah tersebut. Misalnya, Yuna, Rita Rudaini. Begitu juga dengan Maya Karin dan Bront Palarae yang dikatakan datang bersama dan pulang bersama selepas acara berkahir. Ada sesuatu ke dalam hubungan mereka? Masih belum pasti