Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pasangan suami isteri melanggar pejalan kaki di Krabi Thailand. Keluarga mangsa menuntut sehingga rm500 ribu. Setelah berbincang, mereka setuju untuk mengurangkan hingga rm200ribu.Suami isteri tersebut juga cedera dan memerlukan kos rawatan.
Sebelum keluar negara, antara perkara penting korang perlu fikir adalah mengambil insuran.
Tak kira insuran travel atau insuran kenderaan yang anda bakal naiki- motor, kereta, kapal terbang.
Bagi yang biasa naik Air Asia, Air Asia Travel Insuran ada ditawarkan ketika membeli tiket flight.
Macam-macam pakej ada. Jika nak beli, beli ikut keperluan. Tak mahal pun. Yang ni paling basic.
Persediaan sebelum melancong
Kalau nak beli insuran travel pun ada. Beli sebelum berlepas ke destinasi.pelbagai jenama dan jenis insuran ada- beli ikut keperluan. Sebab ada insuran yang cover musim contoh winter.
Bagi penjawat awam, pastikan memohon insuran kerajaan keluar negara.
Insuran ini adalah untuk urusan peribadi -seperti melancong, bercuti dan sebagainya. Insuran ini boleh dipohon sekali setahun.
Isi dan hantar borang. mudah je.
Persediaan sebelum melancong:
Kalau yang memang dah ada insuran,semak polisi insuran anda, pastikan ia cover liabiliti diri- iaitu melindungi diri dari tuntutan pihak ketiga, kerosakan harta benda mereka atas kecuaian korang.
Tip: Jika korang nak menyewa motorsikal di Thailand
- Pastikan penyewa berlesen(tanyakan sijil pendaftaran yang mereka ada - ia perlu ada number siri yang diberi kerajaan thailand
- Motorsikal ada 2 insuran iaitu:
Pertama : Por Ror Bor atau Compulsory yakni insuran wajib yang melindungi yuran hospital.
Kedua : Voluntary yang melindungi kenderaan yang disewa dan kenderaan yang terlibat jika berlaku kemalangan
Ketiga : Baca polisi penyewaan dengan teliti dan faham.
Keempat : JANGAN mencagarkan passport anda.
- Jika tiada keempat-empat ini, anda dinasihati agar menyewa kenderaan berpemandu atau naik tuk2/naik teksi.
Fakta yang perlu tahu:
- kemalangan yang melibatkan penjalan kaki di Thailand, kenderaan akan dipersalahkan
- Keluarga mangsa boleh menuntut pampasan jika kemalangan berlaku.
admya.
bukan penjual insuran
sama-sama kongsi info, malang tak berbau
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq