Bercuti ke Bandung - Tips Penting





Assalamualaikum,salam sejahtera semua
Travelogue admya kali ni akan membawa anda semua kembali Paris Van Java - Bandung, Indonesia.
Ternyata Bandung banyak berubah  setelah 5 tahun admya pergi. - Trip ke Bandung 1.

Kali ni admya tak akan highlight banyak tentang lawatan tempat-tempat yang pernah admya pergi dulu. Kita highlight tempat baru pulak kan,baru best.
Percutian kali ni adalah percutian 4 hari 3 malam.

Tips:
Flight- Malindo Air
Perjalanan kali ini admya travel dengan Malindo Air. Harga tiketnya memang agak mahal dari Air Asia tapi berbaloi sebab include luggage dan ada makanan sekali atas flight. Layanan pun lebih mesra.

Kenderaan di Bandung. 
Admya booking supir. Bagi yang nak number supir dan package boleh email di fr.lisa10@gmail.com atau tulis di ruangan komen.

Tips Persiapan sebelum Bandung - Baca sini

Tukaran mata wang
Elakkan tukar matawang di Bandung waktu hujung minggu. sebab kadar tukaran jadi rendah.

Bagi kaki shopping, rancang masa anda dengan baik yer, sebab banyak tempat yang perlu dilawati.

Bandung telah mansuhkan cukai, jadi no more tax.yahooo!





Ni contoh itinerary ke Bandung 4 hari 3 malam

Bandung Itinerary 2018 4Days3Nights

4/5/2018-7/5/2018 (major throwback 😂)
Flight ticket RM278.10 seorang

My last bachelorette trip.
Kami pergi bertiga. Sepatutnya berempat tapi salah seorang masuk hospital 3 hari sebelum pergi Bandung 😢

Kami rancang jadual dan perjalanan sebab dari satu tempat ke satu tempat tu jauh jadi tak nak membazir masa dalam perjalanan saja dan juga mengelakkan jem. So please plan your journey well.
So, here is our trip iti. Details akan diterangkan di setiap gambar. 

Day 1:-
1) Transport dan supir (Avanza) 600,000Rp sehari
2)  Kebun Begonia
Tiket masuk 10,000Rp seorang
3) Floating Market 
Tiket masuk 20,000Rp seorang
Parking 15,000Rp satu kereta
Makan 50,000/90,000Rp
4)FarmHouse 
Tiket masuk 25,000Rp seorang dan dapat free susu
Tiket masuk Rumah Hobbit 20,000R seorang
5) Cihampelas Walk (Shopping)
6) Makan malam Nasi Padang 48,000Rp(3orang)

Day 2:-
1) Kawah Putih 
75,000Rp seorang
Kereta Sendiri 150,000Rp satu kereta
2) Glamping Lakeside 
20,000Rp seorang
Kereta 5,000Rp satu kereta
Makan 125,000Rp
3) Petik Strawberry 100,000Rp (ikut gram)
4) Bukit Mako 
Tiket masuk 10,000Rp seorang
Makan 21,000Rp
5) Stone Cafe 378,000Rp

Day3:-
1) Nasi Ampera: 101,500Rp 3orang
2) The Lodge Maribaya
Tiket masuk 30,000 seorang
SkyTree 20,000Rp seorang
Mountain Swing 20,000Rp seorang
Gambar 10,000Rp sekepingx9 keping
3) Dusun Bambu 
Tiket masuk 25,000 seorang
Hammock Tower 20,000 seorang
Ice Cream 9,000 seorang
4) Kampung Daun (Makan malam)
288,000Rp 3orang
5) Cihampelas Walk (Shopping)

Day4:
1) Kartika Sari (Kedai brownies,kek etc)
2) Pasar Baru (Shopping, very recommended)
Makan 60,000Rp
3) Airport
-----------------------------------------------------------------------------------------


Kali ini admya tak pergi tangkuban perahu- sebab dah pernah pergi dulu dan harganya mahal untuk pengunjung luar negara -haha

Tempat Menarik 1- Kawah Putih
Jalan ke kawah putih bertangga landai. Tapi mengah jugak,haha.


Inilah kawah putih 
Tips ke kawah putih.
1) kawasan dia agak berangin sejuk
2) Harga masuk 75,000 rupiah. Bayaran 1 kereta- 150 ribu rupiah
3) kena pakai mask muka- jadi kena bawak siap2 yer.sebabnya kawah putih tu masih aktif. jadi bau gas masih boleh terhidu.
nilah gaya kami ketika di kawah putih, time nak ambik gambar buka mask:)

Di sini ada perkhidmatan jurufoto, korang boleh minta dorang ambik gambar, 
print terus - murah je.
kalau tak nak print boleh je beli gambar nanti dorang masukkan gambar dalam sd card(memory card)- balik malaysia boleh print mana yang cantik.
macam-macam gaya kami posing, melompat ada, gaya model ada.tak boleh share kat sini,malu (^_^)


2. Glamping Lakeside


Bayaran: 20 ribu rupiah seorang, Kereta -5,000 = 1 kereta
Nak lalu jambatan, kena bayar asing, so pastikan korang beli tiket lalu jambatan sekali yer.kalau idak, tak boleh lalu









apa aktiviti yang boleh buat di sini?
1) selfie
2) tepi kiri kanan tu kebun teh- so boleh la bergambar, selfie lagi.haha
3) kalau nak makan -atas kapal boleh juga,tapi biasanya penuh dengan orang, so kami takde maknanya nak santai2 atas kapal.
4) boleh tunggang kuda di sini.- untuk anak-anak.

pemandangan dia subhanaAllah,memang cantik -lagi2 time cuaca baik.

3. Floating market
Floating market di Bandung ni bukan yang asli, tapi buatan. Banyak tempat menarik yang boleh anda ambik selfie di sini. Kat sini boleh makan.
Tapi makan di sini guna token, jadi belilah seadanya, Token yang dah beli tak boleh tukar balik- Ambik terus la jadi cenderamata kalau tak habis guna.
Tiket masuk 20,000Rp seorang
Parking 15,000Rp satu kereta


Tips di Floating Market
Tiket masuk boleh tukar dengan air minuman di pintu masuk, Jadi jangan buang tiket tau.





Kat sini, menu paling laris, - Pisang Cheese, Dessert Durian, Pau Anime,
Di sini ada pelbagai restoran yang boleh korang nikmati - enak lo.


 Boleh juga naik boat.
Sebenarnya,  taman ni besar sangat. Ada macam-macam kota mini yang korang boleh lawati. Korang boleh sewa custome Jepun, Korea untuk bergambar.





Jangan lupa singgah di Rainbow Garden tau! colorful sangat


4. Farmhouse


 Farmhouse ni pun sama, tiket masuk boleh tukar dengan air minuman. So keep your ticket.Sedao susu coklat dan strawbery. 1 tiket dapat tukar 1 cup.





Siapa nak merasa masuk ke rumah Hobbit,inilah tempatnya.
Tempat selfie belaka ni. Kat sini je pun dah berpuluh-puluh gambar kami ambik.
Cantik sangat!






5. Lodge Maribaya
 Tempat yang sangat sesuai untuk pencinta selfie dan alam lodge maribaya adalah tempatnya.

Tips:
1) Pakai kasut yang selesa, sebab tempat tinggi dan baaanyak tangga.
2) Sediakan payung dan baju hujan jika perlu
3) ibu mengandung tak dibenarkan bergambar di tempat-tempat sebegini kerana perlu memakai safe belt. Yang Belon Panas boleh untuk pregnant women.
4) Kurang sesuai untuk warga emas- sebab tinggi, banyak tangga, kawasan luas.
5) Tiket boleh tukar dengan air dan makanan di pintu masuk.Sedap makanan dia.
6) Jangan lupa camera anda. Walaupun ada jurufoto proffesional di sini. Anda juga dibenarkan ambik gambar sendiri.


pemandangan sebenar 

Yang ni khas untuk siapa yang camping di sini. 

O ya, setiap tempat ni bayaran adalah berasingan. Tiap tempat ada tiket yang berasingan.
contoh 
bayaran masuk -bayar
skytree -bayar
swing -bayar
bamboo -bayar 
 sebab nilai dia dalam rupiah, takde la mahal sangat bagi kita orang Malaysia
Apa berlaku jika beli tiket pastu tak sanggup nak naik atau jadi panik(especially orang gayat) dun worry, korang tunggu kat kaunter tiket dan jual kat orang lain tiket tu. 
nampak yang tak tinggi kan, sekali pergi baru tahu tinggi ke rendah. gigil lutut,demi selfie pura-pura berani,haha.
Try la - Aladin Carpet!

Uniknya di sini, tali rail yang menarik tu ditarik sepenuhnya oleh manusia bukan mesin. 

Shopping Time.
Tips
Belilah kain batik, kain telekung, baju-baju di pasar baru-Murah-murah
Yang Rumah Kain tu boleh beli jika nak design lain dan eksklusif.


Hammock Di Bandung
6. Dusun Bamboo  Leisure Park

 Dusun Bambo 
Yang ni kami tak sempat pergi, banyak sangat tempat dalam masa singkat, tak dan. Kalau korang berkesempatan,datanglah sini.
Tempat ni pun cantik untuk bergambar 

Tips:
Bagi korang yang nak jalan-jalan di Bandar Bandung, naik bas perlancongan Bandung. Bas ni akan bawa anda sekitar kota Bandung. Ada beberapa warna bas, dan warna bas ni mengikut destinasi tertentu di Bandung. 


Tarikan baru di Kota Bandung,- Jalan Hantu. dipenuhi dengan manusia bermakeup hantu. Supir kitaorang sengaja je buka tingkap.apa lagi menjerit la kami bila hantu tu datang dekat, sebabnya ada yang penakut hantu.haha
Bila hantu datang dekat-korang hulurkan duit ye- sedekah dengan dorang - 2ribu rupiah ke..
janji ikhlas.Dorang cari makan tu


akak belakang tu ketawa, bila dengar kami jerit dalam kereta



7. Tempat Shopping

  • Pasar Baru - wajib untuk beli telekung murah dan mahal, kain batik, baju-baju, kain ela, kain sulam, tshirt cenderamata, ole-ole bandung-keychain,fridge magnet, beg bandung
  • D- Fashion- kain ela, 


gambar pengunjung terpaksa diblur, malu masuk internet katanya.
pelbagai jenis kain sedia untuk dipilih.
  • Bandung Exclusive 



Yang nak cari kain eksklusif, design unik eloklah datang sini.Sesuai untuk bakal pengantin yang nak cari kain. 
Harga kat sini mahal sikit berbanding d fashion, Beza dia design, dan kualiti kain. I beli kat tiap kedai sepasang kain- tanda kenang-kenangan haha.

  • Rumah Kain Sulam/ Rumah Kain Kana- Kain sulam

Kedai-kedai ni banyak jual kain sulam. Harga boleh jadi berbeza dengan Pasar Baru. Al maklum-kedai kan. Kelebihannya kita boleh melawat dan beli di rumah kain ni waktu malam. Sebabnya Pasar Baru tutup pukul 4:30 petang macam tu. haha
  •  ada perkhidmatan jahit baju di sini. 
  • Boleh duduk-duduk sambil pilih kain- Pasar Baru kena berdiri dan cari kedai2 yang murah. 
  • Buka dompet tengok duit, Ada duit, berkenan di hati -beli je. Pergi mana-mana pun memang rambang mata. Tapi kalau telekung dan kain batik elok beli di Pasar Baru. Sini mahal- lagi-lagi kalau orang kirim. berjuta rupiah boleh habis.
  • Tip Kurangkan shopping- Ingat luggage berapa kg, boleh lupakan niat nak beli lagi.
  • O ya, pastikan time datang luggage korang separuh dari jumlah luggage yang dibeli.Contohnya beli luggage 20kg, Jadi barang yang dibawa dari Malaysia mesti 10 kg ke bawah, sebabnya bila balik - kain shopping akan menambahkan berat  beg korangmenjadi 20kg or lebih. bagi yang datang by group/family, kg yang terlebih boleh ditampung oleh individu yang begnya kurang dari 20kg.
  • Yang datang untuk jalan-jalan  sahaja,doesnt matter- yeke??mesti beli jugak tu.



  • Terminal Tas- Tempat shopping beg


  • Toko Tiga- Tempat shopping tshirt dan seluar jeans

  • Cibaduyut
  • Tempat sesuai nak beli cenderamata seperti tshirt. Barangan kulit=kasut kulit, dompet, kasut sukan
  • Tips.: korang beli kat kedai tepi jalan macam ni-Banyak yang murah dan lawa-lawa. Kalau dalam Mall tu harga standard la kan. Kat luar ni boleh tawar menawar.



  • Tempat Makan Best di Bandung
  • Iga Bakar( Daging Bakar)
  • Buka petang-malam
  • siapa yang minat daging boleh makan di sini

makan malam hari kedua - Hipster Cafe -Kampiun
makan siang -paling best ayam brensek dia...


admya:
panjang giler entry ni. korang boleh bayangkan tak ni baru 4 hari 3 malam,jadual pack macam ni. nanti admya sambung lagi. tangan dah lenguh menaip.semuanya nak hasut korang datang ke Bandung.haha

yang nak number supir tu email yer- fr.lisa10@gmail.com








follow admya di facebook

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...