Yang membesar dengan strict parent dan ayah yang baran mesti akan sangat relate dengan drama ni.. hmm 😰
▶️ #NerakaYangTerhijab -> Strim mulai 4 Jun di Tonton
Sinopsis:
Mengisahkan Adda (Ezzanie Jasny), seorang pelajar universiti yang berjuang meneruskan kehidupan selepas wang biasiswanya disalahgunakan oleh bapanya sendiri, Malik. Dengan keadaan kewangan keluarga yang semakin meruncing, Adda terpaksa bekerja keras untuk menampung keperluan mereka. Namun, semakin kuat dia berusaha, semakin dia terjerumus ke dalam sisi kehidupan yang lebih gelap.
Segalanya berubah apabila Adda diperkenalkan kepada “The Floor,” dunia elit yang dipenuhi kemewahan, pesta dan manusia berpengaruh. Pada awalnya dia menolak, namun tekanan hidup akhirnya membuatkan dirinya memilih untuk menjalani kehidupan berganda sebagai wanita peneman kelas atasan demi wang.
Dalam masa sama, Adda turut terperangkap dalam konflik dua beradik tiri, Annas (Lorenzo Irman) dan Zakwan (Arfie Shah). Ketika Zakwan menggunakan dirinya demi memusnahkan adiknya sendiri, Annas pula mula melihatnya sebagai lebih daripada sekadar perempuan yang dipergunakan. Namun dalam dunia yang dipenuhi rahsia dan kepalsuan, masih adakah ruang untuk mereka diselamatkan?
Pelakon:
Ezzanie Jasny sebagai Adda
Lorenzo Irman sebagai Annas
Arfie Shah sebagai Zakwan
Qistina Rania sebagai Safarina
Lan Siro sebagai Malik
Malle Christian sebagai Tihani
Zarynn Min sebagai Jannah
Mas Anizan sebagai Mazni


Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq