join admya di FB

Kashaf Imani

Baru je cerita pasal Beto,semalam Astro Ria tayang balik cerita Kashaf Imani.(macam berjanji pulak)memang tak tahu pun Astro nak tayang Kashaf Imani nie.Sebab masa tue tengah tonton Isteriku Zulaikha lakonan Sharifah Amani gak,Norkhiriah dengan Ismail(ala,pelakon antara garisan tue)
Best gak cerita Kashaf Imani...ye la dah termiss  masa dia mula-mula tayang sempena maulidur rasul.


Kashaf Imani mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf ( Beto kusyairy) seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah ( Normah Damanhuri)yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej.Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.
Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu menyelamatkan adiknya daripada kancah maksiat.

Drama ni mengisahkan keinsafan seorang manusia tatkala dia berada di alam roh.Bila difikirkan balik,basis Kashaf Imani macam film Just Like Heaven, versi Melayu..Tapi tabik pada pengarah dia Azma Aiza Yusoof sebab  nampak kebolehan dia dalam pengarahan. Hasilnya cukup membanggakan.Keep it up Azma dan Radius One team!

Lagu tema:




Comments