join admya di FB

Tips Bercuti Ke Brunei


Assalamualaikum,
Kali ini admya mengembara ke bumi Brunei Darussalam.

Apa tipnya jika nak melawat ke Brunei?


1. Jika korang dari Malaysia, tak perlu Visa. Sama seperti Thailand dan Indonesia, korang cuma isi borang embarkation yang diberi oleh pramugari atau pramugara.
Jika korang tinggal di rumah saudara seperti admya pastikan korang tulis alamat penuh rumah saudara/kawan korang tu. Bagi yang memilih Hotel. Tulis nama hotel.



2. Tukar Duit -  kadar tukaran Januari 2020.
Nilai duit RINGGIT MALAYSIA KE BRUNEI DOLLAR :
RM3.00 = $1 DOLLAR BRUNEI.
( activate kad atm korang kepada international activation). boleh buat online atau di mesin atm


Dah sampai Brunei. Penerbangan mengambil masa 2 jam.Kami Naik Air Asia.
Next time nak naik Royal Brunei. Dengarnya harga lebih kurang kalau time promo.
Yang bestnya tetang Brunei, bahasa Melayu dan Jawi adalah keutamaan di sini. Mana-mana mesti ada jawi tau.




3. Tempat- tempat menarik yang boleh di lawati di Brunei.
1. Masjid  Sultan Omar Ali Saifuddin.
Pintu Masuk

Pemandangan waktu siang

Apa yang menariknya di Masjid ini? Selain ia adalah masjid di atas air. Tarikannya adalah seni binaan dan kawasan sekitarnya.



Disini ada satu sudut frame yang boleh korang selfie. Cantik wei.

Sebelah Masjid ni, ada dataran. Kat sini korang boleh naik motor untuk lihat pemandangan.



Kalau korang nak bersenam, boleh pilih yang jenis basikal. Kami baru balik kenduri, jadi berbaju kurung semuanya. Nanti admya ceritakan tentang kenduri kahwin di sini.

Next,
Kampung Ayer.

Bagi pelancong, korang boleh sewa bot ni untuk lihat perkampungan Kampung Ayer, 
Harga $20 dollar satu boat. Tapi korang masih boleh tawar menawar. cuba lah, tak rugi pun.



Next,

Masuk: Percuma
Tapi tak boleh kamera kecuali di ruang legar.
Ada apa di sini?
Koleksi diraja milik Sultan Brunei.

Next,
Pasar Gadong
Pasar Malam yang terkenal di Brunei dengan kepelbagaian makanan dengan harga yang murah,



Next,

Tiada bayaran: 
Tempat menarik untuk bergambar sebab tepi laut. 


Tip paling penting bila korang nak balik Malaysia kalau naik Air Asia
Pastikan hand carry korang 7 kg sahaja (2 beg). Air Asia Brunei agak strict tau. Tak lepas nanti.

page ni belum habis edit lagi..hehe 
nanti kita letak lebih banyak gambar.

Comments