Tempat Shopping Best di Kota Bharu - Waqaf Che Yeh


Jika korang singgah di Kota Bharu, dan mencari tempat shopping yang best, pastikan Waqaf Che Yeh masuk dalam list dalam tempat shopping yang bakal korang kunjungi tau!
Sememangnya happening dan menggoda anda untuk terus shopping.haha

First sekali kena tahu waktu operasi 
waktu operasi kebanyakan kedai di waqaf che yeh adalah sebelah malam.Nama pun Pasar Malam Waqaf Che Yeh ye tak!
Hari biasa waqaf che yeh beroperasi sampai 12 malam- 1 pagi
Jika hari cuti dan cuti hujung minggu : petang hingga ke 3 pagi.

Apa yang dijual di sini?
Aduhai, tak boleh nak cakap sebabnya terlalu banyak tapi mostly adalah pakaian. Dari kain pasang, baju kurung, jubah,baju batik, seluar, blouse, seluar jeans, jersi sukan, baju tidur, baju kanak-kanak,tudung hingga kepada aksesori wanita.Ada jugak beg tangan, dompet, jam tangan, alat elektronik.
Yang pastinya kawasan waqaf che yeh ni memang besar. Sampai sesat-sesat kami dibuatnya. Duk ulang lalu tempat yang sama beberapa kali. 



Tak tahu nak pilih yang mana. Semua cantik-cantik belaka. 
(Ni semua dalam kedai di waqaf che yeh)

Kain-kain pasang dari Vietnam dan Siam pasti memukau mata korang.

Pelbagai baju batik original yang boleh memikat hati 




Tips shopping di Waqaf Che Yeh.

  • Datang awal malam terutamanya jika korang melawat waktu cuti. Sebabnya jenuh nanti nak cari parking. 
  • Plan apa yang korang nak shopping? Jadi sampai sana boleh terus fokus barang nak shopping. Bukan apa, takut korang tergoda dan terover shopping. Kering poket karang. 
  • Jika korang dah target nak beli sesuatu, jalan-jalan dan tengok harga dulu. Jika rajin dan bernasib baik, korang boleh dapat barang dari gerai dengan harga yang lebih murah. Saing ambo dia nak beli powerbank, kedai pertama pergi harga rm90 sebelum diskaun, kedai kedua pergi rm120 sebelum diskaun, kedai ketiga rm50 sebelum diskaun siap dapat barang percuma lagi. Hebat kan. Itulah yang penting sabar dan survey harga dulu. 
  • Bila beli barang, pastikan korang tawar menawar tau. Jika korang rasa harga dah murah, ringankan mulut untuk minta diskaun. Adakalanya boleh dapat lagi murah dari apa yang peniaga tawarkan. Dont be shy ok.
  • Yang paling penting, makan dulu sebelum shopping. Bila perut kenyang, nafsu nak membeli takdelah over.Kalau kita lapar emosi jadi tak terkawal, dan fikiran kurang rasional. Tu yang  terover shopping.
Lain-lain kemudahan di Waqaf Che Yeh.
Jangan risau, di waqaf che yeh ada banyak gerai makanan yang korang boleh singgah untuk makan dan minum-minum lepas penat shopping.
Mesin ATM pun ada  banyak di sekitar waqaf che yeh.

dalam banyak-banyak kedai, kedai ni wajib kunjung.haha
kedai eco aka kedai rm2.



Sebelumnya, kami singgah di Pasar Siti Khadijah. Waktu operasi pasar ni dari pagi hingga jam 6. Kami singgah pun sebab nak beli sambal daging akan serunding. Pasar ni menjual pelbagai makanan tradisi yang boleh korang beli sebagai ole-ole sebelum pulang. 


macam-macam ado

Pilih-pilih kak. 



Lama tak makan satay ikan ni. Ia dipanggil Lokching di Kelantan. Teringat zaman sekolah dulu, balik sekolah motor satay ikan nilah yang dicari.  

Lain-lain tempat menarik di Kota Bahru yang kami sempat singgah.
Istana Lama Kota Bharu- Istana Balai Besar





admya:
 Terima kasih kepada pemandu kami yang come loteh merangkap tour guide kami di waqaf che yeh ni. (^_^)
Memang puashati shopping di sini






follow admya di facebook

Comments

  1. pernah pergi dua kali kot tapi hectic sangat mak tak berkenan. kita muda2 sukala. tapi shopping batik dan kaftan di KB mmg pergh.. puas hati =)

    ReplyDelete
  2. Haaaa kan....mmg rambang mata dibuatnya...bju2 siap da la murah2 cntik2 pulak tu...make sure taun dpn nk shopping raya wakaf che yeh msuk dlm list....

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...