Assalamualaikum,
Percutian kali ni adalah short vacation, jadi hujung minggu admya ke Hatyai, Songkla, Thailand dengan bajet serendah RM300 je.
Tip ke Hatyai.
1. Kami masuk Hatyai melalui Imigresen sempadan Bukit Kayu Hitam.
Dinasihatkan berada di sini awal pagi kerana seawal jam 7 pagi dah beratur panjang.
saksikan sendiri, 6 lane di luar kaunter imigresen, 4 lane dalam ruangan kaunter. so sebab tu korang kena datang awal, kalau tak berpeluh-peluh la beratur.(ni kaunter imigresen sado)
Boleh park kereta di sini jika anda memilih menaiki kenderaan Thailand.
Kami naik bas dari Malaysia dan bertukar van pelancong Thailand bila tiba di border.
Yang memilih naik kenderaan sendiri, sila pastikan dokumen disediakan seperti
- geran asal/salinan geran yang disahkan oleh balai polis
- insuran kenderaan - boleh beli di sekitar kawasan berhampiran border. Pakej pilihlah yang bersesuaian
2. Yang tinggal sekitar border, boleh guna pas border- Negeri Perak(Gerik, Pengkalan Hulu, Lenggong),Kedah, Perlis. Yang tak boleh, sila guna buku merah ye(Passport )hehe
Kami dijemput oleh pemandu cum tour guide di border.
Hotel
Sebab tour kali ini kami ambik pakej jadi agen dah sediakan semua. Jadi kami terus ke hotel.
luas kan bilik dia.
Hotel Red Planet - recommended. Hotel yang selesa, kemudahan wifi yang laju(ni penting,hehe)
Simkad
Kami tak beli pun sebab dalam van yang kami naik dah sediakan wifi, kami siap karoke dengan youtube lagi.
Hotel pun ada wifi. cukup untuk guna 2 hari 1 malam.
ruang dalam van kami- meriah dengan lagu dan lampu.boleh muat 10 orang
Tempat- tempat best di Hatyai.
Nora Plaza
Cenderahati agak mahal di sini, beli kat tempat lain je.
Cable Car Hatyai.
Bagi yang nak melihat bandar Hatyai, boleh naik Cable Car Hatyai. Tak terlalu panjang dan tinggi.
Harga : 200 bath
bagi yang gayat naik cable car, dun worry, anda masih boleh lihat bandar Hatyai, di sekitar sini. Biarkan je geng berani naik.haha
Tapi admya naik tau.
Asean Night Bazar
Tempat ni paling best. Shopping lagi..haha
apa yang best di sini - ada macam-macam kat sini
(cenderahati, pakaian, makanan,mainan)
Nilah ruper dia. Ada 2 tingkat. Tingkat 1 jual pakaian, cenderahati macam tu. Punyalah banyak kedai, tengok korang larat tak nak jalan semua kedai kat sini.
tingkat 2 jual makanan dan minuman - kami pergi weekend kan, ramai sungguh orang
ni sushi. comel nor sushi dia
buah-buahan- mangga dan jambu dia memang terbaik
Kat sini memang best kalau jalan-jalan cari makan. semuanya sedap belaka
Makan Dinner- Khlonghae Seafood( makan time)
Restoran seafood yang terkenal di kalangan orang Malaysia. nape?
lihatlah deretan seafood menanti anda, Kat sini korang boleh makan sebanyak mana korang nak!dari seafood, nasi goreng, mee goreng, dessert, appertizer, bihun tomyam, ikan rebus, ikan bakar,
banyak sangat menu tak tertulis kat sini.
Harga sekepala 189 bath(tanpa seafood)
289 bath(seafood)
tip makan di sini.
-jika anda mahu seafood rebus, pergi ke kaunter rebus untuk rebus segala seafood yang korang pilih, jadi takde la makan masa yang banyak nak makan, kalau nak grill, boleh grill sendiri atau steam.
-Yang tak boleh makan seafood ambik package tanpa seafood harga 189 bath sekepala
- semua kena ambik sendiri, dari air minum,pinggan, sudu, garfu,
makanan dah tentu.
Next, Plaza Hatyai, atau Lee Garden Plaza
Sekitar sini,ada macam-macam jualan. Oleh sebab kami datang sini dah malam dan dah kenyang, lebih cuci mata di sini.
ada apa di sini?
nak makan udang besar, sinilah tempat dia.
Kalau tak kenyang makan seafood, memang kami dah ngap udang besar ni..
wajib cuba- coconut ice cream.soodap
Harga : 50 bath
sebelum balik hotel kami tour de city dengan naik tuk-tuk-hingga balik hotel.
Harga: 300 bath satu tuk-tuk(tour dalam 30 min)
jadilah nikmati bandar malam hatyai.badan penat sebab seharian berjalan, tapi bila nampak kamera auto senyum,haha
Big Bee Garden
kalau nak beli madu(bukan bermadu ye) boleh beli di sini.
kat sini juga banyak tempat selfie yang menarik.
ice cream ni sedap..
Restoran Dim Sum Chabura Hatyai
Restoran popular di kalangan rakyat Malaysia di Hatyai. Dalam kedai ni pun penuh orang Malaysia.Kira restauran viral la ni.
Tips:
ambik number meja ketika mula masuk restauran, pilih dim sum korang, dan bagi dim sum untuk dikukus serta kad number dan tunggu di meja dengan kad number.
Macam-macam dim sum ada. Rupanya rakyat Malaysia memang minat dim sum.
Nah, tengok-penuh meja dengan dim sum. bertengkek-tengkek^_^
Bagi yang tak minat dim sum, dun worry, ada menu ala carte yang boleh korang pilih dalam menu.Antara menu yang sedap - Bubur Tomyam Seafood, Murtabak, Tomyam dalam kelapa, Nasi Goreng Seafood.
Chang Puak Camp-
ada apa di sini?
nilah antara aktiviti yang ada di sini- elephant riding, atv motor, achery,
time kami datang penuh dengan pelancong Malaysia je. mana-mana penuh pelancong Malaysia.haha. Jadi beratur panjang nak naik gajah.
Bagi anak gajah makan jela kami kat sini.
Tang Kuan Hill Lif Station
Tempat ni ala-ala cabel car Bukit Bendera. Tempat sightview(pemandangan)
harga takde la mahal sangat
City View |
beach view
Sampai kat atas, korang boleh menikmati permandangan bandar Songkla, Hatyai yang menarik. Ada 2 view kat atas ni,City View dengan Beach View. Jadi memang berbaloi naik atas ni selfie.
Pantai Samila
Kat pantai popular dengan kisah lagenda,
1) Kisah kucing dengan tikus
2) Duyung
2 monumen ni memang penuh dengan orang nak bergambar.
Jadi tak sah kalau sampai kat pantai ni, korang tak ambik dengan 2 monumen penting pantai samila.
Bagi nak beli cenderahati, kat sini lebih murah- untuk keychain, tshirt Hatyai, fridge magnet.
Kedai kacang
sebelum balik Malaysia jangan lupa singgah kedai kacang.macam-macam kerepek,kacang ada.pastikan korang simpan duit untuk beli kacang ni.hehe
sebab ramai tak sangka kacang-kacang/kerepek, seafood kering kat sini semuanya sedap.
Last but not least, Floating Market Hatyai- acara kemuncak atau tempat paling penting dalam lawatan Hatyai.
Kebetulan time kami pergi ada ulangtahun ke 10 Floating Market jadi sangat meriah lah di sana.
Jadi kat sini memang lokasi terbaik untuk korang cari street food Hatyai yang sedap. Ada macam-macam makanan yang boleh korang cuba di sini
sinilah syurga makanan, dari pulut mangga,fish ball goreng,telur puyuh goren,donut, dan lain-lain boleh cuba di sini.
Oh ya sebelum terlupa, jangan lupa singgah di 7 eleven sekitar hatyai. ada barang yang korang mesti beli antaranya:
susu ni sampai habis licin kat 7 e,semuanya habis dibeli rakyat malaysia.
komestik travel pun mesti beli, kat Malaysia jarang ada paket travel comel2 macam ni(gambar adalah contoh) ada macam-macam lagi kat 7-e
admya:
itulah je la perkongsian yang tak berapa pendek dari admya. Kalau korang nak tahu pakej murah dan detail ke Hatyai yang admya pergi
komen dan letak email korang di ruangan komen ye atau
email admya - fr.lisa10@gmail.com
memang harga bajet wei...cepat email admya.
Terbaik... .👍
ReplyDeleteBest gile dapat jln2 gi Thailand. Rm300 je budget. Uih.. Apa2 pun blog ni macam Sempoi je. Entry panjang wo.. Berapa jam punya mengarang.. Terbaik lah
ReplyDeletememang best. blog ni memang sempoi macam tuan dia.haha
Deletegambar je banyak tu
email sy pakej die
ReplyDeletefshafina.fsm@gmail.com
done email
Deletesalam puan..emelkan saya pakej starvenus82@gmail.com
ReplyDeletetq
salam.. email kepada sya ye details and pakej2 ke sana.. hazelya92@gmail.com
ReplyDeleteJom ke HATYAI 6-9 DEC 2019 !!!!!! Hanya RM299/pax termasuk transport + hotel + tour guide + travel insurance. Kalau nak tahu full itinerary boleh ws di no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com
ReplyDelete