Friday, June 29, 2012

Cerekarama: Maharku Untukmu



Tarikh Tayangan: 30/6/2012
Para Pelakon: Nabila Huda, Adi Putra,Norish Karman,Iqram Dinzly.

Sinopsis:
Kisah bermula dengan Tengku Aishah teringat permulaan perkahwinannya dengan drivernya Putra. Kehidupannya dengan tengku Ariff sangat sosial.Tengku Aishah(Nabila) kehilangan tunangnya Tengku Ariff beberapa minggu sebelum tarikh perkahwinan berlansung.  Tidak lama kemudian, Tengku Aishah berkahwin dengan  Putra untuk menutup malu yang Aishah mengandung luar nikah. Sebab utama Putra dipilih papa Aishah adalah untuk membimbingnya dalam agama.Terpengaruh dengan mamanya yang mementingkan darjat,Aishah menganggap suaminya itu berkahwin dengannya hanya kerana hartanya semata-mata.  Aishah dipaksa oleh mamanya untuk bercerai.Namun, dia menyedari Putra mencintainya dengan ikhlas.  
Ending sedih huhu...Putra meninggal dunia.

Memang terbaik drama ni!Banyak pengajaran.

Lagu tema;
Opick- Takafur(babak kahwin)
Winda- Kutemukan Penggantinya(babak Aishah pantang)
Eren feat  Romi- Bukan kekasih setia






Thursday, June 28, 2012

Slot Akasia tv3: Kau yang Terindah




Drama yang bakal menggantikan Dejavu di Kinabalu.  Neelofa dan Nazim Othman akan menjadi pelakon utama drama ni. Drama Kau yang Terindah ni sedang dalam Penggambaran dan akan ditayangkan 6 Ogos 2012. Dua drama Nazim berturut-turut.-awesome! Sekali lagi drama arahan kak Erma Fatima-cayalah
Tapi jangan salah faham ye,drama Kau yang terindah 26 episode ni bukan adaptasi novel ye.
Drama ni macam remake filem Indonesia je- Di bawah lindungan Kaabah

Sinopsis:
Mengisahkan Firman(Hafil andiro)  yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman adalah anak kepada pembantu rumah Alisya(Neelofa).Dia bekerja di rumah Alisya.Pada awalnya Firman tidak menyukai Alisya namun kelamaan dia mula jatuh hati dengan Alisya.Malangnya keluarga Alisya tidak merestui mereka kerana perbezaan darjat.Alisya mahu ditunangkan kepada Kapten Shamiel(Nazim).Firman membawa diri ke Mekah.Adakah Alisya mencari cintanya di Mekah?
thanks to edtv

Lagu tema Kau yang terindah
Episode akhir Kau yang Terindah

Watak
Nazim sebagai Kapten Shamiel.
Hafil Andrio Putra- Firman
Neelofa - Alisya

Hero  selain Nazim bakal digandingkan dengan Neelofa dalam Kau yang Terindah- Hafil Andrio Putra (Pelakon Indonesia)


hafil andrio putra
Biodata Hafil:
Nama penuh: Hafil Andrio Putra
Tarikh lahir: 20 Mac 1989
Kerjaya: Model,Mahasiswa

sneakpeek Kau yang Terindah:











gambar sumber: Nazim Othman,Neelofa

Episode akhir Dejavu di Kinabalu



Jawapan telah diketahui.Scrol ke bawah untuk episode Finale DDK
Nadira berjumpa Ammar ketika menziarahi kubur pemilik jantungnya Inara.Nadira tekejut dan dari situ Nadira sedar dia menyayangi Ammar kerana jantung Inara ada di dalam dirinya. Dia mula meragui cinta Ammar kepadanya.Nadira meminta putus dengan Ammar dan kembali berbaik kepada Bazli.
Bazli mengetahui Nadira cuba menafikan cintanya pada Ammar.Bazli dan Ammar berbaik-baik dan mahu Ammar berjumpa Nadira.Akan tetapi Nadira enggan berjumpa Ammar.
Demi cintanya pada Nadira,Bazli sanggup menyiapkan majlis perkahwinan Nadira dengan Ammar. Tiba hari yang ditunggu,Nadira berbelah bagi untuk memilih Ammar atau Bazli.
Siapa pilihan Nadira?Ammar atau Bazli?
Segala persoalan ini akan terjawab pada 2 OGOS 2012





Episode akhir DDK
Mama Bazli amat menentang perkahwinan Bazli dan Nadira.Namun Nadira dan Bazli merancang untuk meneruskannnya.Bazli menyiapkan persiapan perkahwinan mereka.Manakala Ammar mereancang untuk terbang ke England.Dia tidak sanggup melihat Nadira mengahwini Bazli. Nadira yang tertekan dengan kata-kata Mama Bazli, tekad melarikan diri daripada hospital.Ammar dikatakan pengecut oleh Zahid kerana tidak berani untuk mempertahankan cintanya.Bazli mencari  Nadira dan terjumpa dia terbaring di jalan. Nadira mengakui pada Bazli yang dia masih mencintai Ammar.Nadira dibawa pulang kerumahnya.Uzra sangat marah atas tindakan Nadira.
Zahid masih memujuk Ammar untuk berjumpa dengan Nadira.Ammar tetap berdegil.Dia masih percaya yang dia mencintai Nadira kerana jantung Inara.
Nadira masih ingin meneruskan perkahwinannya dengan Bazli.Zahid mahu Ammar untuk buktikan cintanya pada Nadira.Bazli mengejar Ammar yang dalam perjalanan ke Airport.

Bazli berjaya menikahi Nadira.Akan tetapi jantungnya perlu dibedah semula.Selepas tiga tahun,walaupun  didalamnya,bukan lagi jantung Inara, jantung Nadira masih bergetar apabila bertemu Ammar di airport.


Thanks kepada TEAM BAZLI keranavote for Bazli.Bazli berjaya memiliki Nadira.Ending sama macam summerscent. Nadira ingat dia mencintai Ammar kerana jantung Inara,tapi sebenarnya dia memangkan cintakan Ammar sejak mula.Jantung Inara hanya menjadi penyebab pertemuan mereka.So kesimpulannya cinta bukan dari jantung,tapi dari hati.

Kongsikan pendapat pasal ending DDK.



Hanya tinggal kenangan.Kalau Ammar menang vote,pastinya inilah endingnya.
Ending Ammar dan Nadira

Tuesday, June 26, 2012

Eyriqazz Vs Denaihati :Siapa Paling Popular?



Fenomena “ EYRIQAZZ vs DENAIHATI” kini menular. Sebabnya  Eyriqazz vs Denaihati ni sedang melancarkan Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati yang menjadi bualan semua blogger-blogger di Malaysia.Masuk contest ni pun bukan nak menang pun, sekadar suka-suka je. Siapalah kita kan ni kalau nak dibandingkan dengan blogger-blogger hebat yang lain. 


Siapa Eyriqazz dan Denaihati ni?
Dua orang dalam  jejaka biasa yang luar biasa dalam dunia blogging.Bukan sahaja dari segi trafik tetapi juga dari segi  income blog,followers,pengaruh dan macam-macam lagi-Fuhh,memang hebat Kira sifu kepada blogger-blogger yang lain la ni termasuk la yang menaip ni.Kedua-dua mereka mempunyai pembaca setia masing-masing, yang sentiasa menyokong dan memberikan pandangan berguna dalam setiap entri yang dihasilkan. Tidak hairanlah mereka dan blog-blog mereka sangat dikenali oleh ramai blogger di Malaysia ini.






Siapa lebih hebat?
Susah jugak nak buat pilihan sebab dua-dua sama hebat. Eyriqazz terkenal dengan tagline Great Teacher Onizuka. En. Enyriqazz ni anak emas Nuffnang -kira blogger kesayangan Nuffnang ni. Tahun lepas je lebih 40 sponsored post dari pelbagai syarikat-syarikat besar..Woah...


Blog Eyriqazz  adalah personal blog yang banyak menceritakan kehidupan seharian seorang papa. Walaupun ceritanya biasa,namun ia tetap mampu menarik minat orang untuk terus membaca satu entri ke entri yang lain.Kandungan yang dihidangkan lebih santai dan mesra alam.hehe


Kalau tengok Denaihati plak, ia lebih tertumpu pada isu semasa,pasal blogging,dan tips-tips yang sangat berguna.Sesuai dengan tagline Denaihati: Hidupkan dengan memberi.Denai hati banyak "memberi" kepada pembaca -pembaca dan blogger yang lain.


So,kesimpulannya,dua -dua best.- Mantap dengan traffic blog,follower dan income blog serta yang paling best tak pernah lokek ilmu untuk dikongsi..Cayalah.


Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati

Cabaran contest SEO menggunakan keyword EYRIQAZZ VS DENAIHATI ni berlansung sehingga 31 ogos 2012.Pemenang akan ditentukan melalui kata kunci "Eyriqazz vs Denaihati" yang mendapat tempat di Google Malaysia(Google) yang akan diambil menggunakan Google Chrome pada tarikh 1-10 September 2012.


Hadiahnya:

1st : RM500 cash + 20,000 dari Denaihati.com +iklan banner 125x125 sebulan di blog cik tom
2nd: RM300 + 10,000 trafik dari Denaihati.com
3rd: RM200 + 5,000 trafik dari Denaihati.com
4-5th: RM100 + 5,000 trafik dari Denaihati.com
6-7: RM50

Sunday, June 24, 2012

Slot Ratu: Andai ku Tahu tv9


Channel: tv9
Slot: Ratu
Para Pelakon: Ezany, Faezah Elai,Natasha Hudson,Ungku Ismail
Waktu siaran: 8.30 malam
Hari Siaran: Isnin - Selasa

Lagu tema:
Lagu latar:Kesedihanku- Aladin
 Diciptanya Hawa- Shanel
Sinopsis:
Semuanya bermula apabila pasangan suami isteri, Johan (lakonan Ezany Nizariff) dan Shariza (lakonan Faezah Elai) telah merancang untuk bercuti dan ketika dalam perjalanan ke destinasi percutian, mereka telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya. Kereta yang dipandu Johan telah terhumban ke dalam gaung dan apa yang lebih mengejutkan adalah Shariza telah hilang sejurus selepas kemalangan tersebut!
Kehilangan Shariza telah meninggalkan trauma yang tidak terperi terhadap Johan. Walaupun selepas bertahun-tahun tragedi itu berlaku, sehingga kini Johan tetap tidak berputus asa untuk mencari isteri yang dicintainya itu. Hari berganti hari namun Shariza masih belum ditemui.
Setelah sekian lama bersendirian dan di atas pujukan keluarga, akhirnya Johan bersetuju untuk berkahwin dengan Adura (lakonan Natasha Hudson) demi masa depan anaknya, Ezad, yang amat memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu.
Situasi menjadi kian menghairankan apabila Adura hampir terlanggar Shima ketika hendak menghantar Ezad ke tadika. Shima yang wajahnya benar-benar seiras dengan Shariza itu menjadi semakin rapat dengan Adura semenjak dari hari tersebut. Apabila Johan bertemu dengan Shima, ia memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya. Bagi Johan, yang berdiri di hadapannya adalah Shariza! Shima yang kelihatan pelik dengan Johan menafikan sekerasnya anggapan Johan itu.
Johan tidak senang duduk sejak bertemu dengan Shima. Seperti mana dia tidak berputus asa untuk mencari Shariza satu masa dahulu, kini dia akan meneruskan pencariannya itu. Adakah benar Shima adalah Shariza atau adakah mereka hanya pelanduk dua serupa? Adakah kemunculan Shima hanyalah imaginasi Johan yang tertekan akibat tragedi yang berlaku bertahun-tahun yang lepas?
Thank you for reading this entry.

Miss Octopus TV3

Drama Komedi  sebanyak 13 episode ini akan bermula 24/6/2012 jam 9 malam tau(jangan tengok poster-silap tu) bagi mengantikan Mentor 6.
Para pelakon yang terlibat adalah Rozita Che Wan,Fahrin Ahmad,Nabila Dally, Talha Harith,Nas T,Dottie,

Sinopsis:
 Miss Octopus aka Cik Sotong ni mengisahkan tentang seorang pensyarah perempuan(Rozita Che Wan) bernama Oktober(panggilan manja- Ber) berusia 35 tahun yang masih bujang.Puas maknya mendesaknya berkahwin,namun dia masih belum mempunyai calon suami dan takut untuk berkahwin hinggakan pinangan yang masuk pun ditolaknya.Dia tidak mempunyai keinginan utk berkahwin walaupun rakan-rakannya semuanya telah bekeluarga,.Berbeza pula dgn pelajarnya Asmira(Nabila) yang sedang belajar  tapi kemaruk pula nak berkahwin.Niat Asmira ini dihalang oleh ibunya.Mira hanya dibenarkan kahwin hanya selepas habis belajar.
Mana dapat gelaran Miss Octopus ni? Gelaran ni diberikan oleh Asmira disebabkan Miss Oktobe ni selalu mencari kesalahannya.Miss Oktober ni terkenal dengan sikap baran dan tegas dengan para pelajar.

Kekecohan menjadi kelam kabut bila pensyarah tampan Dr. Shah Reza(Fahrin Ahmad)mula mengajar. Cik Miss kita ni pun jatuh hati dengan Dr.Shah hinggakan penampilan berubah menjadi gadis gedik. Miss Ber pula semakin berani untuk sentiasa berada 24 jam  di sisi hingga  Dr Shah rasa rimas.Dr Shah pulak tak tertarik dengan Cik Miss tapi  lebih kepada Asmira yang serius dalam pelajaran.
Adakah Asmira juga meyimpan perasaan terhadap Dr.Shah?Habis kekasih hati dia nak letak mana?atau dia sengaja buat begitu untuk menyakitkan hati Miss Octopus?

Kitty(Dottie) dan Asmira(Nabila)




Lagu tema drama Miss Octopus:
Katakan Kenapa- Daus AF8

Gambar shooting Miss Octopus:
Lokasi: MSU






Adakah ini ending drama Miss Octopus?

 Episode akhir: Miss Octo kahwin dengan Dr.Imal?



  sumber gambar:raysmafira,ghaz

Friday, June 22, 2012

Preview Dejavu Episode 5,6,7,8


Drama ni so sweet, best tengok Aqasha dengan Tizz.

Best words of Dejavu di Kinabalu:
  •  Selagi jantung saya berdegup,selagi itu cinta saya pada awak takkan mati - Inara
  • Orang kalau suka kat kita,kita akan nampak kat mata dia - Ammar
  • Nafas saya adalah cinta Inara- Ammar

Episode 5
Nadira bertanyakan doktor tentang maklumat pendermanya.
Nadira memujuk Bazli agar membenarkan kakaknya Uzma ikut serta  untuk projeknya,namun Bazli tidak membenarkannya.Ammar menziarahi kubur Inara di Kundasang.

Episode 6
Nadira terkejut melihat kemunculan Ammar. Kedua-duanya saling bertanya tujuan masing-masing.Mereka banyak menghabiskan masa bersama. 

Episode 7
Setelah 3 tahun,perasaan kasih datang kembali,Ammar dengan berani meluahkan perasaanya pada Nadira.Ammar bertanya adakah Nadira mempunyai perasaan yang sama. Yuzra sibuk bertanya pada Zahid tentang ke mana Ammar dan Nadira pergi.r Ammar berasa yang dia telah menkhianati cinta Inara.Uzma pula tetbang ke Kundasang utk bertemu dengan keluarga penderma Nadira.Omg,Uzma dah tahu siapa penderma jantung Nadira-tunang Ammar sendiri.


Episode 8
Nadira bertembung dengan Uzma.Nadira lega Ammar tiada di situ ketika Uzma tiba. Apatah lagi Uzma tidak tahu tentang kehadiran Ammar.Ammar mengamuk bila mendapati gambar Inara dirumahnya hilang.Uzma menasihatkan Bazli agar tidak membenarkan Nadira berjumpa dengan keluarga penderma jantungnya.

Thursday, June 21, 2012

Adakah korang pernah buat perkara ni masa kecik?

1) Bukak kipas,cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar- Yang ni memang pernah..hihi


2) Naik kereta pastu ingat bulan ikut kereta.. rasa pelik sebab bulan asyik ikut je...:)




3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat.
4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali.
5. Masa sekolah, ade orang dtg jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list, mintak duit nak beli
kat mak bapak.
6. Lukis burung guna huruf M atau V
7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit

8. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais padam
9. Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.
10. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.

11.Mintak biodata kawan2
12. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu.
13. Buat jet kertas


indahnya dunia kanak-kanak..
hampir semua di atas pernah buat,pasti korang pun pernah kan...
bila baca ni pasti  buat korang tersenyum, betul tak?

Filem Isyarat Cinta- Fizo Omar,LJ,Adi Putra



Update: Tayangan Hari Raya Kelima TV3

Wednesday, June 20, 2012

Lagu tema Bukan Bidadari TV3



Peterpan- Walau habis terang
Download lagu

Ku terbiasa tersenyum tenang
walau aa.......hatiku menangis

Kaulah cerita
tertulis dengan pasti
selamanya dalam pikiranku

Peluk tubuhku
Untuk Sejenak
Dan biarkan kita
Memudar dengan pasti

Biarkan semua
Seperti seharusnya
Takkan pernah
Menjadi milikku

Lupakan semua tinggalkan ini
Ku kan tenang dan kau kan pergi

Reff :
Berjalanlah walau habis terang
Ambil cahaya cinta kuterangi jalanmu

Di antara beribu lainnya
kau tetap... 3x
benderang o.. oo






Masterchef Selebriti Malaysia: Dato Fazley Juara Masterchef!


Admya memang peminat setia Masterchef tak kira la Masterchef USA ke,Australia ke, Junior Australia ke,
Selepas doktor ezani menang Masterchef 1,Astro sekali lagi membawakan Masterchef tapi  khas untuk Selebriti.

Siapakah antara Dato'Fazley,Angah,Soo wincci,Farouk dan Juliza Adlizan akan bergelar juara Masterchef Selebriti?Saksikan final Masterchef Selebriti di Astro Ria


Yeah,\(^_^)/
Dato' Fazley Juara  Masterchef Selebriti.Beliau  berjaya memberikan RM57,500 untuk Yayasan Jantung Negara.


Dato' Fazley memang suka memasak.Sebab tu, dia mempunyai pengetahuan yang agak banyak tentang memasak dan makanan. Kalau dalam kumpulan,dia jenis cool je.Tambahan pula,dia kan pakar motivasi jadi ilmunya itu boleh diguna pakai untuk mengenal pasti kelebihan dan kelemahan peserta lain. (n_n)
Peserta akhir Masterchef Selebriti-memang dah agak sebab pretasi dia konsistean sepanjang pertandingan.

Angah.Penghibur di dapur Masterchef..Masakan dia pun boleh tahan. Kelebihan dia di dapur Masterchef tak berapa nampak sangat tapi dia mampu membuat kejutan setiap kali di dapur. Ya,kejutan telah berlaku-Angah di peringkat Akhir masterchef-Angah ke Juara Masterchef Selebriti?



Awek Cun di dapur. Pemenang Miss  World Malaysia yang juga peminat kek ini pun boleh tahan. Di Dapur Masterchef dia Pakar buat desert..Sebab tu kalau tgk setiap episode,dia pasti akan menjadi chef dessert.AdaA potensi menang sebab juri selalu suka masakan dia. Namun,perjalanannya tamat sebagai TOP 5
 
Farouk..Tak tahula sejak bila "perang" bermula antara dia dan Azwan. Namun kalau digadingkan pasti ada drama antara mereka. Namun perang sering menyatukan mereka.Selalu dipilih dalam satu kumpulan yang sama.haha.Agak hebat jugak kalau memasak. Farouk berjaya sebagai TOP 5.



Cikgu Vokal ini dikagumi oleh selebriti yang  lain sebab pakar masakan.Apatah lagi,dia memang ada keluarkan buku masakan.Namun,kehebatan memasak setanding personalitinya yang"agak cerewet" di dapur.Dia sering mengundang rasa tak puas hati di kalangan selebriti yang lain. Pernah mencetuskan pertengkaran dengan Raja Azmi sebelum ini pada cabaran sajian luar. Bak kata Karl  Juliza macam mak-mak- sering membebel dan ingin ideanya dituruti.Ramai nak akak nie terkeluar,akhirnya Juliza tersingkir dari Masterchef sebagai TOP 5. 


Tak suka betul Azwan dalam gambar ni :(.  


Nasib baik di dapur masterchef dia dah potong rambut.Musuh ketat Farouk di dapur..Walaupun mulutnya bising,namun dia seorang yang dengar kata(bak kata Dato Fazley). Kelemahannya Azwan ialah suka buat hidangannya penuh pinggan yang tak berapa disukai juri. Yang peliknya, kalau dia  salah buat ikut resipi sedap pulak dan dipuji oleh Juri. Rakan-rakan yg lain seakan menerima kekecohan Azwan di dapur,Kata mereka,Azwan kalau dia kecoh,maksudnya dia tengah buat kerja(^o^)




Antara paling ramai peserta,Tomok didapati peserta paling lemah. Sering kali masuk penyingkiran,namun sentiasa selamat. Berkat pusingan penyingkiran,kemahiran memasaknya juga semakin mantap.Perjalanan Tomok di Masterchef berakhir apabila dia tersingkir sebagai TOP 7 setelah 7 kali berada di Pusingan Penyingkiran.


Hot Guy can cook! Di dapur masterchef,Jehan adalah seorang pakar sos..Kalau dia buat sos,pasti sedap..Namun sayang,Jehan tersingkir sebagai TOP 8 dalam cabaran Kari Hari Ini.=(


Tak sangka dia bertahan hingga TOP 10.Walaupun kehebatannya tak berapa menyerlah,dia mampu membuat kejutan.. Namun sayang, couple angah di dapur ni akhirnya terpaksa meninggalkan masterchef sebagai TOP 9.




Nak tahu siapa menang Masterchef Selebriti? Saksikan di Astro Ria, Sabtu- Selasa 9 MALAM.




Tuesday, June 19, 2012

Cerekarama: Dibah Lori



Macam menarik je drama ni (^o^)Neelofa bawak lori?



Tayangan; 23/6/2012

Sinopsis: Mengisahkan Diba yang beperwatakan lelaki suka memandu lori  milik kecil bapanya untuk menghantar sayur-sayuran ke Pasar. Dia menyimpan cita-cita untuk membawa lori besar. Dibah berkali -kali ke ujian memandu  tapi dia asyik gagal aje. Namun itu,tidak mematahkan semangatnya untuk membawa lori besar.
 Mak Dibah ingin Dibah uruskan ladang tersebut dengan bantuan Said(Qi)- jejaka yang mendapat gelaran si lembik,tapi Dibah keberatan.Dibah nak kerja lain, gelaran"Kaki pukul" membuatkan ibunya tidak mahu Dibah bekerja di tempat lain.- Ganas gak Dibah ni..(^_-)
Dibah ni agak obses dengan Lori-sebab arwah ayahnya suka belikan Dibah mainan Lori.(padanle nak bawak lori besar)

 Kawan baik  Dibah Milah yang ayu cuba menyatukan Said dan Dibah. Atas desakan Milah,Said cuba menjadi lelaki yang diidamkan oleh Dibah hingga sanggup belajar silat utk tunjukkan kegagahannya sbg lelaki.
Dibah  ni selalu jadi "bodygourd" Milah  sekiranya diganggu lelaki.
Dibah akhirnya dapat bekerja di sebuah syarikat lori dan dapat membawa lori seperti mana diidamkan.
Si Bob(lelaki yang sering dikerjakan Dibah) tak serik-serik nak ganggu dia .. Nasib baik,Si Hero Sotong Said datang menyelamatkan Dibah.
Ending
 Said berkahwin dengan Dibah.

minggu ni -asyik dengar perkataan sotong je dalam drama.Drama komedi Miss Octopus pun baru keluar- sotong lagi.
nasib baik suka makan sotong(eh..takde kena mengena dgn drama..)


Lakonan: Qi Qushairi, Neelofa, Intan Ladyana, Wan Maimunah, Idzham Ismail




Lagu tema Dibah Lori:
Jimmy Palikat feat ONE- Anak Kampung
Aliff Satar- Lelaki seperti aku
The times - Wilayah Strawberi selamanya( sweet lagu ni)
The times -Retro Asmara
Aril- Anugerah Terindah








akan diupdate lagi nanti :)
gambar sumber: twitter neelofa

Lagu episode 2 DDK(Dejavu di Kinabalu)





  • Adeff - Sang Rasa (kat airport)
  • Download
Izinkan aku memberi petuh cinta
Bagi semua yang dilanda asmara membara
Mulut dan hati selalu bicara beda
Selalu

Izinkan aku bicara apa adanya
Bahwa cinta pasti kalah oleh rasa di dada
Yang terpenting dari semua yang ada hanyalah
Rasa

Reff :
Bila rasa itu ada pasti akan abadi
Sampai hati rasa itu ikut
Rasa di hati bisa dusta dan di dustai
Percayalah kepada sang rasa




  • Melly ft Irwan Shah(babak Nadira makan kat jambatan)
  • Download

Monday, June 18, 2012

Lagu Dendanganku by The Pangkren



Song by The Pangkren

Lagu : Dendanganku


Lirik : Hisham, Lagu : Hisham




Bersinar terang bintang-bintang

Gambar keindahan wajahmu


Seirama cinta 


Untuk kau dendanganku



Dan bukan hanya kata-kata


Seisi maya bandingannya


Untuk kulukiskan 


Seikhlasnya cintaku 

c/o :


Masih terdengar lagi


Melodi rindumu sayukan malamku


Masih ku terasa



Hangatnya sentuhanmu 




Siapa The Pangkren ni?meh kenal diorang...


The Pangkren FB


Nama Band : The Pangkren


Anggota kumpulan: sorang je rupanya!^_^ 
nama dia  Hisham - one man band (vocal, background vocal, gitar, bass, keyboard, dram, sinth, )


Tahun Ditubuhkan : April 2011

Konsep Band : D.I.Y. Pop


Influence : 60's & 80's Pop


Label : Studio Kuda Belang