join admya di FB

Cerekarama: Dibah Lori



Macam menarik je drama ni (^o^)Neelofa bawak lori?



Tayangan; 23/6/2012

Sinopsis: Mengisahkan Diba yang beperwatakan lelaki suka memandu lori  milik kecil bapanya untuk menghantar sayur-sayuran ke Pasar. Dia menyimpan cita-cita untuk membawa lori besar. Dibah berkali -kali ke ujian memandu  tapi dia asyik gagal aje. Namun itu,tidak mematahkan semangatnya untuk membawa lori besar.
 Mak Dibah ingin Dibah uruskan ladang tersebut dengan bantuan Said(Qi)- jejaka yang mendapat gelaran si lembik,tapi Dibah keberatan.Dibah nak kerja lain, gelaran"Kaki pukul" membuatkan ibunya tidak mahu Dibah bekerja di tempat lain.- Ganas gak Dibah ni..(^_-)
Dibah ni agak obses dengan Lori-sebab arwah ayahnya suka belikan Dibah mainan Lori.(padanle nak bawak lori besar)

 Kawan baik  Dibah Milah yang ayu cuba menyatukan Said dan Dibah. Atas desakan Milah,Said cuba menjadi lelaki yang diidamkan oleh Dibah hingga sanggup belajar silat utk tunjukkan kegagahannya sbg lelaki.
Dibah  ni selalu jadi "bodygourd" Milah  sekiranya diganggu lelaki.
Dibah akhirnya dapat bekerja di sebuah syarikat lori dan dapat membawa lori seperti mana diidamkan.
Si Bob(lelaki yang sering dikerjakan Dibah) tak serik-serik nak ganggu dia .. Nasib baik,Si Hero Sotong Said datang menyelamatkan Dibah.
Ending
 Said berkahwin dengan Dibah.

minggu ni -asyik dengar perkataan sotong je dalam drama.Drama komedi Miss Octopus pun baru keluar- sotong lagi.
nasib baik suka makan sotong(eh..takde kena mengena dgn drama..)


Lakonan: Qi Qushairi, Neelofa, Intan Ladyana, Wan Maimunah, Idzham Ismail




Lagu tema Dibah Lori:
Jimmy Palikat feat ONE- Anak Kampung
Aliff Satar- Lelaki seperti aku
The times - Wilayah Strawberi selamanya( sweet lagu ni)
The times -Retro Asmara
Aril- Anugerah Terindah








akan diupdate lagi nanti :)
gambar sumber: twitter neelofa

Comments