join admya di FB

Episode akhir Dejavu di Kinabalu



Jawapan telah diketahui.Scrol ke bawah untuk episode Finale DDK
Nadira berjumpa Ammar ketika menziarahi kubur pemilik jantungnya Inara.Nadira tekejut dan dari situ Nadira sedar dia menyayangi Ammar kerana jantung Inara ada di dalam dirinya. Dia mula meragui cinta Ammar kepadanya.Nadira meminta putus dengan Ammar dan kembali berbaik kepada Bazli.
Bazli mengetahui Nadira cuba menafikan cintanya pada Ammar.Bazli dan Ammar berbaik-baik dan mahu Ammar berjumpa Nadira.Akan tetapi Nadira enggan berjumpa Ammar.
Demi cintanya pada Nadira,Bazli sanggup menyiapkan majlis perkahwinan Nadira dengan Ammar. Tiba hari yang ditunggu,Nadira berbelah bagi untuk memilih Ammar atau Bazli.
Siapa pilihan Nadira?Ammar atau Bazli?
Segala persoalan ini akan terjawab pada 2 OGOS 2012





Episode akhir DDK
Mama Bazli amat menentang perkahwinan Bazli dan Nadira.Namun Nadira dan Bazli merancang untuk meneruskannnya.Bazli menyiapkan persiapan perkahwinan mereka.Manakala Ammar mereancang untuk terbang ke England.Dia tidak sanggup melihat Nadira mengahwini Bazli. Nadira yang tertekan dengan kata-kata Mama Bazli, tekad melarikan diri daripada hospital.Ammar dikatakan pengecut oleh Zahid kerana tidak berani untuk mempertahankan cintanya.Bazli mencari  Nadira dan terjumpa dia terbaring di jalan. Nadira mengakui pada Bazli yang dia masih mencintai Ammar.Nadira dibawa pulang kerumahnya.Uzra sangat marah atas tindakan Nadira.
Zahid masih memujuk Ammar untuk berjumpa dengan Nadira.Ammar tetap berdegil.Dia masih percaya yang dia mencintai Nadira kerana jantung Inara.
Nadira masih ingin meneruskan perkahwinannya dengan Bazli.Zahid mahu Ammar untuk buktikan cintanya pada Nadira.Bazli mengejar Ammar yang dalam perjalanan ke Airport.

Bazli berjaya menikahi Nadira.Akan tetapi jantungnya perlu dibedah semula.Selepas tiga tahun,walaupun  didalamnya,bukan lagi jantung Inara, jantung Nadira masih bergetar apabila bertemu Ammar di airport.


Thanks kepada TEAM BAZLI keranavote for Bazli.Bazli berjaya memiliki Nadira.Ending sama macam summerscent. Nadira ingat dia mencintai Ammar kerana jantung Inara,tapi sebenarnya dia memangkan cintakan Ammar sejak mula.Jantung Inara hanya menjadi penyebab pertemuan mereka.So kesimpulannya cinta bukan dari jantung,tapi dari hati.

Kongsikan pendapat pasal ending DDK.



Hanya tinggal kenangan.Kalau Ammar menang vote,pastinya inilah endingnya.
Ending Ammar dan Nadira

Comments

  1. wahhhh! alamak, nadira pilih sape? huhu

    ReplyDelete
  2. Pasti Nadira pilih Ammar ^_^

    ReplyDelete
  3. kesian kat tiga-tiga watak.
    Ammar "terpaksa" rampas Nadira dari Bazli
    Nadira "terpaksa" meninggalkan Bazli
    Bazli "terpaksa" melepaskan Nadira yang mencintai Ammar.
    Kalau Ammar dengan Nadira.Bazli dengan siapa?huhu

    ReplyDelete
  4. hmmmm...lebih sweet lg jika nadira bersama ammar...apapun saya cintakan Ta'yah saya sorang...Luv U very much tapi dia je yg tak tahu betapa dalam dan hebat cinta ini.. ;)

    ReplyDelete
  5. klu nadira dengan ammar..bazli dengan uzma la..;-)

    ReplyDelete
  6. cinta x semestinya memiliki.....
    lepas kan seseorang yg kite syg utk kebahagian die.....
    andai die milik kite, pasti akan kembali.....

    ReplyDelete
  7. Bazli!
    sbb bazli btl2 ikhlas...ammar pulak masih dibayangi inarah

    ReplyDelete
  8. ala..bazli kan de gf br kt opis dia..yg dgn yg tulah..nadira biarla dgn ammar..sbb dia mmg suka amar..dgn bazli dr dulu dia mcm xcinta sgt..kan asyk tangguh je..

    ReplyDelete
  9. Nadira mst dgn bazli!!!!!xssuai dgn ammar...
    Bazli!

    ReplyDelete
  10. Nadira ssuai dgn BAZLI!!!!

    ReplyDelete
  11. Nadira ngan Bazli...Bazli baik!!!

    ReplyDelete
  12. Nadira dan bazli. ammar cuma perampas hak org lain. sangat busuk hati kot....

    ReplyDelete
  13. nadira ngan ammar. mereka sesuai sngt!

    ReplyDelete
  14. nadira dgn bazli..xsuka gn ammar, jji nk lupakan innara tp stil lg dibayangi innara

    ReplyDelete
  15. nadira dengan ammar la,
    ammar cakap dia sayangkan nadira lebih dia sayangkan inara

    ReplyDelete
  16. plzz hope ending nadira dgn bazli sb bazli sgop wt ape sj demi cintakan nadira.xska bazli dgn tira.rsa2 mcm nadira mati jer..

    ReplyDelete
  17. rasa-rasanya nadira mati la....

    ReplyDelete
  18. frust sngt amar kalah voting.....nadira kahwin dgn bazli pun still sayang amar.mcm pelik je....kahwin dgn bazli x perlu la sayang amar lagi.buat frust je tdi.......

    ReplyDelete
  19. nampak mcm nk cpat2 hbiskan citer.watak pun hilang camtu je.

    ReplyDelete
  20. x pernah lagi ada cite melayu yang best, semuanya macam mengarut tahap gaban....sama la macam dejavu ni jugak....
    x teringin langsung aku nak tengok cite ni....
    dah la tiru drama korea....tapi macam apa...
    tolonglah pengarah melayu, open ur mind sikit....

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq