join admya di FB

Tips Bercuti ke Krabi




Perjalanan ke Krabi bermula dari Phuket. Kami stay di Krabi selama 2 malam selepas 2 malam di Phuket.
Ini kali,kami sengaja memilih jalan yang agak adventure.

Iaitu dengan menaiki bas express Krabi ke Phuket(percaya tak?) Sila percaya. Kami 3 gadis menaiki bas dari Terminal Bas Phuket ke Krabi.


Alasannya:

  • Percutian kami percutian bajet
  • Saje je pilih jalan luar biasa.
Neves juga mula-mula sebab biasanya orang akan memilih untuk terbang dari Phuket ke Krabi. Bagi yang mengikut pengalaman seperti ini silakan. RISIKO TANGGUNG SENDIRI YE. 
So tak yah komen, nak number agent please.

Kami naik teksi dari hotel. Lebih kurang 500 bath(satu kereta)-dalam rm60 lebih.(selepas tawar menawar)dapat murah sebab kami dah guna perkhidmatan teksi ni sebelum ni.
handsome gak driver taxi ni. jangan tanya nama dia, panjang sangat sampai tak ingat. tahu je la nama orang thai ni.  Terminal tak le besar mana, macam terminal bas kecil kat negara kita juga rupa dia.


Sampai terminal bus Phuket, kami terus pi kaunter tanya krabi. Ada auntie menyahut Krabi, krabi dalam dialek Thai. Lepas beli tiket, dia bagitahu 
11 oclock. wait there (sekali lagi dalam lenggok thai). Harga tiket bas, 400bath untuk 3 orang(rm 50 lebih kurang) jadi agak jimat duit di sini.


Perjalanan mengambil masa 3 jam, dan bas melalui jalan kampung, dan tiada RnR atau berhenti ke tandas. Kalau tak tahan nak pi toilet, dalam bas ada toilet.
Sampai di Krabi, Bas tak berhenti betul2 dalam terminal bas Krabi. Panik jap-sebab tak biasa. Rupanya dia berhenti seberang jalan terminal bus. Bas nak terus, so dia berhenti tepi jalan je.Macam mana nak tahu dah sampai krabi? Dun worry, konduktor bas akan bagitahu, Krabi,krabi.haha

Kat tepi jalan tu ada  rider motor atau ojek yang siap tunggu pelanggan. Kami cuba tenangkan diri dan analisis situasi.no wonder la ada rider motor, sebab tahu bas akan berhenti di situ dan akan ada pelanggan. So kami tanya, kalau pergi pantai aonang berapa bath? Harga dia agak mahal,dan jarak agak jauh. dan kami tak sanggup sebab dengan backpack nak naik motor. huhu, berasap punggung.
Mujur ada sorang mamat Thailand ni pandai cakap melayu, dia tegur dan beritahu cara nak pi Pantai Aonang. Naik ojek pi bandar Krabi dan naik Van ke Pantai Aonang. Kami pun naik motor pi Bandar Krabi, jarak lebih kurang 5 minit dari terminal bas tu. Terima kasih ye tolong kami.  Total 180 bath(selepas tawar menawar, harga asal 70 bath sorang). Kenalah tawar menawar,kami bukan dari negara omputih, duit beso, duit kita pun sekarang dah lebih kurang dia. Dulu ye ar, duit kita besar, depa suka.Siap boleh bayar dalam ringgit. La ni, jangan harap. Sebab pe kami tawar menawar?Sebab kami dengar mamat thailand yang tolong kami tu minta diskaun,walaupun dalam bahasa thailand. admin faham.haha...
Tapi kami takde la minta kurang banyak sangat. Kalau boleh diskaun, lebih baik. Kalau tak dapat, bayar je la, Kang tak sampai pulak destinasi yang dituju.
Sorang naik satu motor. Sampai bandar krabi, van ke Pantai Aonang sedia menunggu. Selamat!Kami tak perlu tunggu lama.
Inilah rupa dia..
Nama dia SongThaew dalam bahasa thailand. 
Harga 150 bath  untuk 3 orang, Kira 50 bath sorang. Tapi driver dia tunggu sampai van ni penuh baru dia jalan. Dengan kami, ada couple omputih dan budakbudak Thailand baru balik sekolah. Happening dalam van.
rasa macam orang tempatan jap bukan pelancong.

Summary:
-Dari Phuket ke  Terminal Bas Phuket - Teksi 500 bath(satu kereta) harga bergantung pada jarak hotel dengan terminal bas tau!
-Terminal Bas Phuket ke Krabi- Bas Express 400 bath(3 orang)
-Tepi jalan terminal bas Krabi ke Bandar Krabi- rider moto ( 180 bath -3 orang)
-Bandar krabi ke Pantai Aonang- Van (150 bath -3 orang)

Kalau korang datang dengan Family,pilih flight dari Phuket ke Krabi. Lebih mudah

selamat sampai Krabi. Alhamdullilah. Kalau korang baca entry ni, korang takkan panik sebab admin dah share jalan dia. Kami? kena la redah sebab takde blog cerita pengalaman naik bas ke Krabi dari Phuket. Mostly dari Malaysia je. untung kan baca blog admya! bagi tips untuk korang

Hotel:
Sampailah di hotel.Kami pilih hotel dekat area Masjid. Ada banyak hotel sekitar masjid. Sebabnya
  • pelayan hotel pandai cakap melayu
  • mudah cari makan 
  • jauh dari kebisingan(sebab hotel area mcdonald ke bawah, banyak bistro, so malam agak bising)
  • pilihan ramai rakyat Malaysia.
  • dekat dengan Spa, kedai cenderahati pun ada.
Nama hotel- Askot Krabi
servis tip top tapi kami tak suka sebabnya takde lif..
kami ni yang manja skit, letih nak turun naik tangga.haha
Hotel ni untuk orang-orang lutut sihat dan kurus macam admin.(^_^)V

Gambar jadi gelap sebab kami sampai dah nak dekat maghrib. penat mendaki, tak sempat nak adjust lighting..hehe
feedback dari pelancong yang menginap di sini. Mostly Malaysian.



Ni jalan menuju ke Pantai Krabi, ada banyak kemudahan dan restaurant yang boleh dipilih.. Hujung jalan(area atas) adalah kawasan kebanyakan Muslim. 
7 Eleven dia best. Macam-macam jual. may be sebab tempat melancong. Nak jadi cerita wayar charger adik rosak, kami jenuh cari kedai, mujur ada 7 eleven ni.
Kat krabi, tak perlu sewa motor, boleh 
  • jalan kaki sambil cuci mata
  • kalau tak larat nak teksi motor@tuk tuk - bayaran takde mahal sangat.
gambar diambil dari google.
Tempat menarik di Krabi:
Unik kan Bus Stop dia!

Di krabi femes dengan Pasar Malam di Bandar Krabi. orang cakap tak sah pi krabi kalau tak singgah di pasar malam Krabi.Korang boleh pergi dengan cara naik van atau taxi motor@tuktuk seperti yang admya ceritakan di atas.
macam-macam jual.

Dibuka setiap Jumaat, Sabtu, Ahad. Hari biasa lain takde ye.
Boleh la beli cenderahati di sini.


Kedai makan  halal di Krabi
Dinasihatkan korang untuk makan kedai-kedai di sekitar Masjid. sebabnya ada banyak kedai Melayu Krabi di sini.Senang je order, cakap Melayu pun boleh. Dorang faham. Sebab dorang cakap bahasa Kelantan kat sini. tak perlu pening-pening nak speaking.

kedai ni buka waktu malam. Restauran ni dekat dengan Masjid.

Restauran Arnis
Kedai ni nampak lenggang sebab kami orang pertama makan kat kedai ni hari tu. Waktu lunch.Restauran ni buka siang dan malam.

menu di arnis


Ada lagi kedai halal- ikut kedai. ada buka siang sahaja, ada buka malam 
restauran firdaus
  • Restauran Firdaus - sebelah kedai lukisan dan moneychanger.
  • Restauran Ruen Preutsa(hadapan Mcdonald)
  • Depan KL House Aonang (ada restaurant untuk breakfast-nama ingat2 lupa. Restauran Adam.
tak susah nak cari makan di Krabi. Jadi tak perlu risau sangat..

Aktiviti- aktiviti di Krabi:
  • Santai-santai di Pantai Ao Nang

Sekitar pantai Aonang. Masa kami  melawat  di sini, Raja thailand baru mangkat, jadi banyaklah papan papan berkabung di mana mana.


cuci mata kedai-kedai cenderahati

Monumen Ikan di Pantai Aonang.
Gambar ni gagal dirakam tanpa kehadiran orang lain. Slih ganti orang berswafoto di sini.
Kami singgah di kedai  jual barang diving sebab adik adalah seorang divers,dia nak beli swimsuit, agak murah juga harga di sini.(Kami survey dulu harga di online dan harga di Malaysia)

Ni beg kalis air(waterproofbag) yang popular untuk aktiviti pulau. ada pelbagai saiz. kalau korang tak mahu beli yang ada jenama, kat kedai-kedai sekitar ada jual yang murah punya. beli ikut besar litre yang korang nak.

  •  Elephant Trekking
Korang boleh beli mana-mana trip ni dari agent yang jual sekitar kedai-kedai. 
Boleh pilih nak full day tour(sampai 4:30 petang) atau half day tour(Sampai jam 2:30 petang)

Kalau package full tour termasuk
  •  Elephant Riding
  • Lawat Gua Harimau
  • siar-siar di payabakau Krabi(mangroove tour) dengan boat
  • lawat perkampungan
Kalau half day:
  • elephant riding dengan lawat air terjun atau
  • elephant riding dengan mandikan gajah.

  • Emerald Pools dan Hot Spring
Masuk sini berbayar. boleh mandi di sini. Air dia selamat dan memang warna semulajadi. Sangat jernih air dia. SubhanaAllah
So siap2 le bawak baju mandi dan spare kalau cadang nak mandi.

aktiviti pulau sesuai untuk ambik pakej di krabi berbanding phuket kalau korang memilih percutian Krabi Phuket atau Phuket Krabi.
nanti admya buat entry pasal aktiviti pulau.

admya: lepas baca entry admya tertarik tak nak ikut  style admya. Berikan komen/cadangan/ pertanyaan dalam ruangan komen.

Comments

  1. Tips yang bagus dan info yg berguna..ada perancangan nak pergi sana dgn kwn2

    ReplyDelete
  2. sy pergi tahun 2014. time tu matawang kita tinggi lagi..la ni sadis je..tp syok baca blog ni sbb full of adventure. kami p naik kereta je n ada rezeki nak repeat lagi sbb p haritu mmg xpuas..hehe..apa2 pun krabi mmg best! 😀

    ReplyDelete
  3. Salam hi. Nak tanya pendapat, saya nak ke sana dengan family (dan ada baby kecik) bulan depan. Sepanjang perjalanan kat sana, kita perlu sewa kenderaan tak untuk ke mana2? Atau jalan kaki pun boleh? Thank you :) Email: aerzeeamir@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. tak perlu sewa kenderaan, just guna teksi atau van atau tuk-tuk je

    ReplyDelete
  5. Thanks utk tips ni. Saya nak pergi krabi hujung tahun Inshaallah

    ReplyDelete
  6. Thanks utk tips berguna.....nak pegi early december ni....anyway McD kat sana halal ke

    ReplyDelete
  7. Rasa selamat tak ke sana jika hanya berjalan sorang2 di pekan aonang atau berdua perempuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami ok je. Krabi ramai Muslim. InsyaAllah selamat
      Kita mohon perlindungan dari Allah

      Delete
  8. salam sis..sy just nak mnx list kn nama2 tpt yg mnarik yg bole d lawati...tq :)

    ReplyDelete
  9. Salam kak
    Nak tanya hotel di krabi tu include breakfast tak?

    ReplyDelete
  10. hi..boleh emailkan dekat saya tak tempat and aktivit yang menarik yang boleh kita buat kat Krabi.. izyanadzirah7@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry tersalah email.. izyanadzirah97@gmail.com .. ni yang betul

      Delete
  11. hi nak tanya, harga naik tuk tuk tu brape ye? mohon pencerahan hihihhhih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehilangan memori bab ni. tapi takde la mahal sangat
      berbaloi

      Delete
  12. kalau bas dari Krabi ke Phuket mcm mana pula? adakah yang jalan petang or malam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. petang mcm pukul brp? 5 petang adakah? bukan bas express dan kena sambung-sambung bas pun takpelah, janji selamat sampai Phuket

      Delete
  13. Terima kasih Fara berkongsi tips bercuti ke Krabi. Nice!

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq