Monday, December 31, 2012

Wordless: Selamat Tahun Baru 2013





365 hari telah berlalu..
Ada suka,ada duka
Ada manis,ada pahit
Namun, setiap itu telah menjadi kenangan
Terima kasih kerana menjadi sebahagian kenangan dan pengalaman
Selamat tinggal 2012
Semoga tahun 2013 lebih cemerlang

Happy New Year/1434 H buat semua pembaca admya@blogspot
Love,
admya@fara



Saturday, December 29, 2012

Episode 73 Adam dan Hawa


update online video  and download link
 Ain baru nak bersembang sekejap dgn Am selepas Am pulang lewat mlm ini..tetapi Am dah kepenatan dan langsung melOrOt tertidO.Kasihan Am,penat dgn kerja...harap2 Ain pun memahami kesibukan Am skrg.
Dee dirumah bertelagah dgn mummynya..mummy Dee marah sebab De wat keputusan terburu2 semata2 nak dptkan Am.Dee mmg psychO,Dee dah kawen dgn pacit muzaffar...Dee marah2 balik kat mummy sebab sangka Dee main2 bila bagitau mummy dia..ntah apa2 je si Dee ni.
Ain dpt videO call daripada Azie,Azie cantek dgn persalinan merah...meriah sebab Azie kata ramai yg dtg,mcm wat kenduri kawen plak.Azie rasa kecut perut sebab tunggu saat ditunangkan...Ain siap pesan sOh amek gambar banyak2 cOz Ain x dpt pegi ke majlis Azie.
Si Dee plak,dlm bilik pegi telan pil berlebihan plak...semata2 geram bila mummy dia marah2 pasal keputusan Dee kawen dgn pacit muzaffar.Mummy Dee dah menangis2,sekali pacit muzaffar call...terus je pacit muzaffar kata,gOod mOrning sayang....kena sembur dgn mummy Dee...hahaha.Panik pacit tu..
Breakfast pagi dirumah Mama,Ain duduk berdua dgn Mama.Then mama tanya,Am tahu ker apa yg Ain dah wat kat umah baru dOrang tu??Ain kata x tahu lagi...but Ain serOnOk menghias umah sendiri

Ain santai2 membaca di atas katil..Am masuk memberikan salam.Ain kata kat Am yg Ain rasa penat sket skrg tetapi rasa serOnOk la sebab ada org jaga.Am plak sempat berceramah pendek...Ain happy siap berpesan kat baby supaya bila dah keluar nanti,ikut papa pegi majlis ilmu tau??siap wat sOre baby jawab lagi...hehehe.

then Am tanya,siang malam asik main ipad jer apa cerita??Ain just say yg dia cuma ngk gambar2 tunang Azie jer...Am jeles takut Ain ngk gambar Johan plak...then Ain cuba pujuk Am,apa lagi yg Ain nak buat utk yakinkan Am kan?this time...Am dan Ain gurau2 manja...suker.




Selepas beberapa lama Ain duduk umah Mama..tiba masanya Ain dan Am duduk umah sendiri selepas Ain betul2 sihat.Romantik je Am pimpin Ain masuk dlm kereta...keluar kereta selepas sampai umah dOrang.Then mlmnya rehat2 atas katil....bahagia je




online video
mediafire
zippy
hotfile


Wednesday, December 26, 2012

Adam dan Hawa episode 72



update online video dan download link

Petikan Novel

So you saw me with Dee?”
Aku mengangguk
“Itu yang diam semcam aje lepas tu?”
Aku tersenyum. Kuat sungguh ingatannya.
Dia memandangku penuh erti. “Hmmm… macam tu lah perangai isteri abang? Buat-buat tak nampak tapi sebenarnya dia nampak dari mula sampailah Dee pergi?’
Aku ketawa sahaja. “Ain tunggu abang yang beritahu. Tapia bang tak kata apa2 pun.


Am membetulkan dirinya dan duduknya semakin dekat denganku. “Buat apa abang nak beritahu Ain kalau Dee punca kita bergaduh dulu? Pasal Dee jugak kita bergaduh masa abang hantar Ain balik dari kenduri rumah mama. Ain tak ingat?”


Oh rupa-rupanya dia tahu, Dia perasan tapi cuma tidak mahu memeperbesarkana kisah itu.
“You are jealous towards Dee” tambahnya lagi
“And you were jealous towards Johan?”
Wajahnya berubah. Dia cuba menyembunyikan senyumannnya. “I did not”, tegasnya tapi tiada kesungguhan di situ. “Abang Cuma tegur Johan yang dia tak sepatutnya berduaan dengan isteri orang di dalam kereta”
“Ain belum pun sempat duduk dalam kereta dia”
“Tapi Ain memang niat nak ikut dia kan?”
“Ain rela naik teksi. Tapi Johan dengan Azie yang beria-ia nakkan Ain ikut Johan. Johan kebetulan masa tu, tengah cuti setengah hari”

Aku menerangkan kedudukan yang sebenar supaya dia tidak tersalah anggap terhadapaku. Aku mengalihkan pandangan pada genggaman eratnya di jariku.
“Tak kisahlah apa yang abang nak cakap pasal Ain. Cemburu ke apa ke tapi abang lagi teruk daripada Ain. Abang biarkan Dee pegang-pegang tangan abang. Kalau cara Dee macam tu, maknanya dia masih ada hati pada abang. Kalau betul dia masih mengharapkan abang semula, abang fikir Ain nak tutup mata aje ke? Abang fikir Ain nak biarkan Dee ganggu rumah tangga kita sampai bila-bila? Kalau dia nak sangat kat abang, siapa suruh dia main kotor? Abang pun sama, kalau dia pegang-pegang tangan tu, cubalah elak. Ini tak macam suka aje bila tangan tu kene pegang”


Dee mula frust bila dia sedar yang dia tidak dapat memiliki Am. Suatu tindakan drastik dibuat.




Ain marah abang selalu balik lambat ke?” tanya dia suatu malam. Aku tersenyum, kemudian menggeleng
"Abang cari rezeki. Ain nak marah apa pulak? Kalau kita ikhlas dan jujur dengan kerja-kerja kita, insyallah semuanya akan berjalan lancer dan mudah” ujarku

Dia mengamati wajahku. Dalam keletihannya, dia terus tertidur di sebelahku. Aku hanya mampu berdoa, agar suamiku ini mengerti perasaanku dan tanggungjawab terhadap isterinya ini. Biarlah kasih sayang itu semakin teguh dari hari ke hari...


admya- suka episode ni,sweet tgk diorang
online video
hotfile
zippy

Tuesday, December 25, 2012

Adam dan Hawa episode 71


update download link

Kak Zah teserempak dengan Dee di Hospital.Kak Zah macam dah dapat agak niat Dee
 Terkesima Dee bila mendengar khabar yang Ain mengandung. Dee dengan segera mengajak Muzafar untuk berkahwin. Muzaffar terkejut dengan desakan Dee.


Am pergi hospital,bawak bekal makanan yang Mama buatkan utk Ain.
Sweet je masa ni.



Mama dan Kak Zah cuba mencari apa lagi yang Dee inginkan dari Am.
Eja plak dtg melawat kakaknya di spital...Eja siap usik lagi,akhirnya....kalau org yg dah kawen lama mcm akak ni patutnya dah lama 2-3 org anak tau??hehehe...
then,Azie dgn Johan pun sampai jugak...Eja bengang je sebab ada Johan.Then Johan cepat2 minta maaf kat Eja atas silap dia...Azie pun ada kata,skrg abg Johan dah ok.Azie kata,sabtu ni jugak dOrang akan ditunangkan selepas ditanya Eja...Ain kata mcm ne Ain nak dtg dlm keadaan mcm ni??Ain kata kalau masa langsung nanti,Azie nak Ain jadi pengapit...Ain x mO sebab ada Ibu Johan...hahaha



kat parking spital,Dee nak jumpa Am...Am dtg tanya apa hal nak jumpa ni??
nak bunuh diri ker...Am tanya,mcm ner tau Am ada kat sini..??
Dee kata,u yg terlepas ckp kan bagitau yg u kat sini...
Dee bagitau yg dia nak kawen..Am say alhamdulillah.Bengang je Dee...
Kebetulan JOhan,Azie dan Eja nak balik...bertembung dgn Am.

Eja terperanjat nampak abg Am...
.Am nak antar Eja balik tp Azie kata x pe la...
biar la dOrang antarkan Eja balik..
Then Johan salam ucap tahniah kat Am maybe pasal nak dpt baby...
Am salam jugak la.
Am masuk2 bilik Ain,Ain siap tanya...x bawak apa2 ke??

Am jawab,Johan x bawak apa2 ke??Ain pelik tp ketawa...
Johan dtg kejap je dgn bakal tunang dia.
Am say,bakal tunang tp lOm jadi lagi kan??mcm 2 leh berlaku...
Ain pelik ngk Am cemburu mcm ni walaupOn nampak Am cOOl je..


download
mediafire
peeje
zippy
hotfile

OST Setia Hujung Nyawa




update lagu episode 17 dan full song setia hujung nyawa

Lagu utama:

Adamu - Najwa Latiff



Mata Hati - Nubhan


Maafkan Aku- Last minute



Sastera si Kupu- Kupu- Mimie Haris


mp3




Fiq feat Sixth sense Gjie- Setia Hujung Nyawa
Download mp3 (not full song)
Download mp3 full song(but sorry,ada suara El and Zain)-ripped from drama


Episode 70 Adam dan Hawa


update download link- HOTFILE

Johan sengaja menimbulkan kemarahan Am dengan mengatakan dia masih ada hati lagi dengan Ain.





Apa lagi,Am pun cuba nak cepuk Johan. Tapi tertahan dengan kesabaran.Lepas solat,Am ambik handphone yang tertinggal di kereta.Ketika itu Am dpat surat amaran. Tetiba,ingatkan Kak Zah yang call,rupanya Dee.Bertambah bengang la Am. Ain cuba yakinkan Am untuk share segala apa yang Am rasa agar dia dapat memahami Am dengan lebih baik.

Dee pula terserempak dengan Am dan Azie,dalam fikiran dia pasti ingat Azie ada hubungan dengan Am.Ain pula dapat panggilan telefon dari mak.Risau mak Ain dibuatnya. Tapi Ain cuba yakinkan mak yang dia tak apa2


download

Monday, December 24, 2012

Drama Duri Astro Prima




Update: Ulang tayang- Isnin-Khamis: Astro Prima 8-9mlam
Drama yang mendapat sambutan hangat. Duri adaptasi Novel Fauziah Ashari.



Shera Ayob sebagai Sufi


Afiq Muiz - Muzaffar
Izzue Islam - Hazim

Lagu tema: 
Firman - Kehilangan
Hyperact - Harapan


Sinopsis:
Ia mengisahkan kekuatan di jiwa Nur Amalsufi (Sufi) yang ditinggalkan oleh kekasihnya, Hazim Fikri. Kekentalan jiwanya bertukar sakit hati yang parah di mana bagaikan ada duri yang sentiasa mencucuk-cucuk sekeping hatinya. Sufi sentiasa berada dalam kesakitan selagi 'dendam' tidak terlunas. Dendam apabila bukan sahaja ditinggalkan oleh Hazim tetapi Durrah iaitu ibu Hazim telah menjadi punca ibunya koma sehingga menemui ajal.

Bermula kisah yang tragis itu, dan apabila peluang terhidang di hadapan mata, dia tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Adiknya Nur Adamnuri (Nuri) yang terpisah sejak kecil kerana dibela oleh ibu tiri mereka rupanya sedang asyik mahsyuk bercinta dengan Muzhaffar Zaman (Zhaf) iaitu abang kepada bekas kekasihnya.. 

Suatu hari, Nuri melarikan diri daripada majlis perkahwinan yang dirancang dan diketahui oleh umum demi mengejar cita-citanya di luar negara.

Fathurrahman buntu dan berasa malu dengan sikap anak bongsunya, meminta pertolongan Sufi untuk menjadi pengantin kepada Muzhaffar. Sufi dengan rela hati bersetuju demi melunaskan dendamnya terhadap Durrah. Sufi merancang untuk menyakiti perasaan Durrah dan akan berpisah dengan Muzhaffar sebelum Nuri pulang ke tanah air.

Perancangan demi perancangannya sememangnya semakin mudah apabila Muzhaffar meninggalkannya untuk mencari Nuri setelah beberapa hari mereka bernikah. Ketiadaan Muzhaffar membolekannya bekerja dengan bapa merntuanya, Hasif. Kelicikan Sufi menyebabkan bapa mentuanya jatuh cinta padanya. Durrah pula lumpuh dan hanya berkerusi roda. Mahalh tanpa disengajakannya, Hasif dan Durrah juga bercerai talak tiga.

Namun, Sufi masih tidak puas. Dia merancang untuk punya anak pula dengan Muzhaffar demi adanya keturunan keluarga Durrah dari warisan keluarganya yang dihina oleh Durrah dahulu. Kepulangan Muzhaffar tanpa Nuri buat hati Sufi menjadi nakal. Dia cuba goda suaminya dalam diam hingga Muzhaffar jatuh cinta padanya. Muzhaffar yang berasa keseorangan dan kian jauh dari Nuri mudah terpesona. Muzhaffar mula membandingkan dua beradik itu dan lama-kelamaan hatinya pula terpikat dengan Sufi.

Keadaan menjadi genting apabila Sufi disahkan hamil dan dalam masa yang sama Nuri pulang ke tanah air untuk memiliki semula kekasih hatinya, Muzhaffar. Muzhaffar serba-salah dan Sufi juga serba tak kena kerana dia sayangkan adiknya, Nuri. Hazim pula mula mengambil dadah untuk melupakan Sufi. Dalam waktu sama, bibit-bibit cintanya terhadap 
suaminya mula tercipta tanpa sedar. Akhirnya Nuri ketahui hal sebenar tentang sufi dan Muzaffar. Nuri sangat marah dan kecewa. Kematian nenek membuatkan Sufi sedar dendam yang disimpannya perlu dibayar dengan harga yang tinggi-kehilangan orang yang dia sayang.


Manisnya Cinta di Cappadocia





Assalammualaikum,
Salam sayang buat semua,
Kalau dalam entri sebelum ini.Novel manisnya cinta akan didramakan,tapi khabar baru pihak Global station nak Novel ini difilemkan dengan nama Manisnya cinta di Cappadocia.
Pengarah yang dipilih adalah Bernard Chauly dan skrip ditulis oleh Rafidah Abdullah
Harap filem ini sebest Istanbul aku datang
Pelakon utama:Pelakon utama telah disahkan iaitu Fazura dan Shaheizy Sam




Harap filem ni sebest novelnya.Disebabkan durasi filem tak sampai 2 jam,tak semua scene akan dimasukkan.


Sinopsis:

Ifti Liyana tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo. Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri.

Pertemuan pertama dengan Nazmi telah mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami. Kehadiran Nazmi menghuru-harakan perasaannya. Namun, rasa rindu yang mulai datang mengebu di hakis dengan rasa keegoan. Di benamkan rasa rindu tapi hati terlalu degil untuk memahami apa yang di lakarkan oleh akal. Rindu tetap datang dan datang. 

Nazmi pasti, Ifti Liyanalah gadis yang dicari untuk menjadi suri hatinya. Sifat keibuan dan lemah lambut milik Ifti Liyana sangat menerujakan hatinya. Diuji Ifti Liyana dengan kekurangan diri namun Ifti Liyana tidak pernah menolak untuk berteman dengannya. 

Antara keinginan untuk menyayangi atau sangsi akan kejujuran kaum lelaki, Ifti Liyana buntu. Lelaki itu yang sekejap ada dan sekejap menghilang bagai bermain tarik tali dengannya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Dirinya kerinduan namun untuk diungkapkan dia sangsi, adakah Nazmi jugak berperasaan yang sama dengannya? 

Bila kasih mula membara, bahangnya mulai terasa. Akhirnya, Nazmi melafazkan ungkapan yang dinanti. Kasih berpadu namun tercalar bila cemburu menguasai akal fikiran. Tanpa usul periksa, Ifti Liyana menjatuhkan hukuman. Nazmi terkapai-kapai mencari punca.

Permasalahan terungkai kini. Sukarnya mengucapkan kata maaf. Demi cinta dan sayangnya, Ifti Liyana membuang ego yang tersarat padu di hatinya. Dia yakin Nazmi tercipta untuknya. Yang akan melindungi dan mengasihinya hingga ke akhirnya. 



bersama assistant director







Credit: FB Manisnya Cinta


Saturday, December 22, 2012

Cerekarama: Jalan Pintas ke syurga




Mengisahkan kanak kanak yang bernama Nurul yang mendambakan kasih sayang ibunya Munirah.Munirah tidak berapa suka akan anaknya dan sering mengurung anknya sebab tak tahan dengan cemuhan orang kampung.
Nurul sentiasa mengadu akan nasibnya pda Haji Musa. Suatu hari,Nurul mahu mengikutnya pergi ke sawah.Dengan perasaan kurang senang, Munirah membenarkan.Malangnya, Nurul telah menyebabkan Munirah cedera di sawah dan menambahkan kebencian Munirah. Haji Musa selalu mengingatkan Munirah bahawa anknyalah yang akan mendoakannya kelak.Anak haji Musa yang terdesak dapatkan duit,memaksa Munirah keluar dari rumah pusaka pemberian Haji Musa ayah angkatnya.Bagaimana dengan nasib Nurul dan Munirah?Saksikan Cerekama 10MALAM.

Lagu tema:
Nora- Pedoman







Adam dan Hawa episode 69


update download link n online video

Am pergi ke hospital untuk melawat Ain.Pada masa yang sama, Johan membawa Ain pulang. Melihat keadaan itu,Am mula berang melihat Johan bersama Ain.Am cuba mendapatkan Johan,namun tertolak Ain.Dalam keadaan panik,Ain dimasukkkan ke dalam wad semula. Am mula bersemuka dengan Johan.Kata-kata Johan membuatkan Am naik angin sekali lagi. Lama juga Ain tak sdarkan diri. Bila Ain tersedar,Am berada di sisinya.
Johan ni saje je buat Am marah!

hotfile
online video

Wednesday, December 19, 2012

Adam dan Hawa episode 68



update online video dan downlaod link

Makcik Faridah sibuk marahkan Azie sebab terlebih jaga Azie-Mana suami dia?Asal tak ambik tahu pasal isteri dia. ee makcik ni.
Am balik dari London.Dee tiba -tiba muncul dah masih lagi nak goda Am dengan cuba nak pegang Am.
Am direct cakap-I tak nak curang pada isteri I, she is a good wife.I nak setia pada yang satu. Am terus pergi rumah Ain.Azie terkejut dengan kehadiran Am.Lalu Am pergi ke rumah mama.Sekali lagi,mama marahkan Am.
Am cuba defend diri- Kalau Am tahu dia mengandung,Am tak pergi London.
online video

 hotfile






Tuesday, December 18, 2012

Adam dan Hawa episode 67



update download link- hotfile

Azie dan Ain pergi ke klinik. Ain disahkan mengandung.Ini bermakna kesakitan aku sebelum ini disebabkan pembawakan budak,


Keluar dari bilik doktor, Azie terus menerpa dengan soalannya
Apa kata doktor?Kau pregnant tak?
Aku terkedu.Sepatutnya Am yang menanti aku bukan Azie
Cepatlah cakap,pinta Azie
Aku memandang Azie ,lantas mengganguk
Senyumannya serta merta lebar
Alhamdullilah2 tahniah2,ucap Azie
Seronoknya aku dengar!

Berita gembira ini disampaikan pada mama,emak dan adik beradikku di kampung.Mama ternyata gembira dgn berita ini. Mama bertanyakan pada Ain,bila Ain na beritahu Am,terus Ain tukar topik pasal rumah baru Am.Dalam hati Ain,Am harus diberitahu tentang berita ini!Bagaimana perasaanya nanti?Tentu dia gembira.
Tentu dia tak sabar2 menanti kelahiran anak kami. Teringat aku tentang kata-katanya yang mahu aku melahirkan zuriatnya, Kalau ketika itu,semuanya bagai angan-angan..tapi sekarang angan2nya bakal menjadi kenyataan.Ain terus mesej Am.Ain harap  berita ini boleh menghilangkan salah faham antara dia dan Am.






Kegembiraan yang aku rasakan ini bersama mereka dan Azie bagaikan tidak kekal lama. Aku mula mengalami sakit perut dan seterusnya berlaku sedikit pendarahan. Cemas, aku mula menangis takut sekiranya apa-apa yang buruk berlaku terhadap kandunganku.

Azie bergegas membawaku ke hospital. Dia tidak perlu menunggu sebarang arahan daripadaku yang hanya mahu bertemu dengan Dr Faridah sahaja. Itu yang lebih dekat dengan kami, dan lebih mengetahui kesihatanku sebelum ini.
“Ini kes emergency. Mana boleh bawak klinik biasa saja! You need to see the specialist, a gyne” marahnya.

peeje- clik pada create download link utk download
zippy
hotfile