join admya di FB

Adam dan Hawa episode 72



update online video dan download link

Petikan Novel

So you saw me with Dee?”
Aku mengangguk
“Itu yang diam semcam aje lepas tu?”
Aku tersenyum. Kuat sungguh ingatannya.
Dia memandangku penuh erti. “Hmmm… macam tu lah perangai isteri abang? Buat-buat tak nampak tapi sebenarnya dia nampak dari mula sampailah Dee pergi?’
Aku ketawa sahaja. “Ain tunggu abang yang beritahu. Tapia bang tak kata apa2 pun.


Am membetulkan dirinya dan duduknya semakin dekat denganku. “Buat apa abang nak beritahu Ain kalau Dee punca kita bergaduh dulu? Pasal Dee jugak kita bergaduh masa abang hantar Ain balik dari kenduri rumah mama. Ain tak ingat?”


Oh rupa-rupanya dia tahu, Dia perasan tapi cuma tidak mahu memeperbesarkana kisah itu.
“You are jealous towards Dee” tambahnya lagi
“And you were jealous towards Johan?”
Wajahnya berubah. Dia cuba menyembunyikan senyumannnya. “I did not”, tegasnya tapi tiada kesungguhan di situ. “Abang Cuma tegur Johan yang dia tak sepatutnya berduaan dengan isteri orang di dalam kereta”
“Ain belum pun sempat duduk dalam kereta dia”
“Tapi Ain memang niat nak ikut dia kan?”
“Ain rela naik teksi. Tapi Johan dengan Azie yang beria-ia nakkan Ain ikut Johan. Johan kebetulan masa tu, tengah cuti setengah hari”

Aku menerangkan kedudukan yang sebenar supaya dia tidak tersalah anggap terhadapaku. Aku mengalihkan pandangan pada genggaman eratnya di jariku.
“Tak kisahlah apa yang abang nak cakap pasal Ain. Cemburu ke apa ke tapi abang lagi teruk daripada Ain. Abang biarkan Dee pegang-pegang tangan abang. Kalau cara Dee macam tu, maknanya dia masih ada hati pada abang. Kalau betul dia masih mengharapkan abang semula, abang fikir Ain nak tutup mata aje ke? Abang fikir Ain nak biarkan Dee ganggu rumah tangga kita sampai bila-bila? Kalau dia nak sangat kat abang, siapa suruh dia main kotor? Abang pun sama, kalau dia pegang-pegang tangan tu, cubalah elak. Ini tak macam suka aje bila tangan tu kene pegang”


Dee mula frust bila dia sedar yang dia tidak dapat memiliki Am. Suatu tindakan drastik dibuat.




Ain marah abang selalu balik lambat ke?” tanya dia suatu malam. Aku tersenyum, kemudian menggeleng
"Abang cari rezeki. Ain nak marah apa pulak? Kalau kita ikhlas dan jujur dengan kerja-kerja kita, insyallah semuanya akan berjalan lancer dan mudah” ujarku

Dia mengamati wajahku. Dalam keletihannya, dia terus tertidur di sebelahku. Aku hanya mampu berdoa, agar suamiku ini mengerti perasaanku dan tanggungjawab terhadap isterinya ini. Biarlah kasih sayang itu semakin teguh dari hari ke hari...


admya- suka episode ni,sweet tgk diorang
online video
hotfile
zippy

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq