Wednesday, May 22, 2013

Filem Cindrella Fizo Omar dan Nelydia Senrose berganding lagi





Assalammualaikum,

Filem terbaru arahan Ahmad Idham berjudul Cinderella.Cinderella akan menyaksikan gandingan Nelydia dan Fizo Omar sebagai pasangan kekasih.

Sinopsis:

Nurul seorang anak tiri yang tinggal di kampung ditangkap basah dengan lelaki yang tidak dikenali lalu di bawa ke bandar. Bermula titik perubahan hidup Nurul

Hai..mandi kolam pakai tuxedo ke?




Nantikan di Pawagam ye.



Drama Sangkar tv9




Peminat-peminat Nazim Othman...
Drama terbaru Nazim berjudul Sangkar akan muncul di tv9.Nazim akan bergandingan dengan Nabila Huda

Judul: Sangkar
Channel: tv9
Jumlah Episode:
Hari Tayangan:
Waktu Tayangan:
Para Pelakon: Nazim Othman,Nabila Huda, Zul Ariffin


Sinopsis:

Yasmin dan Umar adalah sepasang kekasih. Namun,Yasmin mengahwini ayah kekasihnya.

yasmin dan umar


admya:
Kahwin dengan ayah kekasih.Macam menarik plot cerita dia.


Maklumat lanjut akan di "update" nanti ye.





Monday, May 20, 2013

Saya Sebenarnya Isteri Dia episode 7



Assalammualaikum,

Layan dulu sinopsis ep 7 SSID,

Haqimy mengajak Syaf ke kebun durian.Mereka pergi bersama-sama adik Haqimy Imah. Di kebun, Syaf digigit pacat. Haqimy cuba membantu,namun kebetulan Firash tiba. Firash naik marah kerana menyangka Haqimy ingin ambil kesempatan terhadap Syaf.Dia yang bengang lalu menumbuk Qimy. Firash dengan segera bawa Syaf berlalu dari situ lalu.Di pertengahan jalan,Firash berhenti dan mengubati Syaf.Sementara ibu Qimy mula berkenan pada Syaf sebagai menantu. Pulang dari kampung,Syaf mendapat pertukaran kerja di Terengganu.


credit: as tagged

undi Izzue sebagai hero baru  terbaik disini

Saturday, May 18, 2013

Cerekarama: Mentolku



Kisah Amran yang takut pada kegelapan hingga menjadi bahan gurauan orang lain. Dia menjadi fobia gelap disebabkan insiden ketika kecil.  Ajiz dan  Rasli sering mengenakannya  tapi sekadar bergurau. Amran jadi takut untuk berkenalan dengan wanita disebabkan fobianya itu. Feroz,rakan sekerja Amran selalu mengenakan Amran bila dia tahu kelemahannya.Ajiz dan Rosli bersimpati dan cuba membantu Amran,tapi fobia Amran semakin teruk.
Amran berkenalan dengan Nurain setelah berlaku insiden di tandas perempuan. Amran terpaksa belajar seni mempertahankan diri  dari Nurain kerana Nurain juga sedang mengatasi masalah fobianya.

Pelakon:
Tomok- Amran
Kila Fairy- Nurain
Amar Ashyraf -Hairul

Lagu tema:
Aktikan ku-Tomok

Nota:
Achluophobia- takut pada gelap.

admya:
Korang ada phobia?Jom share macam mana korang atasi masalah phobia yang dihadapi.





kesian Amran.

Jahat betul Feroz ni.Kenakan Amran je.

kahwin jugak Amran dan Nurain


Thursday, May 16, 2013

Drama Jodoh Milik Kita(novel)


Assalammualaikum,

Pasti gembira lagi peminat-peminat novel.Lagi novel Karya Seni diadaptasi.Kali ini novel bertajuk Jodoh itu milik kita karya Sara Aisha.
Tapi tak pasti ditayangkan di slot apa.
Namun, jalan cerita dia terlalu biasa. Pengantin lari di hari perkahwinan. Fokus utama drama ni seperti Sedetik Cinta-cuma kali ini abang ganti adik.
Sinopsis:

Dahlia Binti Darius:
Hidupnya berubah sekelip mata tatkala ditinggalkan bakal suami di hari penikahan dan menjadi isteri kepada lelaki yang langsung tidak dikenali.
Aariz Danial Bin Abdullah....kehidupannya tidak seindah nama,terlalu berat dan menyakitkan, Hanya pada keluarga itu,kasihnya tumpah dia sanggup melakukan apa sahaja demi hutang budi yang menggunung.Dan sekelip mata,dia sah menjadi suami kepada gadis yang langsung tidak dikenali.

Jodoh milik kita:-
Ia memaparkan konflik dalam seorang suami.
Antara kasih abang dan kasih sebagai seorang suami.
Aariz terpaksa menawarkan dirinya tampil
di saat-saat akhir menggantikan adiknya pada hari perkahwinan Syafiq dan Dahlia.
Awalnya Dahlia tidak sanggup,tetapi mendengar nasihat ibunya,Dahlia akur. Konflik dalaman berlaku bila Syafiq kembali..
Syafiq pula menanam rasa ragu-ragu Dahlia pada Aariz.Ada satu rahsia yang tersimpan kemas Tuan Haikal-bapa angkat Aariz..
Apakah rahsia tersebut?

Bonding Moments


Pelakon:
Farid Kamil: Aariz
Nabila Huda- Dahlia
Syazwan zulkiply- Syafiq
Tiz Zaqyah


BTS:









Wednesday, May 15, 2013

Saya Sebenarnya Isteri Dia episode 6



Update download link

Mama bawakan minyak gamat utk Syaf sapu pada Firash.Tok Wan mula bekenan pada Syaf dan minta Mama Chad jadikan dia menantu- Alahai tok wan,memang menantu pun.


Syaf cuba letak ubat pada luka  Firash,namun kata-kata Firash buatkan niat baik Syaf terbantut. Firash mula bengang dengan Syaf.

Firash: Nak tolong ke?
Syaf:Boleh jugak(tengah ambik periuk)
Firash:  Boleh bla.
Syaf:( Jatuh tergolek) Firash ketawa melihat Syaf jatuh.
Tok Wan: boleh gelak tengok orang jatuh.
Firash: tak nampak la tok wan.
Firash memang mamat sengal.

Haqimy datang ke rumah Tok Wan. Firash mula dilanda angin cemburu
Firash: Nak tolong tok wan konon.

Esoknya,kenduri arwah berlansung.
Datin Farizah mula terkenangkan saat-saat indah bersama Farish.

Tok Wan mula mengamuk bila Firash yang ditunggu rupa-rupanya tengah makan di dapur- siap bohong lagi kononnya ambik wudhuk.

 Hubungan Datuk Fakhrul dan Datin Aida mula berantakan.Datin Aida masih tak puas hati bila Datuk Fakhrul masih tidak ceraikan isteri pertamanya-Mama Firash.


Mama ,Firash dan Tok Wan terkejut bila lihat Haqimy ada di rumah Tok Wan. Yela,Syaf kan sendirian di rumah. . Syaf cuba mohon maaf pada Firash namun  perasaan marah mula menguasai. Syaf mula takut melihat wajah Firash.

Mak long datang ke rumah dan mula memerli Firash. Tok Wan mula tak suka bila anaknya berkata begitu.

Haqimy beri duit pada Tok Wan sempena gaji pertamanya. Syaf juga terima.Terkejut Syaf dibuatnya. Firash hanya melihat dengan hati yang panas.
(kalau dalam novel -Syaf dapat duit raya..hehe)

Syaf teragak-agak nak masuk bilik Firash. Dengan perasaan malu, Syaf mohoN maaf pada Firash..
Firash: Kau memang buat salah pada aku la?

Bila keluar dari bilik bertembung pulak dengan Tok Wan. Tok Wan mula syak.
Syaf bagi alasan nak pinjam charger tapi Firash takde pula. Firash yang dengar perbualan cepat-cepat menyorok.Mujur tak terkantoi.

Malam tu, Syaf sakit pinggang. Firash yang nampak keadaan Syaf cuba membantu dengan menyapu minyak angin. 


Syaf mula takut dengan keadaan tu. Tapi diterima jugak bantuan Firash.Tapi,boleh pulak time ni dia mimpi sampai menjerit. Memang kelakar.
Cepat-cepat dia menutup mulut Syaf. Firash keluar dari bilik, akan tetapi terserempak pula dengan Tok Wan.
Aduhai terkantoi la pulak



 undi Izzue Islam di Anugerah Blockbuster di sini





Saturday, May 11, 2013

Tips: Tempat-tempat Menarik di Bandung


Assalammualaikum,

Ok,kali ni kita sambung travelogue kita tentang percutian di Bandung.Atas permintaan ramai,admya akan senaraikan tempat-tempat menarik di Bandung.
Bandung memang terkenal dengan tempat-tempat Shopping.Maknanya, kaum Hawa la happy kan. Tapi kaum Adam pun boleh bersantai-santai di tempat perlancongan yang menarik di Bandung.

Tempat Shopping 

1)Pasar Baru







Tempat wajib di pergi bila sampai Bandung.Ada pelbagai pakaian di jual di sini.Kain pasang,Kain batik,Baju siap,Telekong. Kalau korang memang shopaholic-pastikan korang bawak duit secukupnya. Ramai rakyat Malaysia sampai kehabisan rupiah bila shopping kat Bandung..hehe
Kitaorang pun.last-last money changer dengan Supir.
Kat sini je macam-macam kami rembat-Telekung 5 pasang, kain batik, baju tshirt Bandung.skirt jeans,keychain.
Tips:
-Pasar Baru ni tutup dalam pukul 5.Pukul 4.30 pun ada banyak kedai dah tutup. So dinasihatkan pergi pagi@tengahari ye.
-Kat sini ada banyak maling,so hati-hati. Jangan tunjuk beg yang penuh duit masa nak bayar.Kira korang dah prepare duit dalam begla.Bila nak bayar-keluarkan amount yang cukup je
-Beg semua galas@letak kat depan ye.

2)Outlet
Kat Bandung, tak banyak Mall tapi banyak Outlet. Kalau rumat outlet kebanyakannya bukak dari 9 pagi-9 malam.

a)Rumah Mode
Baju cantik-cantik,harga pun cantik..huhu
Dinasihatkan jangan pergi hari Sabtu sebab sesak-Time ni orang jakarta turun Bandung-tuk shopping

Grande

Donatello- Kedai yang jual barangan kulit jenama tempatan-kasut,tali pinggang,beg.

the Secret

Harga kat Heritage ni boleh tahan murah.

  • Jet set
  • Blossom Outlet-baju comel-comel
  • Nike Outlet,Polo Outlest
ada banyak lagi outlet..

b) Chimpelas Shopping Street


Kat sini banyak kedai berderetan- Baju pun murah-murah,tapi kami tak beli pun..hehe.Dah banyak shopping kat Pasar Baru dan Outlet.
Yang uniknya,kat kedai ada banyak replika  macam Superman,BatmanSpiderman.Lebih ambik gambar kat sini.

c)Cibaduyut
Crutty-salah satu kedai kat Cibaduyut.

Terkenal dengan barangan kulit.

3)Tangkuban Perahu

Ni pun tempat wajib dilawati-Tangkuban Perahu. Recommendation- Pergi waktu pergi sebab orang tak ramai.

Tips:
Jangan lupa pakai baju sejuk@sweater sebab kat atas ni cuacanya sejuk, lagi pulak,siap berangin lagi.
Kat sini ada ramai penjual jalanan. Dinasihatkan kalau korang tak nak beli-ucap terima kasih,dan jangan marah2.Diorang memang akan ikut korang ke mana-mana. Setiap penjual yang datang,kami ucap terima kasih.Jenuh jugakla,tapi nak buat camana-dorang kan orang susah,macam tu je nak cari makan.Jangan sentuh barang diorang-kalau tak nak beli-sebabnya diorang akan pastikan korang beli dengan cara ikut je kemana korang pergi. Keychain-boleh beli kat kedai yang ada.
Ramai pelancong terpedaya,so hati-hati ye.

Kalau korang nak beli baju kait- kat deretan kedai kat sini ada jual.
Key chain Tangkuban Perahu-beli kat sini ye.Kat bandar tak jual.Nasib baik beli,kalau tak melepas.Key chain Bandung boleh beli kat Pasar Baru,kat kedai2 lain.

Ciater Hot Spring
Kalau ada banyak masa, korang boleh pergi ke Kolam Air Panas.Boleh merendam kaki@mandi.Masuk berbayar ye.Kami tak sempat nak pergi sebab ada banyak lagi tempat nak lawat.

 4) Kebun Teh Gunung Mas, Kebun Strawberry.



Tempat ni pun kami tak pergi gak,sebab hari tu adalah hari shopping kami di Pasar Baru.Kalau korang suka,boleh singgah melawat. 
Kami tak singgah-sebab kata ayah -kebun teh dan strawberry sama je kat mana-mana.Kat Cameron pun ada.Bila tengok memang pun -sama je. Tapi kami tetap beli strawberry. Sekelip mata je habis.

 5)Trans Studio
Game Indoor terbesar di dunia.Dinasihatkan pergi jika korang ada banyak masa@duduk lama kat Bandung.
Kalau datang sini,alamatnya seharian la kat sini.Sebab ada banyak game.Sesuai untuk hiburan keluarga.
Jadi,kalau masa terhad,tangguhkan dulu la ye.Pergi lain kali. Nanti tak sempat shopping pulak.hehe




6) Taman Safari

Taman safari terletak di Sicarua, Puncak. Taman Safari ini sesuai untuk hiburan anda sekeluarga terutama jika anda membawa anak-anak. Taman ini menempatkan lebih 2,500 jenis haiwan yang tinggal di dalam habitatnya yang asal (bukan macam zoo). Anda boleh melihat haiwan-haiwan tersebut dari tingkap kenderaan

7) Kek Lapis Bandung
Korang boleh kek lapis Bandung di Kartika Sari atau Amanda.
Kartika Sari harganya boleh tahan..tapi keknya sedap. Boleh la bawak balik sbg ole-ole.


8) Kilang kain

Yang ni,kami pergi sebab supir yang bawakkan. Harga kain pasang kat sini murah-murah dan pelbagai corak dan pattern. Yang sulam,yang tak sulam. lebih kurang rm35 sepasang. Yang bestnya lepas beli,bawak kat tukang jahit suruh dia jahit-kat tempat yang sama gak. Macam-macam fashion baju diorang boleh buat.Jangan terkejut diorang memang mahir jahit fashion baju kurung orang Malaysia. Yela, customer paling ramai-orang kita.
Baju kurung kedah,johor,pahang, moden,kembang payung semua boleh buat. semua fashion harga sama.Kalau kat Malaysia,tak dapat harga macam ni. Nanti diorang akan hantar ke hotel.sehari je siap.Hari tu pagi tengahari.Malam diorang dah hantar kat bilik.
Bila delivery-cuba lagi.kalau tak puas hati@ada jahitan yang salah,diorang akan ambil auter balik.baik punya service kan..

admya:
Lepas korang baca entri ni,pasti korang faham  naper rakyat Malaysia suka gi Bandung kan.

Kepada yang nak melancong@shopping di Bandung.Happy Holiday!
Bulan 9 ni,admya nak gi ke Vietnam pulak.

Tips ke Bandung