join admya di FB

Badai Semalam



 Drama adaptasi novel 'Badai Semalam' karya Khadijah Hashim akan datang di saluran RTM. Drama bersiri arahan Osman Ali, menampilkan Sweet Qismina, Adam Lee dan Halim Radzi sebagai pelakon utama.

Sinopsis

Mengisahkan kehidupan gadis remaja, Mazni yang tinggal bersama-sama ibunya yang uzur di rumah Encik Haris. Ibu Mazni iaitu Mak Bibah, merupakan bekas orang gaji kepada keluarga Encik Haris dan Cik Rohana. Mazni yang sedang belajar terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja. Mazni memerlukan wang untuk mengubati penyakit ibunya. Mazni bersahabat baik dengan Zaki, seorang pelajar bidang perubatan di Universiti Singapura. 

Suatu hari, anak Encik Haris iaitu Karim terlibat dalam kemalangan jalan raya dan dimasukkan ke hospital. Semasa terlantar di hospital, tiada kawan yang datang menziarahinya dan keadaan ini menyebabkan Karim insaf atas perbuatannya yang suka berfoya-foya. Hanya Mazni yang sering mengunjunginya sewaktu terlantar di hospital. 

Dalam diam-diam terbit perasaan cinta di hati Karim terhadap Mazni, yang begitu luhur hatinya. Mazni terpaksa mengorbankan cintanya terhadap Zaki dan menerima cinta Karim yang akhirnya membawa ke jinjang pelamin.

Bahagia datang cuma seketika. Badai datang melanda lagi tetapi Mazni terus berjuang untuk mencari kebahagiaan diri. Mampukah dia terus menempuh hidup dalam dunia yang serba mencabar ini?

Comments