Cinta yang datang ikhlas dari hati, seperti Cinta Yusof kepada Zulaikha,
MIHRAB CINTA ZULAIKHA
Jumaat hingga Sabtu, 9 malam
Strim di www.iq.com / aplikasi iQIYI
Lakonan Elisya Sandha, Azrel Ismail, Johan As'ari, Scha Elinnea
Drama bersiri yang di arahkan oleh Izuan Mokhtar ini baru saja ditayangkan sebanyak 2 episod. Drama ini mengisahkan Zulaikha ( Elisya Sandha) yang menguruskan rumah anak yatim hasil peninggalan arwah ayahnya. Dia menjaga anak yatim dengan penuh kasih sayang, menggelarkan dirinya sebagai ibu kepada semua anak yatim di bawah jagaan nya. Terdapat beberapa dugaan semasa dia menguruskan rumah anak yatim tersebut, antaranya ada anak yang sakit kronik , kos rawatan mahal, dana semakin susut terpaksa mencari dana dari luar.
Aidil ( Johan As’ari) dalam diam mempunyai perasaan terhadap Zulaikha, sering menghulurkan bantuan terhadap Zulaikha di saat Zulaikha buntu dan susah hati memikirkan masalah rumah anak yatim . Yusof Hakimi ( Azrel Ismail) seorang lelaki yang baru berkenalan dengan Zulaikha mula melamar Zulaikha untuk menjadikan Zulaikha isterinya. Yusof berjanji akan membantu Zulaikha untuk sama sama bangunkan rumah anak yatim tersebut. Namun Zulaikha tidak tahu yang ada helah dan perangkap yang Yusof pasang sewaktu melamarnya.
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq