join admya di FB

Syurgamu Ramadhan


Kerana dia Aku turutkan kemahuannya

Kerana dia Aku menjadi Anak derhaka

Drama popular Ramadhan๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Boleh tonton di YouTube.



Datuk Halimaton telah berputus asa dengan anaknya iatu Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimaton tidak faham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang lelaki biasa  dari berkahwin dengan seorang lelaki yang menjadi pilihan Halimaton…Memang tujuan Halimaton mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Kesuma untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang pendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri pada malam itu dan tidak mengaku bahawa Marlia itu bukan anaknya lagi.


Itu kisah 17 tahun lalu… Dan selama 17 tahun juga Datuk Halimaton tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimaton tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya…Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bongsunya… Yassin masih ingat dengan Kakaknya iatu Marlia. Dia sayangkan Marlia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimaton tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut. Sudah hampir 2 tahun perkahwinan Yassin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya iatu Aishah. Marlia bahagia meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…


Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun… Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimaton melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai ki

ni.


Comments