join admya di FB

Slot lestary: Iskandar Cempaka

 


Iskandar Cempaka akan disiarkan di slot Lestary TV3 mulai 7 Mac 2024, setiap Khamis hingga Sabtu pukul 9 malam.


Sinopsis 

Mengisahkan tentang Iskandar yang menjadi pujaan ramai, terpesona dengan gadis jirannya yang bernama Chempaka dan berusaha untuk memikat hatinya. Walaupun Chempaka juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Iskandar, namun dia mengalami 'inferiority complex' yang menghalangnya untuk mengakuinya. 


Namun, kisah cinta mereka tetap berakhir dengan perkahwinan. Keindahan hubungan Chempaka dan Iskandar berubah apabila Chempaka mendapati bahawa Iskandar sebenarnya adalah seorang 'anak emak'. Kehidupan pasangan ini selepas perkahwinan diatur oleh Naema, ibu kepada Iskandar. 


Chempaka terkejut dengan sikap Iskandar yang mengikut telunjuk ibunya dalam setiap hal. Naema juga bersaing dengan Chempaka dalam segala perkara, ingin membuktikan bahawa dirinya lebih bagus. 

Ketika Iskandar mengutarakan hasrat untuk berpindah rumah, Naema meluahkan rasa tidak puas hati dan menghalang perpindahan tersebut.

Pelakon:

Muaz Zabir sebagai Iskandar

Harissa Adlynn Halim sebagai Chempaka

Raja Azura sebagai Naemah 

Chacha Maembong sebagai Dareena 

Alvin Chong sebagai Lex 

Nabil Aqil sebagai Nidhill

Shamsul Ghau Ghau

Lisdawati sebagai Sofia 

Steve Yap sebagai Hilman 

Comments