join admya di FB

Megadrama: TQ Captain



'TQ Captain' adaptasi daripada novel 'Tq Kapten' karya Qash Irdina. Drama trending. update ep 11

JUDUL : TQ CAPTAIN
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 9 Disember 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Megadrama (Astro Ria & Astro Ria HD)
PENGARAH : Jamal Khan
PRODUKSI : Arie Zaharie Production Sdn Bhd







SINOPSIS TQ CAPTAIN
Mengisahkan tentang seorang wartawan terkenal, Mikayla Mirza yang mempunyai iltizam tinggi dalam melaksanakan tugasannya. Mikayla yang asalnya merupakan seorang wartawan hiburan mempunyai sikap pantang dicabar dan ego yang tinggi telah dicabar oleh majikannya untuk membuat satu liputan khas dokumentari berkaitan Maritim Malaysia yang merupakan sebuah agensi yang berperanan dalam menguatkuasakan undang-undang serta melakukan tugas mencari dan menyelamat di laut. Ketika Mikayla menjalankan tugasannya, menemukan dirinya dengan Leftenan Komander Maritim Adam Alauddin, seorang Pegawai Memerintah kapal KM Bagan Datuk. Mereka saling bertikam lidah,namun sentiasa rindu bila tidak ketemu. Sekejap sayang, sekejap benci. Ada rahsia yang menyukarkan mereka bersatu.Siapakah yang bakal membongkarkan rahsia itu?

OST: Fenomena 
Penyanyi: Tomok



WATAK PELAKON 




Hisyam Hamid sebagai Leftenan Komander Adam
Leftenan yang tegas dan dedikasi dalam kerja. Kehadiran wartawan Mikayla membuatkan hidupnya menjadi tidak keruan.
"Kerja number 1, awak number 2"- Leftenan Adam.


Mawar Rashid sebagai Mikayla Mirza



Mikayla gadis manis,workaholic dan terkenal dengan kepetahannya di depan kamera. Misinya menjadi kaya dan terkenal seperti Oprah Whitney. Insiden memalukan menemukan beliau dengan Leftenan Adam.

Lupakan saja, selagi kerja awak nombor 1- Mikayla


Mark Adam sebagai Zafrel





Raf Yaakob sebagai Leftenan Bazli 
Fadhli Masoot sebagai Waliy
Harris Annuar sebagai Ziyad
Muntazar Ghani sebagai Naufal






  

follow admya di facebook
nanti admya update lagi ye

Comments