Slot Akasia: Kekasih Paksa Rela


Salam drama.
Drama yang bakal menggantikan Lelaki itu Pemilik Hatiku: Kekasih Paksa Rela.
Mula tayangan: 26/12/2017
Slot: Akasia
Jumlah episode :28
Terbitan: CreativesSkillsProduction
Para pelakon: Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce.

Sinopsis:
Drama ini mengisahkan pasangan suami isteri Adham dan Rosnaida yang bernikah selepas mereka tamat belajar. Perkahwinan mereka ditentang keras oleh bapa Adham iaitu Datuk Azman.
Adham cuba memulihkan hubungan Rosnaida dengan bapanya, tapi Rosnaida ada sikap keras kepala sehinggalah dia buat keputusan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat, kononnya tak tahan dengan sikap mentua.
Selepas tiga tahun Rosnaida tidak pulang ke tanah air, Adham terserempak dengan Hanan yang masih melanjutkan pelajaran, tapi terpaksa menjaga bapanya yang sakit. Disebabkan ibunya, Suraya menjalin hubungan sulit dengan Yusman, Hanan dipulau keluarga dan jiran.
Adham menawarkan sejumlah wang kepada Suraya dan Yusman kononnya mahu mengambil Hanan bekerja.
Hanan dijaga dengan baik dan meneruskan pelajarannya. Bagaimanapun, bagi mengelak fitnah, Hanan terpaksa bernikah dengan Adham. Lagipun, mereka mendapat tahu Yusman mahu menjual Hanan kepada bapa ayam.
Selepas bernikah, Adham tidak melayan Hanan sebagai seorang isteri. Dia bernikah atas dasar simpati, tetapi Hanan berusaha untuk memenangi hati Adham bagi membalas jasa baiknya. Akhirnya,  usaha Hanan berbaloi apabila Adham jatuh hati dengan Hanan dan menerimanya. Namun, ketika mereka mengecapi bahagia,Ros pulang mengharap cinta Adham. Kini Adham dalam dilema untuk berterus terang yang dia telah menduakan cinta Ros.


OST Kekasih Paksa Rela







Ain edruce





Merenung di kejauhan...
Pulau Pasir
Bila Adham dlm dilema...
Love is in the air kata omputih...






admya: Lokasi penggambaran di Pulau Belitung/Lengkuas Island, Pulau Leebung, Indonesia
Cantik lokasi dia. Boleh pergi bercuti kat sini!




Download Kekasih Paksa rela

Fb: admya@blogspot

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...