join admya di FB

Tonton: Santau Perempuan Terlarang



 Nantikan drama bersiri 'Santau Perempuan Terlarang' akan disiarkan di platform penstriman Tonton bermula 18 Disember 2025, disiarkan setiap Isnin dan Khamis. Drama seram terbitan Zeel Production ini diarahkan oleh Faizal Nadxaman. Dibintangi oleh Emma Maembong, Nabil Aqil, Fadlan Hazim dan Farid Kamil.

Episod: 10
Tarikh Tayangan: 18 Disember 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis

Diinspirasikan dari sebuah kisah benar. Kisah seorang perempuan yang mengabdikan diri kepada iblis dan seorang artis yang hauskan populariti.

Iqbal (Nabil Aqil), seorang pelakon yang sudah lama bertarung nasib dalam industri seni namun terus dipinggirkan. Walaupun menghadiri uji bakat tanpa henti, namanya sering tenggelam apabila watak utama yang diimpikan berulang kali menjadi milik Ako Danial (Fadlan Hazim), pelakon sensasi yang sentiasa menjadi rebutan penerbit.

Tekanan demi tekanan akhirnya memberi kesan kepada kehidupan peribadi Iqbal apabila hubungan dengan tunangnya, Maria (Hanna Aqeela), mula retak akibat masa depan yang kabur dan kerjaya yang tidak menentu.

Ketika hidupnya berada di titik terendah, Iqbal diperkenalkan oleh rakannya, Maman (Amin Iman), kepada seorang wanita misteri bernama Sapora (Emma Maembong), yang dikatakan mampu membantu melalui rawatan tradisional bagi ‘membersihkan aura’ dan membuka jalan rezeki.

Pertemuan dengan Sapora menjadi titik perubahan besar apabila kehidupan Iqbal berubah secara drastik dan impian yang selama ini sukar digapai seolah-olah terbentang di hadapan mata. Namun, kejayaan itu hadir bersama persoalan yang menghantui apakah sebenarnya harga yang perlu dibayar dan adakah Iqbal sedar dirinya sedang terperangkap dalam satu perjanjian yang tidak disedarinya?





Comments