Tayangan: iqiyi
Drama top 10 iqiyi.
Dari Nilam ke Safira, seorang gadis biasa yang nekad membalas dendam selepas maruahnya dihina. Namun di dunia elit yang penuh kilauan; cinta, kuasa dan pengkhianatan menanti di setiap langkahnya.
Pertemuannya dengan Azam, lelaki yang disangka kaya tetapi hanyalah pemandu kepada Syahid (anak Dato’ ternama), membuka pintu takdir yang tak pernah dibayangkannya. Namun, maruah Nilam tercalar apabila dihina Syahid di kelab mewah. Dari detik itu, tekadnya bulat: dia akan bangkit, dan dunia elit itu bakal mengenal siapa dirinya.
Kehadiran Datin Laila, wanita elegan penuh rahsia, menjadi titik perubahan kepada Nilam. Dengan bimbingan Datin Laila, Nilam lahir semula sebagai Safira; seorang wanita yang Mempersona, Berani, dan Berkelas. Namun dunia elit tidak seindah yang dibayangkan. Safira terjebak dalam cinta penuh rahsia, berdepan lelaki berbahaya seperti Chester De Guerra, dan dihimpit dilema apabila jatuh hati kepada Dato Rahman, suami kepada mentornya sendiri.
Pada masa sama, Azam, seorang lelaki sederhana yang pernah membantunya, terus setia di sisinya. Di antara cinta, kuasa, dendam dan pengkhianatan, Safira harus memilih, adakah dunia elit benar-benar jawapan impiannya, atau sekadar ilusi penuh luka?






Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq