Tidak semua luka terlihat, tidak semua doa terucap...
Disebalik keimanan yang dipaparkan ada rahsia gelap yang dirahsiakan.
Sinopsis:
Ustaz Irfan (Firdaus Karim), pendakwah terkenal dan ikon agama di media sosial, dihormati sebagai tenaga pengajar utama di Baitul Khadijah dan menjadi pujaan ramai pelajar wanita. Di sebalik imej sempurna itu, ketenangannya mula tergugat apabila Anisah (Sharifah Rose), seorang pelajar baru yang berani dan berbeza daripada yang lain, tiba di Baitul Khadijah untuk menyambung pelajaran mengikut kehendak ibu bapanya, walaupun cita-citanya mahu menjadi perunding fesyen Muslimah. Kehadirannya mencetuskan perhatian, teguran dan konflik yang tak dijangka di institusi itu.
Anisah berdepan dengan cabaran bukan sahaja daripada peraturan ketat Ustaz Irfan dan pengawasan para senior, tetapi juga dari pandangan mereka yang terlalu menyanjung imej ustaz dan institusi. Dalam dunia yang lebih mementingkan rupa daripada kebenaran, dia terpaksa mencari ruangnya sendiri, sambil menghadapi fitnah dan cemuhan. Namun persahabatannya dengan Aiman (Nafiz Muaz), tenaga pengajar baharu yang menyokong dan memahami dirinya, mula memberi sedikit harapan di tengah kekeliruan itu.
Di tengah kekalutan dan perselisihan ini, setiap langkah Anisah dan Aiman mendedahkan rahsia lama dan menguji keimanan, prinsip, serta keberanian mereka. Sementara Rabiyatul (Fasha Sandha) dan Tuan Haji Mohsin (Mior Hashim Manap) mula menyedari masalah sebenar di sebalik institusi yang dihormati, tapi adakah kebenaran akan terbongkar atau terus tersembunyi?
Pelakon:
@fashasandha sebagai Rabiyatul
@sharifahrose_ sebagai Anisah
@nafizmuaz sebagai Aiman
@firdauskarimx sebagai Ustaz




Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq