join admya di FB

Tonton Salju Rindu di Bumi Auckland


 

Tonton Original Series membawakan sebuah drama bersiri berjudul 'Salju Rindu di Bumi Auckland' adaptasi dari novel 'Salju Rindu Di Kota Edinburgh' karya Haitun Kamarazaman. Drama ini merupakan hasil terbitan Global Station yang diarahkan oleh Riza Baharudin dan menampilkan gandingan pelakon Riena Diana dan Keith Foo.


Sinopsis: 
Mengisahkan tentang Juraini (Riena Diana), seorang gadis yang terjerat dalam kehidupan penuh rintangan akibat ketamakan bapanya kepada duit sehingga mengabaikan keluarga mendorongnya untuk melarikan diri dari kampung demi mengejar kebahagiaan dan pencarian jati diri seorang wanita.

Juraini membesar di bawah pengawasan bapanya, Pak Talib yang menggunakan agama untuk memuaskan ketamakannya yang memaksa Juraini untuk berkali-kali mengorbankan dirinya kerana terpaksa menanggung kebajikan keluarganya yang diabaikan Pak Talib.

Dalam dia menghadapi rintangan itu, Juraini telah berkenalan dengan Nathan (Keith Foo). Nathan merupakan seorang lelaki bukan Islam yang berhati mulia dan baik yang berasal dari Auckland. Ketika berputiknya cinta mereka, Juraini berdepan dengan dugaan dan pengkhianatan dari Azman, pengurus tempat kerja Juraini, yang melakukan tindakan mengaibkan terhadap Juraini yang menyebabkan hidupnya kacau-bilau. Dalam keadaan huru-hara, Juraini nekad membuat keputusan untuk memulakan hidup baru bersama Nathan di Auckland.

Walaupun Juraini telah menetap di kota yang jauh beribu batu dari kampung halaman, peristiwa hitam dan kesedihan yang dilalui masih menghantui dirinya sehingga akhirnya memaksa beliau untuk membuat keputusan mengubah cara hidup.

Juraini menukar identiti baharu sebagai Joanna, membina kehidupan baru bersama Nathan dan anak mereka, Samantha. Namun, disebalik kebahagiaan yang dicari dan dikecapi, masih terselit rasa tidak sempurna tanpa kehadiran keluarga tercinta yang jauh di kampung.

Selepas sekian lama meninggalkan tanah air, keluarga Joanna menghantar anak buahnya, Iman (Nabil Aqil) ke Auckland untuk memulakan misi penuh harapan untuk membawa Joanna pulang ke pangkuan keluarga. Mampukah Iman menyatukan Joanna dengan keluarganya yang telah lama terpisah?

Pelakon:
Riena Diana sebagai Juraini (muda) / Samantha
Keith Foo sebagai Nathan
Emelda Rosemila sebagai Juraini / Joanna
Nabil Aqil sebagai Imaan 
Husna Mustaffa sebagai Suri
Kodi Rasheed sebagai Aziz
Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Talib
Rosnah Johari sebagai Mak Yam
Mas Anizan sebagai Mak Su
Louisa Chong sebagai Anne 


Comments