Sebagai tanda penghargaan atas sokongan luar biasa daripada penonton, drama rating tinggi ‘Dia Imamku’ menerusi slot MegaDrama bakal melabuhkan tirai Dengan dua episode berturut- turut.
Minggu akhir ‘Dia Imamku’ akan disiarkan pada 15 Mei ini, bermula jam 10 malam di Astro Ria. Tayangan dua episod berturut-turut ini diadakan khas buat semua peminat setia drama tersebut.
Dua episod terakhir ini, ayah Humairah memaksa anaknya untuk pulang ke kampung bagi menjaga Budin yang sedang sakit.
Namun, kehidupan Humairah di kampung tidak dianggap istimewa buat Budin dan kehadiran Dahlia di kampung juga menjadi persoalan.
Humairah ikut cakap ayahnya untuk menjaga Budin di kampung walaupun kehadirannya tidak disenangi Budin.Maira tetap layan dengan baik.
Adakah akan ada perkahwinan lain atau Budin tetap dengan keputusannya untuk bercerai dengan Humairah?
Atau Razak akan memastikan hidup Budin dan Humairah akan terus merana? Jadi, apakah pengakhiran mereka?
Jangan terlepas menyaksikan Dia Imamku, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan strim eksklusif di Astro One & #sooka.
Cempaka Humairah-jantung hati Amirruddin🥰
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq