Astro Originals mempersembahkan sebuah lagi siri premium terbaru, Bad Cop, adaptasi daripada siri jenayah popular Jerman pada tahun 2017. Siri terbitan Astro Shaw ini diterajui showrunner Kavivarmen Vigneswaran, dan diarahkan Jason Chong. Dibintangi oleh Aiman Hakim yang membawa dua watak berbeza iaitu protagonis dan antagonis. Siri ini turut menampilkan bakat-bakat terkenal seperti Siti Saleha, Harvinth Skin, Razib Salimin, Tony Eusoff, Whulandary Herman, Melissa Campbell dan Alvin Wong. Bad Cop akan menemui penonton bermula 19 Disember 2025 setiap Jumaat, tepat 12.00 tengah malam di OnDemand dan juga di sooka. Penonton juga boleh menyaksikannya di Astro Citra (Saluran 108) pada setiap Jumaat, jam 9 malam, serta di Astro Ria (Saluran 104) pada setiap Sabtu, jam 10.30 malam.
Sinopsis:
Mengisahkan Emir Khalid, seorang penjenayah yang menjadi buruan mafia dadah, Tony Redza. Pada malam serbuan dadah, Emir bertembung secara tidak sengaja dengan kembarnya yang telah lama terpisah, Imar seorang inspektor polis. Pertemuan penuh kejutan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Imar ditembak ketika pergelutan dengan ketua pengedar dadah. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Imar menyerahkan kad kuasanya kepada Emir dan meminta Emir menunaikan satu janji: lindungi keluarganya.
Dalam usaha melarikan diri dan menunaikan janji tersebut, Emir terpaksa mengambil alih identiti abangnya sebagai seorang polis. Namun, dia segera menyedari bahawa kehidupan Imar tidak semudah yang disangka berdepan keluarga yang porak-peranda dan perkahwinan yang di ambang kehancuran, lebih mencabar apabila isterinya sendiri, Hana, merupakan Ketua Polis yang lantang dan berdisiplin.
Setiap episod Bad Cop mengetengahkan satu kes baharu yang mencabar, menguji keberanian Emir yang terpaksa berpura-pura sebagai pegawai polis sambil mengelak kecurigaan daripada rakan setugas. Dalam tekanan yang semakin memuncak, Emir bukan sahaja belajar memahami dunia yang selama ini cuba dielakkannya, malah menemui potensi sebenar dalam dirinya sebagai anggota polis dan sebagai seorang insan yang lebih baik.
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq