join admya di FB

Susuk Rupawan


 

Drama Susuk Rupawan bakal menghantui penonton bermula 7 Januari 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3 dan juga boleh strim di tonton. 

Sebuah drama thriller mistik arahan Amor Rizan diterbitkan oleh Global Stations serta skrip nukilan Liza Nur. Dibintangi oleh Cahaya Nilam, Adam Lee, Darien Aeldra, Shah Rezza dan Watie Sadali.

Jumlah episode: 8

Sinopsis:

Mengisahkan Dewi (Cahaya Nilam), seorang penari tradisional berusia 20-an dari Johor yang berpindah ke Kuala Lumpur dengan satu tujuan tersembunyi yakni membalas dendam. Dewi menyewa di rumah milik arwah Adli dan mendekati anaknya Fadil (Darien Aeldra), yang kemudiannya dijadikan alat untuk merapati Zakri (Adam Lee), cucu kepada Tan Sri Halim (Shah Rezza), seorang tokoh korporat berpengaruh yang pernah merogolnya suatu ketika dahulu. Di sebalik kelembutan dan kecantikan Dewi, tersembunyi niat yang penuh perhitungan.

Ketegangan memuncak ketika Dewi mula berpindah tinggal bersama Fadil, Tan Sri Halim dan Mala (Watie Sadali) hingga pelbagai perkara mistik berlaku di rumah tersebut. Kehadirannya mula mencetuskan retak berlanjutan dalam keluarga kaya tersebut, sehingga rahsia silam akhirnya terbongkar bahawa Dewi sebenarnya ialah Nazimah, mangsa rogol Tan Sri Halim kini kembali dengan wajah muda hasil amalan ilmu hitam serta pemakaian susuk.

Apabila Fadil berdepan kebenaran pahit yang membongkar sisi gelap Dewi, dia cuba menyelamatkan keluarga itu daripada terus terjerumus. Namun segalanya sudah terlambat, satu demi satu tragedi berlaku. Mampukah dosa silam dipadam atau dendam akan terus hidup walau jasad sudah tiada?

Comments