Saturday, April 27, 2013

Broken Vows Episode Akhir(Final)


 Adakah Sengketa antara Felix dan Roberto akhirnya menemui jalan penghujung?Tengok gambar pun dah tahu kan siapa yang menjadi pilihan Melisa kan. opps not me tau.

Melisa bertanya pada pada suaminya di mana Felix. Roberto menipu Melisa dengan mengatakan Felix telah pun mati. Melisa tanya pula di mana anaknya Eva. Roberto menjawab yang dia ada di rumah ibu bapanya.Melisa merayu  Rebecca untuk membantunya melarikan diri dari rumah Roberto.Akhirnya Rebecca menolong Melisa dengan menyembunyikan Melisa dalam beg.Mereka kemudiannya pergi ke rumah Lola. Melisa gembira anaknya selamat.

Rossana dan Lucio sangat marah dan sedih bila melihat anaknya Roberto Sebastian mati.Mereka tak dapat menerima hakikat Roberto telah tiada. Rebecca cuba menenangkan mereka dengan mengatakan ia adalah takdir.Namun Rossana mahu Felix bertanggungjawab. Rosanna mahu menghukum Felix dengan tangannya sendiri tanpa menunggu perbicaraan di mahkamah. Rosanna pergi ke tempat Felix.Ketika itu,Felix ditangkap polis. Melisa merayu dengan Rossana mengatakan yang Roberto yang tergila-gilakannya dan Felix tak perlu dihukum begitu.Ketika itu,kereta polis yang dinaiki Felix meletop.Melisa terkejut. Rossana gembira. Dia gembira dendamnya terbalas. Dia tak kisah ditangkap janji dendam untuk anaknya terbalas.
Melisa ingatkan Felix mati dan terpaksa meneruskan kehidupan tanpa Felix.

Ketika bercuti di Brazil dengan anaknya Eva,mereka bertembung dengan Felix. Melisa gembira yang Felix masih hidup.  

Ending.
Felix dan Melissa bersatu semula.


admya:
End with happy ending. Siapa sangka Felix adalah cinta sejati Melisa.

Thursday, April 25, 2013

Cornetto Uda dan Dara



Assalammualaikum,

Drama terbaharu terbitan Wall's Cornetto akan menemui peminat pada 1 Mei 2013 setiap Rabu jam 9 malam.
SiaranUlangan ditayangkan pada setiap Sabtu 5 petang.


Sinopsis:
Mengisahkan tiga pasangan anak mujda yang melalui perjalanan hidup penuh dugaan dan cabaran dalam mencari identiti hingga memperoleh kejayaan masing-masing.


Kekal Awet muda dengan Olay 2in1

Info drama:
  • Para pelakon: Cha-cha Maembong, Dafi,Alif Hadi, Radhi Khalid, Yasmin Hani, Mustapha Kamal, Azhar Sulaiman
  • Turut berkisar persahabatan dan percintaan.
  • Unsur K-Pop turut dimuatkan sebagai lagu latar dan tarian.
  • Jurulatih tarian: Alam(So you think you can dance)

Samarinda: Fira Ayuni





Assalammualaikum,

Drama yang bakal ditayangkan di slot samarinda Fira Ayuni.

Arahan: Azma Aizal Yusoof
Jumlah Episode:
Terbitan: Temenggong Pictures
Para Pelakon: Faralyna,Shah Iskandar, Azlee Khairi,Faz Ahmad Daud,Jihan,Zulina Aziz,Intan Ladyana

Watak:
Shah Iskandar: Hadi
Faralyna: Fira Ayuni
Intan Ladyana: Rozita
Jihan: Che Mun

lagu tema: Pintu Hati by Mafa


Sinopsis:
coming soon







opening montage



Gambar sumber: Azma Aizal Yusoof. Thanz to you.


Saya sebenarnya Isteri dia episode 5


update: download link
Syaf pengsan ketika shopping dengan Fara. Firash yang terkejut terus dukung Syaf dan bawa balik.


Firash terkejut bila Zara tunjukkan gambar dia dengan Syaf. Firash cuba berlagak biasa dan menyatakan itu adalah kakak sedara dia.

Fara pulak mula berangan-angan bersuamikan Firash.Syaf cuba bagitau hal sebenar pada Fara namun lidahnya kelu.

Pagi-pagi lagi diorang bertolak ke terengganu.Dalam perjalanan,Syaf mula muntah-muntah. Mama ambil alih tugas memandu,Firash pula terpaksa"jaga" Syaf di belakang.hehe




Firash mula risau jika Syaf mula mengandung.Tak sanggup dia memikul tanggungjawab tu sedangkan dia masih muda.Kelakar betul cara Chad kejut Syaf bangun tido.Keluar dari kereta sempat lagi Chad bagi warning kat Syaf yang Tok wan tak tahu rahsia mereka.

Hah,nak kemana tu?tegur Tok Wan bila nampak Firash terjengket-jengket pergi ke bilik Syaf.Firash tersentak lalu memberhentikan langkah.Dia mengetap gigi. Spoil betul la Tok Wan ni. 
Nak pinjam charger telephone kat Syaf.
Huh,bantai ajela.. Nasib tak kantoi, kalau tidak kena dengar ceramah free la nampaknya.

Firash ternampak gambar Farish dalam novel yang dibaca Syaf.Syaf mula serba salah.
Pagi- Firash mula risau akan jika Syaf benar2 mengandung dan mengajak Syaf pergi ke klinik. Sungguh Syaf tak sangka, yang Firash pandai sembelih ayam.

Ketika nak kejutkan Firash,Syaf terkejut dengan belalang yang hinggap di badannya. Apa lagi, badannya menimpa Firash yang sedang tidur.Terkejut Firash dibuatnya.

Firash mula cemburu. Cemburu akan perasaan Syaf pada arwah abangnya.
Haqimy sepupu Firash sampai ke rumah tok Wan dengan membawa beras yang diminta.
Mak Ngah kamu bawak balik anak angkat dia
Qimy: Siapa?
Tok Wan: adalah
Mata bertentang mata. Qimy dan Syaf tak sangka mereka bertemu semula.
Perasaan cemburu Firash datang lagi bila melihat kemesraan Qimy dan Syaf. Perasaan tu membuatkan dia marah pada Syaf dan menolak Syaf ketika Syaf mahu menolongnya.

download 


Tuesday, April 23, 2013

Rentas Samudera TV2


Drama arahan Aziz M Osman dan skrip oleh Zakizamani Osman ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Fahrin Ahmad sebagai Komander Saiful, Qazem Nor (Leftenan Komander Razak), Nur Fathia (Leftenan Farah), Lan Pet Pet (PO Lan), Julia Ziegler (Leftenan Adzlina) dan Syatilla Melvin (Leftenan Nor) akan menemui penonton menerusi slot Citra pada 23 April ini jam 10 malam di TV2.


Sinopsis:
Kisah Komander Saiful, anak-anak kapalnya dan kapal mereka, KD Perak yang merupakan kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia. Sewaktu dalam perjalanan pulang dari tugas mereka mengawal sempadan perairan tanahair, KD Perak mengalami kerosakan teknikal dari bahagian kemudi. Perkara ini telah menyebabkan Komander Saiful dan para pegawai mengemudi kapal secara manual. Ini memerlukan kerjasama dari segenap warga kapal dan dengan pengalaman luas Kapten kapal, ianya dapat dikendalikan dengan jayanya.

Keadaan menjadi lebih cemas apabila Lt. Kdr. Razak yang merupakan pegawai kanan Komander Saiful, membawa utusan yang ada sebuah kapal dagang yang telah digeledah lanun. Komander Saiful mengarah pegawai navigasinya, Lt. Johan untuk merangka carta dan tetapkan perjalanan mereka ke MV Nautika yang memerlukan bantuan. Tanpa melengah masa, Komander Saiful belayar ke arah MV Nautika dan menyediakan bantuan misi mencari menyelamat. Lanun yang telah menceroboh MV Nautika lari apabila melihat kehadiran KD Perak.


Pasukan mendarat dapat menyelamatkan anak kapal MV Nautika dari dihumban ke dalam laut dalam. Setelah berjaya menjamin keselamatan kapal dagang itu, KD Perak pulang ke pelabuhan Kuantan. Di sini, Komander Saiful berjumpa dengan Lt. Kdr. Adzlina, seorang Pegawai Logistik Markas yang pernah dilatih oleh Komander Saiful. Bermula putik cinta apabila mereka saling berkenalan kembali setelah sekian lama tak berjumpa.

Setelah menjalani penyelenggaraan, KD Perak sekali lagi dipanggil bertugas. Kali ini, Komander Saiful dan anak kapalnya terpaksa menjalani sebuah lagi misi mencari dan menyelamat 3 orang nelayan yang telah hilang di lautan.

Misi ini membawa mereka ke sebuah kawasan terumbu karang yang penuh bahaya. Namun begitu, warga kapal KD Perak berpegang pada janji untuk berkhidmat demi keselamatan negara dan rakyatnya.

Mereka menjumpai 3 orang nelayan selamat tetapi terdampar di pantai berhampiran. Sewaktu gerakan mencari mereka, salah seorang pegawai kapal KD Perak terkena gigitan ular dan hampir maut.


Dengan adanya rakan-rakan anggota yang berpengalaman, maka, pegawai wanita mereka berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital.

Diketuai Komander Saiful yang berwibawa, anak-anak kapal KD Perak seperti Lt. Kdr. Razak yang bersemangat, Lt. Johan yang pintar, PO Lan yang suka merapu, Lt. Nur dan Lt. Farah yang merupakan pegawai wanita, Lt. Jek yang ganas tetapi baik hati dan juga warga anak kapal KD Perak yang lain, bakal memberi penonton peluang untuk menyaksikan kehidupan Tentera Laut DiRaja Malaysia yang memegang panji Kemuliaan, Keberanian, dan Kesetiaan demi negara, bangsa dan agama.



sinopsis cr: perekacerita

Jodoh episode akhir




Pencarian Azlan mencari jodoh dalam rancangan realiti Jodoh telah berakhir apabila Azlan "terpaksa" memilih Olly sebagai "jodohnya". Namun selepas tamat rancangan, Azlan dan Olly perlu lagi bekerjasama dalam drama bersiri atas permintaan peminat dan penerbit.Kesempatan itu digunakan oleh kekasih Olly untuk demand harga yang lebih tinggi,dan Olly hanya mendiamkan diri dan mengikut saja kata kekasihnya-alasannya perlu duit untuk berkahwin nanti.

Azlan pula masih berhubung dengan Katiya. Tetapi,Katiya mula merasai perubahan Azlan apabila asyik bercerita tentang Olly. Tapi Azlan cuba menafikan.Eleh,Azlan suka kat Olly tapi tak sedar.


Kini giliran Olly pula membawa Azlan untuk diperkenalkan kepada ibunya.Di rumah, Olly disakat oleh adik-adiknya.Adik membongkar rahsia perangai Olly yang sebenar di  rumah..

Azlan yang tak suka dengan kekasih Olly cuba menyedarkan Olly bahawa kekasihnya hanya nakkan duit Olly sahaja bukannya nak berkahwin dengan Olly pun. Olly masih beranggapan yang Azlan tidak menyukainya.Hubungan mereka terputus sejak hari itu.Setelah kehilangan Olly,Azlan kembali pada Katiya. Namun,dia mula merindui Olly.


Berjayakah Azlan sedar cintanya pada Olly atau adakah dia terlambat untuk melafazkannya?
download lagu Dazrin-kota antara


Tempat-tempat menarik di Jakarta


 Assalammualaikum,
Entri yang lepas kita bercerita pasal tips bercuti di Bandung. Sekarang kita tinjau pulak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Jakarta.
Ada apa dengan Jakarta?
Kalau Bandung terkenal dengan syurga membeli belah,Jakarta pun tak kurang hebatnya juga.

Jom kita intai-intai tempat-tempat menarik di Jakarta.


1) Menara Monas
Yang ni antara tempat wajib dilawati jika melawat ke Jakarta.Monas atau nama panjang dia Monumen Nasional Indonesia. berada di tengah-tengah kota Jakarta.

Yang menarik Monas ni,kalau siang boleh naik ke menara untuk melihat permandangan.Malamnya pula boleh bersantai bersama keluarga sambil bergambar dengan Monas yang bertukar-tukar "color"-sekejap biru,pastu tukar merah,hijau.

2) Taman Tema Ancol
Taman Tema yang terbesar di Indonesia. Ala-ala Sunway Lagoon.Yuran rp 150(lebih kurang rm50).tapi kami tak masuk pun sebab perlukan sehari suntuk untuk bermain di sini. Kalau bercuti panjang boleh la pergi sini. Sebab tu,takde gambar..hehe

Pantai Ancol
bukan main lagi adikku berposing

Kalau tak nak masuk Taman Tema Ancol,boleh jalan-jalan kat Pantai Ancol.Luas gak. Masuk Pantai ni kena bayar. Tapi,berbaloi. Kita orang pergi waktu petang. Best la. Ambik Angin Jakarta.hehe
Siap  naik boat lagi pusing Ancol -tambang :100 ribu rupiah.
Nampak saya tak?
sibuk menyelit nak bergambar


3) Taman Mini Indonesia

Taman Mini Indonesia ni ada  pelbagai koleksi rumah suku-suku kaum di Jakarta.Taman mini ini ala-ala Taman Mini Malaysia di Melaka.Kawasan dia sangat luas.Lebih elok kalau menaiki kenderaan. Kalau tak mau jenuh kaki nak berjalan.Sebab banyak betul rumah nak singgah. Dalam rumah pun ada pameran. Ada rumah Bali, Minangkabau dan lain-lain.Kat taman mini ni pun ada cabel car, taman burung.


4) Kota lama Jakarta



Kota lama Jakarta. Ada pelbagai Muzium di sekitar tempat ni. Kira Jakarta kota sejarah.Tapi time kami datang Hari Isnin,Muzium tutup.Jalan-jalan kat luar je. Ramai jugak orang Jakarta bersantai di sini petang-petang.Ada budak sekolah, orang berdating, dan tak lupa pelancong macam kami.

Kat sana-boleh sewa basikal -siap dengan topi sekali.(macam ayah i tu)- gaya macam zaman kolonial pulak bila tengok..
Yang gambar belah kanan,adik bergambar dengan om(pakcik) yang pakai ala-ala tentera. Mula-mula ingatkan patung,rupanya manusia. Lepas bergambar-bagila derma ikhlas.-dorang cari makan tu.

5) Tanah Abang
Gedung Membeli belah. Tanah abang ni sangat besar. Jenuh nak jalan dan cari baju.Kalau berkenan terus beli,kalau idak, tak jumpa la kedai tu. Kami sampai tersesat-sesat sebab banyak betul block dia. Tapi gedung ni macam GM-kena beli borong.  Contohnya kalau beli baju- satu design minimum 3 pasang. Tak boleh beli satu. So,kalau nak bisnes boleh la datang sini. Nasib kami 3 beradik. Beli satu design dapat sorang satu. Kalau satu design minimum enam -sorang dapat dua pasang baju.Yang kelakarnya nak beli baju anak buah. Satu design kena ambik semua size dari size S hinggal XL. Mujur anak buah beza umur, boleh la beli.hehe. Nak beli jeans- Kena ambik semua size dari S sampai XL. ha,sape nak pakai size yang lain tu kalau tuan punya badan size M?

Tips: Berhati-hati shopping kat sini sebab banyak Maling(pencuri)


6) Kompleks Mangga Dua
Kompleks Membeli -belah. Kalau tak pergi tanah abang boleh pergi sini. Besar giler. Bertingkat-tingkat. Kalau nak beli cenderamata di Jakarta.Boleh beli kat sini macam tshirt,key chain.

7) Taman Safari
Zoo Indonesia. Tapi kami tak pergi sebab jauh dari Kota Jakarta. Masa tak cukup. Kalau korang sempat,apa kata korang singgah melawat zoo di Indonesia.

admya:  Berbanding Bandung, Jakarta lebih banyak tempat yang boleh dilawati. Yela- Bandung kan tempat shopping.
Nanti kita letak gambar-gambar lain. jenuh nak bukak album..

Thanks for reading.

Monday, April 22, 2013

Misiku Kuza




Channel: Astro Ria
Jumlah episode: 13
Mula tayangan: 6 Mei 2013
Waktu tayangan: 10 malam
Para pelakon: Arja Lee, Erin Malik,Hairul Azreen

Lagu tema: Misiku Kuza by Roman


Sinopsis:
Seorang doktor kacak bernama Aaron aziz(Arja Lee) tidak lagi mempercayai cinta selepas dikhianati oleh bekas isterinya dulu.Bagaimanapun kehadiran Kuza(Erin Malik) pelatih jururawat ceria yang menjalani latihan di hospital tempat kerjanya telah merubah persepsi Dr Aaron tentang cinta.Namun cintanya itu diganggu oleh adiknya sendiri Airel yang turut mempunyai perasaan terhadap Kuza.



Airel@Hairul Azreen





Airel dan abangnya Aaron Aziz

Download
kredit:jiwang

admya: sorry,laman web jiwang telah ditutup,jadi tiada lagi episode 6  dan seterusnya untuk didownload.




Wednesday, April 17, 2013

Saya sebenarnya isteri dia episode 4




Update: download LINK

Firash dan Syaf masing-masing masih lagi ego. Firash tertanya-tanya siapa yang Syaf sms.Ingin saja dia tanya Syaf,tapi tak terluah.Dia mesej Mie kut,hatinya berkata.Nak tanya Mie, takut pulak dia tanya bukan-bukan.
Tetiba pintu Syaf terbuka,terkejut Firash. Syaf mula syak sesuatu-Dia nak masuk bilik aku ke?Takkan kut!

Mama suruh syaf pergi kejutkan Chad.Ketika nak kejutkan Firash,Syaf terbayang wajah Farish. Chad marah- aku Firash Arshad bukan Farish.



Pn Farizah menyuruh  Syaf dan Firash pergi shopping barang dapur. Terbeliak mata Firash melihat Syaf yang memakai baju serba hitam.




Kau ni takde baju lain ke nak pakai?,tanya Firash.
Ada,kenapa?jawab Syaf
 Chad:Macam budak gothik aku tengok
Syaf: Gothik?
Chad: Kau tak tahu gothik tu apa ke?
Syaf : Aku tahulah
Chad: Kalau tahu,kenapa pakai serba hitam,macam berkabung aku tengok.
Geram Syaf bila mendengar kata-kata Syaf.Macam dia bagus sangat.Rambut pun macam pacak-pacak durian.

Syaf tak larat nak tolak troli yang penuh.Lagi Chad mengusik Syaf.
Chad: Kau tak makan nasi ke?
Syaf: hah?
Chad: Ish..pekak betul.

Tetiba Syaf terperasan sesuatu. Fara?ye Fara,macam mana dia ada boleh kat sini.Habisla kalau dia nampak aku dengan Firash.

Tetiba Syaf terlanggar Mie.Terkejut Syaf. Mie cuba nak ngorat Syaf. 
Mie: erm Syaf,nanti jangan lupa call saya ye

Firash yang menunggu Syaf menahan geram.

download zippy

Dunia Lola Astro Ria



Assalammualaikum,

Dunialola akan datang di Astro Ria- setiap ahad 7 malam bermula 12 Mei 2013

Fakta mengenai drama dunia lola
  1. Drama ketiga gandingan Ryzal Jaafar dan Nelydia Senrose selepas Naziha dan Setia Hujung Nyawa
  2. Penampilan istimewa blogger terkenal-Amirah Filzah(nama lebih kurang my sister- Filzah Amirah-cuba terbalik je
  3. Terbitan Red Communication kolaborasi dengan Hijabistar dan Sunsilk

Sinopsis drama:
Mengenai kehidupan seorang gadis yang bernama Lola seorang blogger.



Tuesday, April 16, 2013

Mawar putih tanda perpisahan drama







Assalammualaikum semua,

Lagi update drama baru yang bakal menghiasi kaca tv anda.

Mawar putih tanda perpisahan arahan Bade Hj Azmi,terbitan Suhan Movies.
Drama lakonan Rosyam Nor dan Nad Zainal,Ruminah sidek,Omar Abdullah,Tok wan. Telemovie ini akan ditayangkan di Astro Box Office channel 952 sepanjang bulan Mei.

Watak:
Rosyam Nor sebagai Sudin
Nad Zainal sebagai Dahlia

Sinopsis:
 Mengisahkan Sudin, lelaki pertengahan umur yang masih belum berkahwin. Dia bekerja sebagai nelayan dan tinggal bersama ibunya yang uzur di kampung. Kelebihan Sudin ialah dia amat mahir dalam kaligrafi Jawi. Kehidupannya berubah selepas kematian ibunya. Hidupnya kini sunyi tanpa sesiapa di sisi.

Pak Mail,jiran Sudin yang juga kawan baik arwah ayahnya memujuk Sudin untuk mengahwini anaknya Dahlia yang baru saja menduduki SPM.Alasannya dia mahu meringankan beban yang ditanggungnya. Sudin setuju dengan permintaan pak Mail dan bermula la kehidupan baru Sudin dan Dahlia. Pada awalnya Sudin dan Dahlia saling kekok dan mereka jarang berkomunikasi. Sudin sanggup lakukan apa sahaja asalkan Dahlia bahagai. Dia tak kisah melakukan kerja rumah seperti memasak,mengemas dll. Selepas beberapa minggu, Dahlia mula menerima suaminya.

            Suatu hari, Dahlia menerima khabar dari orang kampung yang Sudin hilang di laut dan botnya karam. Orang kampung menemui dua mayat terapung. Namun tiada berita tentang Sudin mahupun mayatnya dijumpai.    
Dahlia masih percaya suaminya Sudin masih hidup dan dia setia menunggu Sudin setiap hari ditemani dengan diari suaminya yang ditulis dalam Jawi. Dahlia tidak memahami apa yang ditulis,memandangkan dia tidak pandai membaca Jawi.
         
Setelah lama melawan perasaannya, Dahlia akhirnya membuat keputusan. Diari Sudin diletakkan dalam plastik dan dibuang ke laut. Dia menerimanya takdirnya dan redha yang Sudin telah tiada.
Saksikan kesudahannya..bagaimana Dahlia meneruskan kehidupannya tanpa Sudin-suami yang dicintainya.

admya: Sebuah telemovie yang menarik dan menyentuh jiwa.Baca sinopsis pun dah boleh feeling.


Lagu tema:  Gurindam Jiwa

Mawar Putih tanda perpisahan

Sneakpeek dulu BTS Mawar putih tanda perpisahan,








 gambar source: Badehjazmi



Friday, April 12, 2013

Tanah Merah ntv7


Minat drama penyiasatan dan misteri?Apa kata tonton drama Tanah Merah arahan Kabir Bhatia.

Setiap khamis,8.30 malam

Storyline:
Johanna seorang wartawan hilang semangat bila kerap ditugaskan untuk melaporkan masalah logistik dan persekitaran seperti sampah tak diangkat,lonkang tersumbat dan sebagainya.
Dia kemudiaanya di tarik masuk ke dalam misteri Tanaha Merah apabila Maryam datang ke pejabat memberitahu bapanya membunuh diri 10 tahun yang lalu.Maryam tidak percaya yang bapanya membunuh diri. Dia ingin Johanna membantunya menyiasat perkara yang sebenar.
Hana, pekerja di Tanah Merah resort membantu  Maryam dan cuba memecah masuk ke dalam rumah pemilik Tanah Merah.
Johanna teruja dengan cerita Maryam,malangnya bosnya tidak mahu meletakkan cerita itu di akhbar untuk mengelakkan tindakan undang-undang pada akhbar mereka.
Bila Maryam dilaporkan membunuh diri,Johana terkejut,Dia berasa bersalah dan bertanggungjawab.Johanna tekad untuk menyiasat walaupun dia tahu dia akan berdepan dengan risiko di buang kerja.
Mampukah Johanna dan Hana-di lokasi yang berlainana membantu Maryam menyelongkar misteri?

Raut wajah tidak menggambarkan personaliti sebenar mereka.Ketahuinya dalam Tanah Merah?


Watak:
Aisha Loo sebagai Johanna















Wartawan di Daily News
Phobia Air


















Zara Zya sebagai Hana
Tukang Masak di Tanah Merah.



















Nazira Sardi sebagai Maryam
















Hakim El Yazid  sebagai Shah
Juruteknik di Tanah Merah
















Wan Raja sebagai Ibrahim.
Akan bekerja jika dia mahu bekerja
Benci pada Amran danbercita-cita untuk jual Tanah Merah.

















Norman Hakim sebagai Amran
Pemilik Tanah Merah yang dibenci Ibrahim disebabkan hubungan baiknya dengan bapa Ibrahim.


cr:tonton


 credit : Tanahmerahntv7