Wednesday, May 30, 2012

Cerekarama: Nyanyian Sakaratul Maut


Nyanyian Sakaratul Maut
Tarikh tayangan: 2 Jun 2012
Lakonan Dato' Jalaludin Hassan, Neelofa, Shaheizy Sam, Faradhiya, Hafizuddin dan Mariani.

Sinopsis:

Mengisahkan mengenai gadis jelita, Norain(Neelofa)dan rakan baiknya, Linai(Farahdia) yang juga seorang model. Mereka berkawan rapat dengan Talib(Shaheizy Sam)seorang pengedar dadah. Konflik bermula apabila Talib ditangkap polis dan ditahan di penjara selama dua tahun. Ketiadaan Talib menyebabkan Norain berada dalam kegelisahan sehinggalah dia bertemu lelaki kaya, Mansor. Pada mulanya Mansor cuma menumpangkan Norain dengan keretanya tetapi akhirnya dia jatuh hati dengan gadis itu hingga ingin mengahwininya.Norain akhirnya mengahwini Mansor kerana ingin mengejar kemewahan tanpa pengetahuan teman lelakinya Talib. Masalah berlaku selepas Talib keluar penjara dan mula mencari kembali Norain.Norain tertekan Talib sering menggangu hidupnya.


Lagu tema: Allahu ya Salam by Opick

Sneakpeek Nyanyian Sakaratul Maut.


Norain berkahwin dengan Mansor


Talib mula menggangu kehidupan Norain

Sam sesuai jadi watak jahat.

Tak dapat Norain,Lina pula menjadi mangsa



Episode akhir bunga-bunga syurga



Episode 13

Oleh kerana dendam yang menebal, Zila bertindak mencederakan Sofia sehingga Sofia terpaksa menerima rawatan selama sebulan di hospital. Haji Halim membawa Sofia pulang walaupun masih lemah dan memerlukan masa untuk Sofia sembuh sepenuhnya. Pertemuan di surau mengejutkan Sofia kerana Aiman tidak pernah membangkitkan tentang hubungan Sofia dengan bapanya. Akhirnya, Sofia sendiri menceritakan kepada Aiman bagaimana hubungan sulit itu terjadi.

Aiman mahu Sofia berterus-terang tentang perkara sebenar kepada bapanya walaupun Sofia cuba untuk terus merahsiakannya. Aiman muncul semasa pertengkaran antara Haji Halim,Sofia, Azila dan Baidah. Haji Halim berjanji akan mengembalikan wang yang diberi Azmin kepada Sofia. Ketamakan Azila dan Baidah akhirnya menjerat diri mereka apabila rahsia mereka terbongkar.

Sunday, May 27, 2012

Preview Seindah sakura episode 13.14.15,16




Episode 13,
Anida terkejut melihat ayahnya dan Airil membawa Shakira balik ke rumah mereka. Anida benci akan Shakira yang dianggap merampas perhatian ayahnya dan Airil terhadapnya. Apatah lagi,Airil semakin kerap berkunjung ke rumahnya sejak Shakira menetap di situ.


Episode 14,
Shakira terkejut melihat biliknya diselongkar. Dia menafikan tuduhan sekeras-kerasnya.Anida sedaya upaya cuba menyingkirkan Shakira dari rumahnya.


Episode 15,
Shakira mahu menemani Nek Nah di hospital tetapi Airil memujuk agar Shakira bermalam di hotel bersama Anida. 


Episode 16
Airil terkejut dengan keadaan Shakira dan percaya  akan kata-kata Anida bahawa Shakira cuba menggodanya.Kejadian itu menyebabkan Airil menghantar Shakira ke rumah pemulihan gadis Bakti Kasih tanpa pengetahuan Datuk Malik.
Di rumah Bakti Kasih,Shakira bertemu dengan beberapa penghuni yang lebih kurang sebaya dan mempunyai pelbagai masalah lagi.
Airil yang kecewa pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara.


Airil ni cepat sangat percaya cakap Anida tu!







Wednesday, May 23, 2012

Lagu tema drama Samarinda Ameera tv3



Lagu tema Samarinda Ameera


Lagu: Andai Ku bercinta Lagi
Download


Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu rasaku mati



2) Glen Fredly - Aku Cinta padamu(sheila majid) versi lelaki ^^

Cerekarama: Peluang Kedua


Tarikh: 25/5/2012
Jam:10 malam
Para pelakon: Azhan rani, Yasmin Hani


"Mama bukan Papa"- tajuk asal drama ni




Sinopsis:
 Rumah tangga Marina dan Halim bergolak selepas 15 tahun. Halim, seorang arkitek yang berada di kemuncak kerjayanya namun dia mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Satu pagi apabila bangun dari tidur, mereka telah bertukar jasad. Apa yang berlaku seterusnya?


ala-ala Secret Garden dan Its Boy Girl Things...hehe..


memang kelakar habis terutama babak Azhan  pakai telekung sebab Marina  lupa dia dalam jasad Halim.. haha
thank so much pada yang tolong cari lagu ni...^_^V
Lagu tema peluang kedua:
Ya sudahlah
sing by  bondan prakoso dan fade to black'




 Peluang kedua memang terbaik!

sumber gambar: FB azhan rani

Thank you for reading this entry^^.

Lagu Seindah sakura - Ku Tiba Lagi- Hyper Act

Lirik Lagu Ku Tiba Lagi-Hyper Act
download
Verse 1 :
Menanti bicaramu menyambut kataku...
Bagaikan puisi mimpi mengindahi lenaku..
Hadir cahayamu menari dimataku..
Lembut jiwa menyambutku..
Mimpi kita bersatu..

Bridge : Dan ku mengharap
Sinar hatiku bertemu

Chorus :
Kutiba lagi..
bersama rasa rindu datang bertamu..
Diruang hati kecil yg berbicara..
Ingatilah diriku ini bersama
Kenangan itu...

Walaupun ku lihat bintang-bintang di balik awan..
Gugurnya kebumi menjadi impian
Takkan ku lepas apa yg ku harapkan
Kerna ku untuk mu

Verse 2 :
Apa mungkinku melakari memorimu..
Di wajah langit membiru..
Awan putih tintaku..

Bersama kita mengejar rasa sempurna
Walau hakikat ku tahu..
Mimpi tiada bersatu..

Ulang Bridge & Chorus.

Bridge II : Takkan lena walau seketika
Bisikan mimpi pasti berbicara
Tak pernah jemu menanti dirimu
Hingga kau menjelma


Lagu Seindah sakura episode 11




Untuk Aku
sing by Zehra Zambri


  by Mimi Hamzah


Download


masih adakah bahagia
yang akan datang dalam hidupku
puas sudah hatiku merintih sedih

disaat kau hulurkan tanganmu
mengubati luka di hatiku
kau berikan aku kekuatan untuk menjalani hidup ini

kini kau tinggalkan aku dan lepaskan genggamanmu
aku sendiri melayari hariku dalam duka
ku ingin kau mengerti
hati dan cintaku hanya milikmu
selamanya

dekat denganku

 curahkan cintamu
sepenuh hatimu untuk aku

Monday, May 21, 2012

Doa Bulan Rejab




SEKADAR BERKONGSI...

Tahukah anda pada MALAM INI ... Isnin 21 Mei 2012...Adalah malam 1 Rejab..

Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab...

Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar...

Jadi,perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab..
Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT...


Diriwayatkan oleh Tsauban bahwa ia pada suatu ketika berjalan bersama Rasul saw melewati suatu kuburan di mana Rasulullah saw berhenti sejenak dan menagis ter-sedu2. ” Kenapa enkau menangis ya Rasulullah?” tanya Tsauban, lalu Rasulullah bersabda : “Aku berdoa untuk mereka yang sedang disiksa kuburnya maka diringankanlah siksanya oleh Allah. Cuba mereka berpuasa satu hari dan tidak tidur satu malam dalam bulan Rajab, mereka tidak akan disiksa dalam kuburnya.


Sunday, May 20, 2012

Marshmallow sebagai hantaran perkahwinan

Salam..
Cuti sekolah nak dekat,pastinya ramai nak melansungkan hari bahagia- menjadi raja sehari kan..
Bagi yang masih tercari-cari apa nak dibuatkan hantaran,apa kata korang pilih Marshamallow sebagai hantaran. Lawa,cute,colorful lagi dan pastinya yummy!yummy.- sedap
 yang paling penting-DIJAMIN HALAL

cantik kan ^_^



mana nak beli?camana nak order? Apa jenis perasa yang ada?
senang je... contact kami di Marshmallow Halal
kami sedia menerima tempahan ..

ada pelbagai jenis rasa dan bentuk

comelnya..

Slot Akasia: Dejavu Di Kinabalu



Judul: Dejavu Di Kinabalu
Jumlah episode: 26
Channel: tv3
Slot: Akasia
Pelakon: Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman, Neelofa,
Arahan: Erma Fatima
Genre: Romantik Komedi
Mula Tayangan: 18/6/2012( selepas Seindah sakura)









Apabila jantungku mengenalimu...
cr: Tiz Zaqyah
Lagu tema Dejavu di Kinabalu


Sinopsis:
Mengisahkan tentang Nadira(Tiz Zaqyah) yang menghidapi penyakit jantung dan terpaksa menjalani pemidahan jantung tanpa pengetahuan orang lain termasuklah tunangnya sendiri. Jantung tersebut pula dimiliki oleh bekas teman wanita Ammar(Aqasha) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya.


Ammar berasa kehilangan dan bersedih cuba untuk mulakan hidup baru dengan khayalan bekas teman wanita sehinggalah dia dipertemukan dengan Nadira.Pada masa yang sama, Uzma kakak Nadira amat menyukai Ammar.Oleh kerana sering bekerjasama,Ammar dan Nadira cepat mesra dan mempunyai banyak persamaan.

Ammar juga merasakan persamaan di antara Nadira dengan teman wanitanya. Namun kebahagiannya tidak berpanjangan apabila dia dikejutkan jantung Nadira adalah milik bekas teman wanitanya.Rupa-rupanya teman wanita Ammar telah mendaftar sebagai perderma jantung dan bersetuju jantungnya didermakan apabila dia meninggal dunia.Nadira pula seakan-akan telah lama mengenali Ammar,jantungnya berdegup pantas apabila Ammar berada berdekatan dengannya. Ketika Nadira tercari-cari siapa penderma jantung kepadanya,kakaknya Uzma telah lama mengetahui jantung Nadira adalah milik Inara arwah tunang Ammar,namun memilih untuk mendiamkan diri.

Bagaimana kesudahan cinta tiga segi antara Bazli,Nadira dan Ammar?


cr: FB Dejavu di kinabalu

Pastinya ramai mencari maksud dejavu
 mengikut bahasa Perancis(pernah melihat).Dejavu bermaksud perkara yang kita lihat sekarang,dirasakan pernah lihat sebelum ini.


Bila baca sinopsis ni,teringat drama Korea popular - Summer scent...


ternyata drama ni adaptasi drama Korea - Summer scent yang dilakonkan oleh Song Seung Hun dan Son Ye Jin. 
Drama Summer scent ini mengisahkan  teman wanita Min Woo yang mati dalam accident pada hari perkahwinan mereka. Hye Won pula menghidap penyakit jantung sejak kecil dan dia mendapat jantung dari penderma teman wanita Min Woo. Min woo ke luar negara utk melupakan kesedihannya.
Bila Min woo balik ke Korea dia bertemu dengan Hye Won. Apabila Hye Won bertemu Min Woo jantungnya berdegup pantas. Min Woo merasakan seperti berjumpa dengan teman wanitanya apabila bertemu Hye Won. Mereka mempunyai banyak persamaan. Jantung Hye Won pula seperti mengenali Min woo. Ia akan berdengup pantas apabila Min woo berada berdekatan.



Kalau tengok episode dia, memang banyak babak sama seperti drama korea ni..tapi tak kisah la, janji best.. cinematography dia pun cantik,
Apa-apa pun let support Dejavu di Kinabalu...even copy...mana tahu malay version lebih hebat dari yang Korea macam endless love versi philipines.






Preview Seindah Sakura episode 9,10,11,12





Episode 9
Airil banyak membantu masih rasa bersalah. Ketika itulah, Airil menyedari Shakira lebih mementingkan Oyangnya. Dia sanggup untuk tidak makan dan tidak  hiraukan orang untuk menjaga Oyangnya. Airil sedar,Shakira tidak seperti yang disangka selama ini.Rosnah muncul semula.


Episode 10
Rosnah  hanya menahan sabar apabila dibebel oleh Nek Kiah, apatah lagi anaknya sendiri asyik mengungkit tindakannya tanpa mengetahui hal sebenar


Episode 11
Penyakit Rosnah menakutkan orang kampung. Mereka cuba menghalau Rosnah dari kampung agar penyakit misterinya tidak berjangkit pada orang lain.


Episode 12
Rosnah yang sedang berjalan kaki ke perhentian bas tersempak dengan kanak-kanak. Mereka mengejek dan menghina Rosnah.

Saturday, May 19, 2012

Cantikkan Muka dengan Madu




Good morning everyone...


Hai,tetiba je buat entri pasal tips kecantikan..Sebabnya ada orang puji,(tersenyum bangga dalam hati..)
bila ada orang puji muka yang cantik dan licin ni..cece..
Sibuk diorang tanya apa rahsia kecantikan anda?haha


Jawapannya: guna madu..
semua orang tahu khasiat madu kan cuma mungkin korang tak tahu cara nak pelbagaikan madu tu..
So,jom kita kongsikan cara madu boleh cantikkan muka
Madu ni korang boleh jadikan masker,
Ada dua cara madu boleh jadikan masker
1) Madu dengan telur putih 
Ambik madu kemudian campurkan dengan telur putih..yang kuning tak nak tau...
pastu gaul,kacau, 
kemudian sapu kat muka..tunggu hingga 15-20 minit..
bilas dengan air...




2) Madu dengan limau kasturi
Ambik madu kemudian campurkan dengan perahan air limau kasturi,
pastu sapu kat muka.. then bilas.
yang ni,korang boleh pakai tak kira berapa lama nak pakai...semalaman pun boleh
kalau nak pakai time tidur- lapik bantal dengan kain(kalau tak habis sarung bantal)
Korang akan rasa panas skit(kesan limau)
Senang kan...


Hasilnya..korang akan muka yang licin dan mulus...wah!


Selamat Mencuba!

Diet Rasulullah S.A.W


Amalkan selalu ^_^


Friday, May 18, 2012

Cerekarama Senandung Cinta Semalam




Judul: Senandung Cinta Semalam
Tarikh tayangan: 19/5/2012
Slot: Cerekarama
Pelakon: Kamal Adli,Puteri Sarah,Wan Maimunah,Jalil Hamid


Sinopsis drama:
Mengisahkan tentang  Azhar yang playboy bertukar menjadi lelaki setia selepas bertemu Suria. Nak tergelak bila  Azhar terus bangun walaupun malas,bila Suria yang mengidam tomyam udang menyebut
Batu belah,batu bertangkup,telanla aku,makanlah aku,aku kempunan tomyam udang.(tahu takut)
Nak jadikan cerita,Suria terlanggar akar pokok,terjatuh dan meninggal dunia.Azhar yang bersedih, membawa diri ke luar negara.


Dah faham dah cerita ni. nanti Azhar salin tikar(kahwin adik arwah isteri dia-budak kecik yang muncul mula2 cerita)

12 tahun berlalu, Liyana(adik Suria) membesar menjadi gadis yang cantik. Azhar pula kembali ke Malaysia setelah lama merantau. Azhar terkejut melihat seorang gadis seiras arwah isterinya(Liyana) dan meminta ibubapanya meminang Liyana untuknya. Namun,pinangannya ditolak walaupun Liyana mencintai Azhar. Ini semua disebabkan mak Liyana trauma akan kehilangan anaknya.
Akhirnya Liyana dan Azhar berkahwin.
sedih pulak time ending ni.(T_T)
Liyana dan Azhar kemalangan dan Liyana koma.Ibu Liyana menyalahkan keluarga Azhar atas apa yang berlaku! Azhar pulak sakit akibat Leukimia dah meninggal dun)ia.(dah agak dah).Tinggallah Liyana membesarkan twins dia- satu pengganti Suria,satu pengganti Azhar).

Lagu tema:
Imran Ajmain- Di kalung Kasih(lagu ni belum release lagi,lagu baru)


Best gak drama ni- bagi EMPAT bintang!^_^dijangka akan kekal antara top carian next week..


Wednesday, May 16, 2012

Drama Novel Jauh Astro



adaptasi daripada novel

UPDATE 
Telefilem 2 jam
Tayangan: 30/12/2012
Channel: Astro Citra
Waktu tayangan: 10 malam


Sinopsis:
Ika bertunang dengan Zahar atas kehendak keluarga. Ika tak suka dan cuba melengah-lengahkan tarikh perkahwinan. Then Ika ke UK(dalam drama Morroco)untuk melawat keluarga ibu saudaranya, di sana dia jatuh cinta pandang pertama dengan Fikri. Cinta bersemi di luar negara. Namun, Sofi(Alzana) cuba membuatkan Ika menjauhkan diri dari dr Fikri hanya kerana Sofia menyukai Fikri. Ika kembali ke tanah air dan memutuskan pertunangan dengan Zahar. Dia dihalau oleh keluarga sendiri, disindir, dimaki, diherdik, malah dipukul. Dia sabar. Dua tahun kemudian Fikri kembali dalam hidupnya dan cinta bersemi semula. Dengan bantuan Jaja, Fikri memahami Ika. Fikri tak mau memaksa Ika menerimanya dengan terburu-buru manakala Ika beranggapan Fikri mengahwininya kerana kasihan. Akhirnya Ika sedar cinta Fikri adalah utknya.Mereka pun berkahwin.

Lagu tema: Hazama- Relakan Jiwa yt

Pelakon utama:







Alzana pun ada?




admya-
novel jauh ni adalah novel pertama aisha sofea(1997)- cover pun dah baru- agaknya dah berapa kali cetak ye. Drama ni telefilem durasi lebih kurang 2 jam
Pasti menarik gadingan adi putra dengan Fouziah Ghous dalam drama jauh.
Baca preview novel di sini





Drama Bayangan Rindu








Judul drama: Bayangan Rindu
Tayangan: Channel Tayangan Hebat 952 Julai
Part 1 Part 2

Sinopsis dari novel:

Kisah cinta remaja antara Iddya dan Baien dari zaman persekolahan ternoktah jua akhirnya. Baein yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara, berkahwin dengan Ivy di sana. Iddya pula kecewa membawa duka lara. Namun hanya sebentar cuma, Iddya berjaya mendapat penggantinya Lutfi yang secara kebetulan menjadi penyelamatnya dari si bujang terlajak yang suka menggangunya di pejabat tempat dia praktikal.

Lutfi berjaya menambat hati Iddya walaupun Lutfi bergelar duda beranak satu. Sedih sungguh babak di mana Lutfi memperkenalkan anaknya kepada Iddya, di tanah perkuburan. Sendu sungguh part ni.

Dalam pada itu, perhubungan Iddya dengan teman-teman sepersekolahan terjalin kembali, terutama dengan Kiew yang selalu memujuk diri Iddya semasa dia merajuk dengan Baein (waktu persekolahan dulu). Mereka semakin akrab. Tidak terlintas di hati Iddya yang Kiew menaruh hati padanya dalam diam. Tetapi Kiew mengetahui hubungan Iddya dan Lutfi, jadi Kiew hanya cuma mendekati Iddya sebagai teman rapat sahaja.

Klimaks apabila, Lutfi diperkenalkan dengan keluarga Iddya, dan didapati bahawa Lutfi merupakan bayi yang disusui ibu Iddya sewaktu mereka sekeluarga menjaganya di Sarawak berpuluh tahun dahulu. Lutfi yang sememangnya masih bayi dan ibunya meninggal sewaktu melahirkannya telah dijaga keluarga Iddya sementara ayahnya kembali ke semenanjung dan membawa ibu tirinya yang baik hati itu. Hati Iddya remuk mengenangkan kekasih hatinya adalah abang susuannya dan mereka terbatas dalam talian kekeluargaan.

Sekali lagi Iddya membawa hati yang lara, menuju ke Perth bagi memujuk hatinya. Saat itu Kiew datang dan menghiburkan dirinya. Rupa-rupanya Kiew = Umar Aisy yang telah lama memeluk Islam. Barulah Iddya tahu yang selama ini Kiew menyimpan rasa terhadapnya demi kasihnya pada Baein mahupun Lutfi.

Pada ketika ini, Baein datang memujuk hatinya untuk rujuk kembali. Tetapi Iddya sudah tidak dapat menerima lagi Baein sungguhpun dialah cinta pertama Iddya.


thanks novelmalay.

admya:
Teringat kak june- rajin pergi bilik dia semata-mata nak pinjam novel...:)

Behind the scenes: