Sunday, May 15, 2011

Simbah asid: Suspek mengalami kecelaruan personaliti

Hubungi rakan cop jika ada mengenali suspek penyimbah asid
 Minggu ini,berita tentang simbah asid menakutkan ramai wanita muda di Lembah Klang.Setakat ini,seramai 23 orang wanita telah menjadi mangsa kepada penyimbah asid.Motif sebenar suspek tidak dapat dikenal pasti sama ada dendam atau suspek mempunyai masalah "mental handicapped".

       Tapi berdasarkan pendapat pakar perunding psikatri,suspek mungkin mengalami kecelaruan personaliti yang dipanggil "anti- social personality disorder".Ini kerana 80-90% penjenayah mengalami kecelaruan personaliti anti sosial.
Antara simptom-simptom kecelaruan personaliti anti sosial ialah:

 1. tidak menghormati hak orang lain
 2. suka melanggar peraturan berulang kali
3.  bijak memanipulasi emosi orang lain
4.  cenderung untuk menipu,bergaduh dan mencuri
5.  Tidak menghiraukan keselamatan orang lain
6. agresif dan sering rasa tidak bersalah
7.  18 tahun ke atas


Personaliti ini terbentuk sejak zaman kanak-kanak dan remaja,namun kebanyakan kes,hanya dikenalpasti ketika dewasa.Mungkin suspek penyimbah asid pernah mengalami penderaan ketika kanak-kanak hingga menyebabkan beliau bertindak demikian atau pernah dikecewakan wanita.

Sama-sama kita membantu polis dalam memberkas suspek supaya tiada lagi wanita yang menjadi mangsa.

Tuesday, May 10, 2011

Buli : 4 Pelajar Perempuan Digantung Sekolah 14 Hari

kesian pelajar ni,dijerut dengan tali leher


Tak habis-habis dengan gejala buli..Terbaru 4 pelajar perempuan digantung sekolah 14 hari selepas didapati membuli seorang rakan mereka di sekolah menengah di Kepong.Kes buli itu sebelum ini tersebar luas di internet termasuk melalui 'YouTube'.Memang kejam diorang nie,dahla buli kawan tue,pastu siap ambik video sekali.Alih-alih video tu jadi bahan bukti..Itulah, nak tunjuk hebat sangat!

Menurut Dr Wee Ka Siong Timbalan Menteri Pelajaran, keluarga murid yang menjadi mangsa buli itu berpuas hati dengan tindakan segera yang diambil oleh pihak jabatan dan sekolah.
Malah katanya, selepas mendengar pandangan semua pihak, pihak jabatan juga bersetuju untuk menukar pelajar yang dibuli itu ke sebuah sekolah berdekatan.
Dr Wee berkata demikian sebagai mengulas insiden klip video tiga minit itu yang menunjukkan beberapa orang pelajar menarik dan memotong rambut seorang rakan sekelas mereka. Rakaman tersebut dimuatnaikkan dalam laman YouTube Sabtu lalu dan disiarkan oleh media massa pada Ahad.
Rakaman itu juga menunjukkan bagaimana mangsa turut dihentak dengan buku di kepala dan bagaimana lehernya ditarik dengan tali leher.
Rakaman itu turut menunjukkan bagaimana mangsa menangis teresak-esak dan memohon belas ehsan mereka yang membulinya tetapi rayuannya tidak diendahkan dan mereka terus membulinya dengan teruk.(mystar)

Di sekolah-sekolah di Malaysia pula,masalah buli merupakan satu masalah disiplin yang utama pada ketika ini.Statistik dari PDRM lebih 35 pelajar cedera atau mati dibelasah oleh rakan-rakan mereka.
Maka,gejala buli ni harus dibendung,kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada mangsa buli,pembuli malah keselamatan sekolah.Pembuli boleh mempunyai kecederungan untuk menjadi penjenayah bila dewasa kelak,dan mangsa membuli akan menghadapi tekanan seperti penghargaan kendiri rendah,kemurungan,rendah diri dan mungkin bunuh diri.

So, kepada adik-adik yang belajar kat sekolah tue,tak yah la nak buli kekawan,sekali terkantoi, menyesal tak sudah...buat rugi duit mak bapak je hantar pergi sekolah..

Monday, May 9, 2011

Drama Juvana TV3


AKU TAK TERPERANGKAP SELAMANYA
Pelakon utama Juvana
Lencana sekolah wirakbakti

Selepas menonton ep1 drama Juvana minggu lepas, sememangnya drama Juvana mempunyai tarikannya yang tersendiri.Selain mengupas tentang kisah remaja Juvana,tapi banyak nilai dan moral yang boleh diambil sebagai pengajaran oleh remaja di luar sana.


Tajuk Drama: Juvana
Pengarah: Faisal Ishak
Para Pelakon: Zahiril Adzim,Bront Palarae,Izreen Azminda,Beto Kusyairy, Irfan Roslan
Jumlah Episod: 13
Waktu Siaran: Isnin/9.00pm
Channel Siaran: TV3
Terbitan: Filmscape(Khabir Bhatia)
Lagu tema: Babak Pertama (Download babak pertama)

Para Pelakon:

watak-watak-dalam-juvana


SiNOPSiS

Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.
Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Kusyairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

 Apapun Cerita Juvana memang menarik,bukan mudah nak mengajar budak2 yang lebih pandai daripada Cikgu..
 Jom tonton!


related article:

JUVANA catat rating 3 setiap minggu
Daim bebas??
Juvana episod akhir


Sunday, May 8, 2011

How to fake clean house

Tired...

So many things to clean up?bathroom,living room,kitchen

 Guest are coming,house in messy condition?

Here are the tips to fake clean house...look clean but not so clean haha


How to fake clean house

Warning: This can only be done during emergency only...

Kisah Cinta Terulung di Malaysia- Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie
Starring: Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Mia Sara

Script Writer By:Mira Mustaffa


Directed By:Kabir Bhatia



Download Lagu Tema,Synopsis Nur Kasih The Movie,Behind Scene


Trailer Nur Kasih



Lagu Tema








Dapatkah Nur Kasih The Movie mencatat sejarah jumlah penonton di pawagam setelah mencatat 19 juta penonton di kaca tv?

Terima Kasih semua! admya blogspot dah muncul dalam Google

Bestnya... bila  admya blogspot  muncul dalam carian  Google
admya blogspot  getting popular... page view meningkat dari sehari ke sehari....walaupun tak sepopular blog-blog popular lain,at least admya blogspot telah mendapat perhatian pembaca-pembaca semua.


Dah tentu carian Beto Kusyairy  penyumbang utama dalam peningkatan page view bulan May..
Kalau tengok  3 artikel pasal  Beto Kusyairy  menjadi post paling popular bulan ni.


Selain itu, Sufi Marshmallow mendapat tempat pertama dalam result google search
Beauty Rival adalah antara top 10 dalam carian google..


Walaupun carian di google pasal entertaiment lebih mendapat perhatian, tapi post ilmu pengetahuan seperti info pasal kesihatan obesiti-di-kalangan-kanak-kanakCoping with stress juga menjadi popular post all time..


Popular post all time yang lain:-
Trilogi Cinta
favourite-february
Nur Kasih the movie
Kotak beracun
Gerik  (post ni paling tak sangka,popular rupanya Gerik)


Terima Kasih  daun keladi pada kekawan blogger yang memberi tips dan nasihat yang berguna dan semua pembaca blog hingga admya blogspot mendapat" little achievement" hari ini.Luv you so much...muah..muah...

Vote for next K-Pop group to be feature on UNIQLO


Following a succesful collaboration between Big Bang and Japanese fashion brand UNIQLO last February, now UNIQLO UK asked this question to K-Pop fans:"Which K-pop group would you most like to see immortalized on a UNIQLO UT?"
It started on the UNIQLO UK twitter when they asked:
Okay tweetledum's and tweetledee's :) We're going to tweet a #KPop group. And we want you to retweet which group you'd like to see on a #UT.
They mention several K-Pop groups such as 2PM, Wonder Girls, Girls Generation, DBSK, SHINee, 2NE1 and f(x). Due to amazing and overwhelming responses through twitter, UNIQLO UK decided to put this on vote.
So fans now can vote through their facebook. Let's vote for your next UNIQLO UT. Click to vote HERE.
In another news, UNIQLO's Malaysia second branch in Suria KLCC opened today. There will be special prices for select BIGBANG and Corporate Collaboration UTs as they will be on SALE from 29 April onwards till 19 May 2011 for only RM39.90 (normal price at RM59.90) while stocks last! Items available at both UNIQLO Fahrenheit 88 and UNIQLO Suria KLCC (as of 6th May)!

Risiko Korek Telinga



Menjadi sesuatu yang lumrah bahawa apa sahaja yang dijenamakan sebagai ‘tahi’ itu perlu dicuci. Di sinilah timbulnya kesilapan yang pertama.


Oleh itu,ramai yang mencari alternatif untuk membersihkan telinga dengan menggunakan pelbagai cara seperti menggunakan putik kapas dan benda tajam.
Lepas baca artikel baru tahu, korek telinga guna kapas sangat berisiko...

Risiko Korek Telinga


Habis tue,camana nak bersihkan telinga? Gunakan ear- drop.Boleh dapat di farmasi.Ia digunakan untuk mencairkan lilin telinga(tahi telinga) yang berlebihan..Guna ear drop seperti yang disyorkan pada kotak ear-drop.


Here are some tips to clean your ear Clean-Your-Ears


Tapi,ada sesetengah pakar mengatakan tak perlu korek @buang tahi telinga kerana badan menghasilkan tahi telinga untuk memerangkap kotoran atau jangkitan sebelum ia sampai ke telinga dalam. Mengorek telinga dengan menggunakan kapas  sebenarnya menolak lilin telinga(ear wax) ke gegendang telinga(ear drum) hingga menyebabkan masalah pendengaran.Apatah lagi,kalau kita guna benda benda tajam seperti pin, kunci, paper clip.


Lepas ini,kalau kita tak dengar sesuatu perkara ini adalah sebab kita terlalu kerap korek telinga bukan tak korek telinga

Saturday, May 7, 2011

Saya dah tak nakal lagi mak- Surat untuk mak

Bismillahirrahmanirrahim.....
Mak…..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih….
Mak tau tak…..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni…..

Mak macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu…..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..
kakak pun rasa hairan…..
mak tak penah buat gitu…..
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ……
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi….
ada kat dalam gulung tikar…..
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…
mak cuma gelak jer…
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
mak tetap takmau pi hospital…. .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor…
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju… ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. …
Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sehat…
kami sayang mak…
kami tak mau mak sakit…
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….
ampon kan kami yer mak….
Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta….
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula…
kalau tak cukup, mak kan banyak duit…
mak gelak ajerr…..
Lepas tu bila kereta kiter sampai….
mak buat kenduri kesyukuran.. ….
Dan kiter masih ingat lagi…
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..
Punya la kiter takut…
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak……
Bila balik sahaja kampong….
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…
mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..
Mak….
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter….
Mak…..
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital….
nurse tengah balut mak dengan kain putih…..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital….
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn
Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. …sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ……
terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….
Mak…..
Kiter masih ingat lagi….
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ….
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis….kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….
Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…
kiter rindu kat mak..!
Takpa la…..
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali terakhir….
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter tak mampu nak cium mak…
kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak….
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas…
makk…
anak mak yang seorang tu demam….
Mak tauu…
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….
masa tu malam jumaat selepas maghrib…
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu…
tangisan tak dapat dibendung…
Mak tauu…
kiter cuba bertahan….
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…
nak cakap dengan mak….
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..”
Dan akhirnya akak juga nangis…..
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..
Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih…
pastu kawan kiter bgtau…
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak…k
iter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang… s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil


Surat ini berjaya ‘menyentuh’ banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Dipetik Dari Iluvislam.com

happy Mother's day


Motherhood is tough 24 hour job,no pay,no day off, sometimes it is unappreciated, but yet resignation is impossible. A mother is a woman who created by God to bring love, joy, happiness and caring into his world. I am so glad God has created a woman to be a mother, even though motherhood is a full time job, a mother's work is never done. Happy Mother's Day.


Happy Mother's Day to mak Pn Suhaila Bt A.Samad

and all mothers in the world.You're great mom

Friday, May 6, 2011

Jack Sparrow is back

Pirate The Carribean: On Stranger  Tides
Walt Disney Pictures have unleashed this new poster for ‘Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides,’ the fourth instalment in the Pirates of the Caribbean franchise.

Captain Jack Sparrow (Johnny Depp) finds himself on an unexpected journey to the fabled Fountain of Youth when a woman from his past (Penelope Cruz) forces him aboard the Queen Anne’s Revenge, the ship of the formidable pirate Blackbeard (Ian McShane). ‘Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides’ will be directed by Rob Marshall, and star Johnny Depp, Penelope Cruz, Ian McShane, Geoffrey Rush, ├ôscar Jaenada, Kevin McNally, Stephen Graham, Sam Claflin, Gemma Ward, Greg Ellis and Astrid Berges-Frisbey.

Monday, May 2, 2011

Warkah Terakhir lakonan Beto Kushairy

source beto FB
An 8 episodes epic drama series based on the true accounts of a 16 year old Sarawak martyr, Rosli Dhoby who killed a British Governor and was hanged to death in 1949.


.lagi pasal Beto....

erm... apapun layan Warkah Terakhir Rosli Dolby lakonan Beto Kusyairy
emua episod ada di  youtube













ni sebahagian je...nak episod lain cari je  Warkah Terakhir di Youtube


Baca juga :

Sunday, May 1, 2011

Happy Labour day


Happy labour day to all worker includinga to all my family member's,my dear friends.my colleague, and my lovely readers

Today, i want to go shopping at mall..enjoy yourself and spend a quality time with family on this holiday

Actually this is my 1st time officially celebrating labour day as employee..after marathon of studies(^_^)

Royal Wedding: Prince William and Kate Middleton Video and photos


Royal Wedding's Arrival

What's so funny? Tom Pettifer gets a contagious case of the giggles as the Hon. Margarita Armstrong-Jones and Lady Louise Windsor exit their chauffeured ride.


Alexander McQueen-clad maid of honor (and sister of the bride!) Pippa Middleton holds tight to both 3-year-old attendants, Grace van Cutsem and Eliza Lopes


Groom's Father: Pince Charles with Kamilia

Queen Elizabeth   



Prince William and Kate on their big day          







Lady Louise Windsor, daughter of Prince Edward, gets in sync with her cousin as they greet the throngs of gathered royal watchers from the comfort of their carriage  


Credit to People
More photo check out at  People.com



Royal Wedding (video)

Ayish tersingkir,Ratna dan Shiha ke Separuh Akhir MENTOR 5

Photo:  Kredit to Mentor 5 TV3

Keputusan telah diumumkan,Ayish menamatkan perjuangannya di Pentas Mentor 5 setelah tewas kepada Ratna dan Shiha.
Ini bermakna Ratna dan Shiha akan bertemu 2 finalis Mentor dari Kumpulan B iaitu Salma dan seorang lgi antara Aiman dan Iqa

 Tahniah Shiha,Dato Sharifah Aini,Ratna dan Afdlin Shauki

Baca juga: 

Mentor 5 Capai 3.1 juta penonton