join admya di FB

Simbah asid: Suspek mengalami kecelaruan personaliti

Hubungi rakan cop jika ada mengenali suspek penyimbah asid
 Minggu ini,berita tentang simbah asid menakutkan ramai wanita muda di Lembah Klang.Setakat ini,seramai 23 orang wanita telah menjadi mangsa kepada penyimbah asid.Motif sebenar suspek tidak dapat dikenal pasti sama ada dendam atau suspek mempunyai masalah "mental handicapped".

       Tapi berdasarkan pendapat pakar perunding psikatri,suspek mungkin mengalami kecelaruan personaliti yang dipanggil "anti- social personality disorder".Ini kerana 80-90% penjenayah mengalami kecelaruan personaliti anti sosial.
Antara simptom-simptom kecelaruan personaliti anti sosial ialah:

 1. tidak menghormati hak orang lain
 2. suka melanggar peraturan berulang kali
3.  bijak memanipulasi emosi orang lain
4.  cenderung untuk menipu,bergaduh dan mencuri
5.  Tidak menghiraukan keselamatan orang lain
6. agresif dan sering rasa tidak bersalah
7.  18 tahun ke atas


Personaliti ini terbentuk sejak zaman kanak-kanak dan remaja,namun kebanyakan kes,hanya dikenalpasti ketika dewasa.Mungkin suspek penyimbah asid pernah mengalami penderaan ketika kanak-kanak hingga menyebabkan beliau bertindak demikian atau pernah dikecewakan wanita.

Sama-sama kita membantu polis dalam memberkas suspek supaya tiada lagi wanita yang menjadi mangsa.

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq