Wednesday, May 29, 2013

Slot Lestary: Ku Cinta Kau Seorang


Assalammualaikum,





Lagi drama untuk slot Lestary. Akan datang di TV3 pada 19 November 2013

Judul: Ku Cinta Kau Seorang
Channel: TV3
Slot Lestary
Jumlah episode: 13
Terbitan: Global Station

Para pelakon: Remy Ishak, Amy Rosli, Mak Mah,

Sinopsis:
Batrisya dibesarkan dalam keluarga kaya dan segala permintaannya dipenuhi oleh Dato Hisham(bapa Batrisya). Namun, Batrisya amat cerewet.Ramai pembantu telah diberhentikan hanya sebab kesalahan kecil. Suatu hari Helmi(Remy Ishak) pekerja restoran Dato'Hisham telah menegur Batrisya telah menegur sikap biadap Batrisya. Batrisya sangat marah kerana ia telah memalukannya.Batrisya meminta ayahnya untuk memberhentikan Helmi.
Helmi anak yatim piatu, tidak berpelajaran tinggi sebab faktor kewangan dan tinggal bersama neneknya yang sudah tua dan nyanyuk. Kos perubatan neneknya amat tinggi menyebabkan Helmi terpaksa membuat pelbagai kerja.
Dato Hisham amat menyukai Helmi sebab rajin bekerja dan tidak pernah membuat masalah. Permintaan Batrisya terpaksa ditolak.Batrisya yang kecewa akan sikap ayahnya yang tidak menyebelahi Helmi membuatkan dia pergi ke luar negara selama sebulan. Bila pulang Batrisya mendapati rumah dan restoran milik ayahnya akan dijual.Dia mendapat tahu ayahnya jatuh muflis dan terpaksa melarikan diri sebab hutang piutang yang banyak.Dalam suratnya ayahnya mahu Batrisya tinggal bersama Helmi dan neneknya.Bila sampai di rumah Helmi,Batrisya terkejut dia akan tinggal di rumah yang uzur. Dia tidak rela,lalu meminta pertolongan Maya dan Fara namun pelbagai alasan diberikan. Hubungi Razman teman lelakinya juga hampa.
Batrisya sedih.Hidupnya berubah sekelip mata.Dengan perasaan sedih, Batrisya pulang semula ke rumah Helmi dan tinggal bersama mereka. Namun ada undang-undang yang ditetapkan Helmi yang harus diikuti Batrisya. Mampukah Batrisya mengharungi cabaran di rumah Helmi?


Jom sneakpeek BTS:










Dato' Hisham dan Puan Fauziah

Helmi



Amy Rosli ni pernah berlakon jadi Ana dalam siri Jodoh




admya:
Muka heroin dia ada iras  Nia Ramadhani kan.








Sunday, May 26, 2013

Slot Akasia tv3:Demi Dia ganti Teduhan Kasih



Ramai yang bertanya tentang judul drama yang bakal menggantikan Teduhan Kasih. Nak tahu?Nak tahu?
Ini jawapannya:

Judul: Demi Dia(tajuk asal- Diari Azura)
Channel: tv3
Slot: Akasia
Mula tayangan: Dijadualkan pada 1Julai 2013.Jika ada sebarang pindaan akan di maklumkan kemudian
Jumlah episode: 24
Terbitan: Acemotion

Para pelakon: Zoey Rahman,Elfira Loy, Amar Baharin,Dynas Mokhtar,Ucop Wilca,Erma Fatima,Niena Baharun.


Sinopsis:

Mengisahkan Zack dan Azura yang berkahwin di usia muda. Zack lelaki kaya tapi tak pandai berdikari.Perkahwinan mereka ditentang ole bapa Zack Tan sri Puteh. Tan Sri terpaksa bersetuju dengan syarat Zack harus menghabiskan pelajarannya.Zack terpaksa akur.Tanpa diketahui Zack,Wanda(kakak tiri Zack) cuba memisahkan mereka(arahan Tan Sri)Wanda mengupah Sheila untuk jadi penghalang cinta Zack dan Azura. Percintaan mereka diduga. Zack kemalangan dan hilang ingatan.Memori bersama Azura juga hilang.Azura cuba mengembalikan ingatan Zack namun dikacau oleh Wanda.Ia menjadi semakin sukar bila Sheila dan Wanda memusnahkan segalanya.Sikap Mak Su Zack yang tamakkan wang hampir memusnahkan anak saudaranya.

Lagu tema:Kasih jangan kau pergi(Pria Band)

Jom kita sneakpeek BTS Demi Dia:






Amar(Nazri)dan Zoey(Zack)

zack

tajuk asal drama.

Nazri dan Azura


Gambar sumber: Elfira, Amar, Zoey


admya: drama ni diilhamkan  daripada  Filem Azura

Saturday, May 25, 2013

Cerekarama: Takdir Cinta




Sinopsis:
Mengisahkan Zarina yang masih belum berkahwin walaupun telah berusia lebih 30 tahun. Dia berjimat cermat kerana mahu gunakan duit yang disimpan untuk majlis perkahwinan yang diidamkannya. Namun,dia diramalkan hidup tidak lama.


Friday, May 24, 2013

Saya sebenarnya isteri dia episode 8


Update : download link dan review episode 8





Firash berasa sedih bila dapat  tahu Syaf perlu bertukar tempat kerja.Pelbagai andaian dibuat Firash.Syaf pula risau dan serba salah nak minta izin.Mama pula curi-curi dengar di luar pintu.Ternyata Firash tak mengizinkan.Jadi Syaf pun buat muka sedih ...

oo jadi maksudnya itu hari terakhir saya kerja la.



Firash yang pada mulanya nak pratikal di syarikat di Kl akhirnya berubah fikiran bila mendapati syarikat itu adalah milik papanya.
Chad terkejut bila Fikri mengatakan dia menikam sahabatnya karibnya sendiri. Mama Rania cuba menghasut Rania untuk menggoda Firash.




Akhirnya, Firash mengizinkan Syaf bekerja di Trengganu dan pada masa yang sama, Chad sendiri telah memohon praktikal di Terengganu jugak. Sengaja  terlupa cari rumah sewa-dengan alasan utk tinggal bersama Syaf.Siap minta mama telefon Syaf lagi.
Terkejut Syaf bila mama call nak Firash tinggal bersamanya.



 Kesian syaf.Sampai tersedak Syaf bila kawannya bertanya tentang kehandsome man Firash.



Firash tak sangka dia akan tidur dengan beralaskan tikar. Bila dia jenguk kat bilik Syaf, dia nampak Syaf tido atas tilam.Apa lagi..anak orang kaya yang manja ni pun jealous dan dia pun dengan sengaja tido sebantal dengan Syaf. Mana tahan selama ni tido atas tilam empuk,tetiba kena tido atas tikar.Apa class..




Syaf terkejut bila Firash berterus terang tentang kejadian tido sebantal..Cuak betul Syaf. Firash memang sengaja nak kenakan Syaf.

Tak nak tahu ke terima kasih untuk apa

Terima kasih untuk apa?



Di pejabat,terus bersambung kejutannya. Firash tak sangka Haqimi adalah bosnya.Bukan main gembira lagi Chad bila Haqimi kata dia tak diletakkan bawah seliaannya. Tersenyum Firash bila dapat tahu Syaf adalah pegawai seliaannya.




 Lagu:
 Pocklet band -Tak pernah kau sadari
pocket band- cinta untuk mu

download link









credit: as tagged

Wednesday, May 22, 2013

Filem Cindrella Fizo Omar dan Nelydia Senrose berganding lagi





Assalammualaikum,

update- tayangan raya 10/8/14 9 malam tv3

Filem terbaru arahan Ahmad Idham berjudul Cinderella.Cinderella akan menyaksikan gandingan Nelydia dan Fizo Omar sebagai pasangan kekasih.

Sinopsis:

Nurul seorang anak tiri yang tinggal di kampung ditangkap basah dengan lelaki yang tidak dikenali lalu di bawa ke bandar. Bermula titik perubahan hidup Nurul apabila berkahwin dengan Salman. Mampukah Nurul bertahan di kala Salman membencinya?

Hai..mandi kolam pakai tuxedo ke?







Drama Sangkar tv9






Peminat-peminat Nazim Othman...
Drama terbaru Nazim berjudul Sangkar akan muncul di tv9.Nazim akan bergandingan dengan Nabila Huda

Judul: Sangkar
Channel: tv9
Jumlah Episode:13
Hari Tayangan: selasa-rabu
Waktu Tayangan: 8.30 malam-9.30malam
Para Pelakon: Nazim Othman,Nabila Huda, Zul Ariffin

Sinopsis:

Sangkar membawa kisah dua pelajar bernama Yasmin (Nabila Huda) dan Umar (Nazim Othman) yang membesar dalam suasana kehidupan berlainan. Yasmin dibesarkan ibunya Kamsiah (Azizah Mahzan) manakala Umar pula dibesarkan dengan penuh kemewahan oleh bapanya iaitu Tuan Syed (Zul Ariffin).
Kedua-duanya mempunyai pemikiran berbeza, namun hubungan yang terjalin sejak di bangku sekolah membuatkan mereka akrab. Kedua-duanya adalah pelajar bijak dan setelah tamat persekolahan, Yasmin bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.

Apabila Umar mendapat tahu perkara itu, Umar terus meminta Yasmin untuk memohon bagi pihaknya. Ditakdirkan permohonan kedua-dua mereka berjaya dan hubungan mereka menjadi semakin akrab. Umar rapat dengan ibu Yasmin kerana tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu berikutan ibunya meninggal dunia selepas melahirkannya.

Sejak itu dia dibesarkan bapanya yang sering sibuk dengan perniagaannya. Bukan saja tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada bapanya, malah Umar turut benci dengan sikap bapanya yang suka berfoya-foya.

Umar semakin rapat dengan ibu Yasmin apabila dia mendapat tahu wanita itu menghidap penyakit yang memerlukan kos rawatan tinggi. Dalam pada itu, setiap masalah yang dihadapi Yasmin akan dikongsi bersama Umar hingga menimbulkan bibit percintaan antara mereka.

Dalam masa yang sama, Umar sanggup melakukan apa saja asalkan Yasmin bahagia dan sentiasa berada di sampingnya. Di samping belajar, Yasmin juga terpaksa bertungkus-lumus bekerja sambilan untuk mengumpul wang perbelanjaan ibunya dan menolak bantuan daripada Umar.

Yasmin sanggup untuk melakukan apa saja demi ibunya hinggalah pada suatu hari dia terserempak dengan Tuan Syed yang kemudiannya menawarkan pekerjaan di syarikat miliknya. Umar menjadi marah apabila mendapat tahu mengenai perkara itu hingga membawa dia diri ke Sepa­nyol.

Kebencian dan tidak puas hati terhadap bapanya semakin membuak. Bagi Umar, bapanya tidak suka melihat dia bahagia dan sentiasa ingin merampas apa saja yang dimilikinya termasuklah Yasmin.

Apakah keputusan Yasmin apabila mendapat tahu Umar membawa diri ke Sepanyol? Adakah Umar akan beralah dengan bapanya merampas kebahagiaan yang dikecapinya?



yasmin dan umar





admya:
nak tahu menarik ke tidak.kenala saksikan sendiri








Monday, May 20, 2013

Saya Sebenarnya Isteri Dia episode 7



Assalammualaikum,
update download
Layan dulu sinopsis ep 7 SSID,

Haqimy mengajak Syaf ke kebun durian.Mereka pergi bersama-sama adik Haqimy Imah. Di kebun, Syaf digigit pacat. Haqimy cuba membantu,namun kebetulan Firash tiba. Firash naik marah kerana menyangka Haqimy ingin ambil kesempatan terhadap Syaf.Dia yang bengang lalu menumbuk Qimy. Firash dengan segera bawa Syaf berlalu dari situ lalu.Di pertengahan jalan,Firash berhenti dan mengubati Syaf. Tok wan mula syak sesuatu tentang Syaf.Akhirnya Mama Firash beterus terang tentang hubungan Syaf dan Firash.Sementara ibu Qimy mula berkenan pada Syaf sebagai menantu. Pulang dari kampung,Syaf mendapat pertukaran kerja di Terengganu.






credit: as tagged

download ep 7 hotfile