Sunday, March 31, 2013

Slot Samarinda: Asmara Luna







Assalammualaikum,
Teruskan membaca.Sinopsis penuh Asmara Luna telah di"update"

Drama ini akan disiarkan dalam slot samarinda dan bukannya dalam slot lestary seperti yang dimaklumkan sebelum ni.

Tajuk drama: Asmara Luna
Jumlah Episode: 13
Mula tayangan: 22/8/2013
Para pelakon: Siti Saleha, Shukri Yahya Aidil Aziz,Liza Abdullah,Roy Azman,Miera Liyana
Terbitan: JS Pictures

Sinopsis:
Kisah bermula ketika sambutan hari lahir ke 21,Luna anak tunggal Ahmad dan Zaharah. Luna dihadiahkan sebuah kereta.Luna sangat gembira kerana ianya juga simbol dewasa dan kebebasan.Lebih bermakna,kawan baik Luna Emma(Miera Liyana) membelikan kek istimewa. Malah abang Emma Habib(Shukri Yahaya) turut mengirimkan teddy bear(sama seperti saban tahun).Luna sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Habib tetapi Habib lebih senang memanggil Luna sebagai adik. Perasaannya hanya diluahkan dalam diari yang diberi nama Dear Luna. Luna juga  menyatakan harapan untuk mencari ibu kandungnya.

Sejak mempunyai kereta, Luna mudah untuk bergerak ke mana-mana termasuklah mencari kerja. Akhirnya,Luna berjaya mendapatkan kerja di sebuah syarikat kejuruteraan sebagai eksekutif.Kehadiran Luna menarik perhatian beberapa orang pekerja termasuklah Adam(Aidil Aziz) dan rakan-rakanya.Mereka siap bertaruh siapa yang akan berjaya mengajak Luna keluar. Adam terasa tercabar bila Luna menolak pelawaannya. Adam berjanji untuk berusaha dengan pelbagai cara.

Akhirnya, Luna bersetuju untuk keluar bersama Adam. Tambah pula, Luna merasakan Habib masih bersikap sama. Walaupun Habib tidak menyatakan cinta pada Luna,dia sebenarnya turut menyimpan perasaan pada Luna.Habib kecewa bila mendapat tahu Luna sudah meminati orang lain. Pada waktu yang sama, Luna semakin menyenangi sikap Adam yang suka berjenaka.
Namun,hubungan mesra Luna dan Adalm tidak berpanjangan,bila Luna mengetahui niat sebenar Adam memikat Luna kerana pertaruhan. Kini Luna cuba menjauhi Adam.Bagi membuktikan dia benar-benar ikhlas, Adam membawa Luna berjumpa keluarganya. Atas dasar persahabatan,Luna setuju. Ibu bapa amat menyenangi Luna yang berbudi bahasa dan pandai mengambil hati mereka. Bahkan,mereka tidak sabar berjumpa dengan keluarga Luna.

Apakah yang bakal dilakukan oleh Luna seterusnya?Bagaimana pula dengan Habib?Dapatkah Luna berjumpa dengan ibu kandungnya?

Lagu tema: Cinta dan Air mata- Baharian


Sneak Peek Asmara Luna:



penulis skrip- sofia dan aidil aziz

Sumber: FB Siti Saleha


admya: nak ending luna dengan habib





Slot Lestary Diandra







Salam.
update:
sinopsis penuh diandra

Drama Diandra akan menghiasi Slot Lestary dalam tahun ini.
Drama ini dilakonkan oleh Nur Fathia dan Aiman Hakim Ridza.

Drama ini adalah drama terbitan Asia Media Content-produksi sama dengan Vanila Coklat.

Sinopsis:

Mengisahkan Diandra seorang gadis yang berwatakan tidak selembut nama sebenarnya Puteri Diandra Fikri. Anak kepada hartawan terkenal Datuk Fikri ini seorang yang lasak,dan amat berminat dalam kick boxing. Datuk Fikri sangat menharap Diandra akan bekerja di syarikatnya namun Diandra tidak berminat.

Adam Fahmi seorang pelakon yang terkenal dan kacak. Disebabkan popularitinya, Adam mempunyai ramai musuh hingga menerima ugutan bunuh.
Selepas berbincang dengan kawan baiknya Kamal,Adam bersetuju untuk mengambil pengawal peribadi@bodyguard.Adam sungguh terkejut bila Kamal menawarkan Diandra sebagai bodyguardnya.Walaupun tidak bersetuju, Diandra akhirnya terima tawaran itu selepas Kamal memujuknya. Adam cuba bekerjasama dengan Diandra demi keselamatannya.

Diandra meluat dengan perangai Adam yang angkuh dan playboy,apatah lagi Adam melayannya seperti lelaki. Diandra sentiasa mencari peluang untuk mengenakan Adam hinggalah peluang itu hadir. Diandra telah menolak Adam ke dalam kolam renang. Apa lagi,Adam yang tak tahu berenang tu,kelemasan hingga terpaksa ditahan di hospital.
Bagi menebus kesalahannya, Diandra melayan dengan baik sepanjang Adam di hospital. Diandra mula jatuh hati pada Adam.Adam pula semakin bersikap dingin selepas mengetahu identiti sebenar Diandra,apatah lagi Fida bekas kekasihnya hadir semula dalam hidupnya.
Diandra mula terasa hati dan mahu bekerja dengan ayahnya.
Adakah Diandra dan Adam Fahmi akan berterus terang tentang perasaan mereka. Saksikan Diandra setiap Selasa 9 malam.

Lagu tema Diandra
 
Diandra dan Adam Fahmy
Keluarga Diandra


Hai cemburu ke Diandra dengan Fida



Fathia belajar tomoi 3 hari.







Gambar sumber: FB Diandra, IG tuan pengarah
 
admya:sebenarnya, memang tak bercadang nak letak link download,tapi sebab
ada permintaan, jadi admin sediakan juga link download untuk orang. Hopefully you guys happy.
ep1        
ep 2
ep 3
ep 4
ep 5
ep 6
ep 7
ep 8
ep 9
ep 10
ep 11
ep 12
ep 13

Lagu tema Saya sebenarnya isteri dia



Tajuk lagu: Kita
Penyanyi: Forteen

Kau renunglah wajahmu
Dimanakah hilangnya raut seperti dulu bila dicemar air mata

Ku tak mahu berpisah kerana hati masih sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur

*chorus
Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekatkan pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan sahaja walaupun bibir cuba menyepi
Hakikat percaya tanya dengan jujur
Manakah kita

Dijiwaku sengsara menanggung derita kerana cinta berubah tapi tak akan kehilanganmu
*ulang korus 2 kali









Lagu lain:
Viera- Terbang masa rania ajak zara pergi shopping
Pocket band - Tak pernah kau sadari ep 8 masa syaf dan rash bergaduh
Pocket band -Cinta untukmu ep 8
Judika - Aku yang tersakiti  ep 9
Arilaso dan Bunga Cinta Lestari - Aku dan dirimu ep 10 (Masa nak kluar di pntai depan resort)
Gita Gutawa- Selamat datang cinta ep 10 scene di pantai
Viera- Semua tentangmu ep 10 masa kimi teringat syaf time universiti
Nine Ball-Hingga akhir waktu ep 11
Jikustik- Puisi ep 11
Afgan- terima kasih cinta ep 11
ardina rasti - mungkin ep 11
Raisa- Apalah arti menunggu  ep 11 time firash jeles
Geisha-Lumpuhkan ingatanku (time syaf nyorok balik pokok) ep 11
Jikustik -Puisi ep 11
Seputih hati -Agnes Monica ep 6
Jangan menangis untukku- Luvie ep 12
Teman Biasa- Five minutes ep 9
Kini-Marcell ep 13
Jangan Berhenti Mencintaiku- Titi Dj- ep 13
Lebih Indah- Andera ep 13
Tentang Kita Acha Septriasa -ep 13

Instrumental BGM:

  1. I believe - My sassy Girl ost
  2. Kehilangan- Heart ost(honeymoon-pagi)
  3. And then I Kissed Him- Pearl Harbour ost
  4. My best friend's wedding theme - ep 4(balik dari tesco)
  5. The wedding plans -ep 2





Friday, March 29, 2013

Saya Sebenarnya Isteri Dia Episode 1



Assalammualaikum,

Ok,admya akan cuba buat review untuk 13 episode di atas permintaan anda semua.tapi admya perlukan at least 10 komen untuk teruskan review.give your support ok.

Episode bermula dengan prolog novel-budak-budak mengaji. Achad(Firash) bukan main lagi luahkan perasaan dia pada Kira(Syaf).
Masa berlalu. Achad dan Kira dah besar.
Firash dan Syaf  dalam perjalanan ke rumah Rania dan Raimy sempena hari jadi diorang. Farish pulak  masih di pejabat. Syaf sorang-sorang hadir ke majlis Rania.Raimy mula cuba nak mengorat Syaf,tapi tak berjaya.aduhai party dia.
Muncul pula Firash sambil bawa hadiah.Dengan gaya poyo Firash bagi hadiah pada Rania.Rania dengan gembira ingatkan Firash bagi hadiah rantai pada dia,tapi rupanya BUKU NOVEL.hehe.terkena Rania.Firash sengaja buat Syaf tak senang, dengan pertanyaan yang menyakitkan hati. Rania dan Raimy mula rancangan jahat mereka-beri Firash dan Syaf minuman yang mengkhayalkan.
Syaf mula pening dan cuba berehat di bilik.Firash pun mula naik ke bilik bila disuruh Rania. Farish cuba hubungi Syaf tapi gagal.jeng..jeng...
Farish sampai dirumah Raimy dan mula bertanyakan tentang Syaf pada Raimy.Raimy cuba mengelak.
Rania naik ke atas cuba mencari Firash malangnya apa yang dilihat apa mengejutkan.Farish mula hilang pertimbangan bila melihat keadaan Syaf dan Firash.Konflik pun bermula.
Syaf cuba memujuk Farish. Farish yang kecewa akhirnya memutuskan pertunangan mereka.Firash yang bengang mahu membuat perhitungan.

so macam mana episode 1?any comment?
download link

Thursday, March 28, 2013

Tips: 7 Perkara Bahaya dibuat selepas makan

 
7 perbuatan yang patut dielakkan selepas makan.
  1. Don't smoke- Jangan Merokok - sebabnya merokok sebatang rokok selepas makan ibarat menghisap rokok 10 batang(risiko tinggi untuk mendapat kanser)
  2. Don't drink tea -  Jangan Minum tea.Sebabnya daun teh mempunyai kandungan asid yang tinggi. Ia menyebabkan protein dalam makanan susah untuk diproses.(ok,lepas ni no tea ais,tea o ais, tea o ais limau lagi)
  3. Don't loosen your belt- Jangan longgarkan tali pinggang anda. Melonggarkan tali pinggang selepas makan akan menyebabkan intenstine terhalang. (sebab dah pakai semasa makan)
  4.  Don't bath - Jangan mandi (Yang ni selalu dengar kan) Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan pengaliran darah ke tangan ,badan dan kaki dan pengaliran darah ke perut menjadi berkurangan. Ini menyebabkan sistem penghadaman menjadi lemah.
  5.  Don’t eat fruits immediately - Jangan ambil buah-buahan selepas makan. Kalau ikut sunnah pun,kena makan buah dahulu sebelum makan makanan berat.Kalau makan buah selepas makan akan menyebabkan perut penuh dengan udara.Elok ambik 1 jam sebelum makan atau 1-2 jam selepas makan.
  6.  Don’t walk about -Jangan berjalan banyak selepas makan. Orang kata selepas makan kalau berjalan kita badan kita  akan sihat. Sebenarnya fakta ini salah. Berjalan selepas makan boleh menyebabkan kita kehilangan nutrisi daripada makanan yang kita makan.Bayangkan kita makan sarapan,selepas tu, kita berjogging.Kalori hilang,badan kita penat. Balik, makan lagi sebab lapar.
  7. Don’t sleep immediately- Jangan tidur selepas makan.Badan kita perlu menghadam makanan secara teratur.  Sekiranya ianya terhalang, maka gastrik dan serangan pada saluran penghadaman akan kerap berlaku.
 
Amalkan kehidupan sihat kerana diri anda begitu berharga.^_^V

Tuesday, March 26, 2013

OST Sehangat Asmara episode 29- Ada Band


Tajuk lagu:
Masih Sahabat Kekasihku

Rasa Cinta, yang dulu t'lah hilang kini berseri kembali
T'lah kau coba lupakan dirinya hapus cerita lalu
Dan Lihatlah, Dirimu bagai bunga di musim semi, yang tersenyum 
menatap indahnya dunia yang seiring menyambut, jawaban sgala gundahmu...

Walau Badai Menghadang
Ingatlah ku kan slalu setia menjagamu
Berdua kita lewati jalan yang berliku... Tajaaam

Setiap waktu, wajahmu yang lugu slalu bahagiakan daku
Telah lama menanti dirimu tempat ku kan berlabuh
Cah'ya hatiku 
Yakinlah kekal abadi selamanya
Seperti bintang yang sinarnya terangi sluruh ruang di jiwa
Membawa kedamaian.....

Walau Badai Menghadang
Ingatlah ku kan slalu setia menjagamu
Berdua kita lewati jalan yang berliku... Tajaaam
Resah yang kau rasakan, kan jadi bagian hidupku bersama mu
letakkanlah segala lara di pundakku.... iniiii....


download

Sinopsis drama Saya sebenarnya Isteri Dia




Sinopsis:
Syaf tidak pernah terfikir jodohnya dengan Firash,adik kepada kekasihnya Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang ke jinjang pelamin,
 Namun,satu peristiwa hitam mengubah segalanya.

Syaf,Farisah dan Firash masing masing dijemput hadir ke sebuah majlis hari jadi Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merencanakan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash,namun sebaliknya berlaku. Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan mencurigakan.

Datin Farizah(Wilma) telah menasihati Firash supaya berkahwin dengan Syaf. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar. Firash menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf 4 tahun lebih tua daripadanya.Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya (mak Firash) demi menjaga maruah keluarga Datin Farizah dan tidak mahu hubungan adik beradik terjejas kerananya.Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf walaupun Syaf tidak cinta akan Firash. Syaf menganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish.

Perkahwinan Farish dan Syaf dilakukan secara rahsia.Tiada seorang pun ahli keluarga dijemput dan dikhabarkan termasuk bapa kandung Firash dan Farisah Datuk Fakhrul.Farish membawa diri kerana sedih Syaf akan berkahwin dengan adiknya sendiri. Pada hari perkahwinan, Farish terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf, Firash melarangnya untuk hadir ke majlis pengebumian Farish kerana takut status mereka.

Kehidupan Syaf sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan,apatah lagi status mereka masih dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan kawan-kawanya masih meneruskan kehidupan sebagai pelajar jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikutkah kehendak anaknya Firash yang masih kurang matang namun tetap berusaha untuk menyatukan mereka.
Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali mereka bertemu. Kalau bertemu pun, hanya kata-kata sinis dari Firash yang Syaf terima.Syaf tetap terima dan memendam dalam hatinya.Suatu hari Datin Farizah merancang untuk buat kenduri arwah Farish di Terengganu. Syaf turut dijemput,Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat Datin untuk mengelak kemusykilan.

Di sana, Syaf berjumpa dengan rakan universitinya Haqimy yang juga abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka ketika belajar. Melihat kemesraan Syaf dan Haqimy,Firash jadi cemburu.






Dalam marah dan cemburu pada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula menyukai Firash,dia menerima sepucuk surat dan sekeping vcd menunjukkan kemesraan Rania dan Firah. Raina masih tidak berputus asa menggoda Firash walaupun mereka adik beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.

Firash cuba bagi penjelasan tapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu baru Firash sedar ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf padanya.
Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi Syaf sebagai isterinya?


admya-
Fuh,jenuh menaip. Khas untuk korang semua.Hopefully uolls like it.

Telemovie: Bidadari Syurga




Assalammualaikum,
Selepas Rindu bertamu di Abu Dhabi, Tasha Shilla dan Fahrin Ahmad akan berganding sekali lagi  dalam telemovie terbaru arahan Rashid Sibir- Bidadari Syurga. Bidadari Syurga akan menemui di kaca tv bulan April ni di astro prima.

Sinopsis:
Akob mengahwini perempuan yang cantik namun cacat pendengaran. Pelbagai ujian harus ditempuhi-apabila Pak Murad juga menyukai isterinya. Akob kecewa dan sedih bila mengetahui isterinya Ainul Mardiah  menipunya bila dia sebenarnya tidak cacat pendengaran,malah wanita normal.Pak sheikh berbuat demikian untuk mengelak anaknya menjadi isteri keempat kepada Pak Murad.


Gambar sumber: Tasha Shilla dan Fahrin Ahmad

Monday, March 25, 2013

Slot Azalea: Hujan


Slot: Azalea
Jumlah episode:20 episode
Terbitan: JS Pictures
Mula Tayangan: 8 julai
Isnin -Khamis 4 petang
Para pelakon:Miera Liyana,Sharul Ridzwan,Catriona Ross,Kismah Johar,Yuss Waisar,Zila Bakarin


Sinopsis:
Kehidupan Azura dan Azaril tidak seperti kanak-kanak biasa.Mereka tidak pergi ke sekolah dan memperolehi wang dengan mengumpul tin timah.Hujan telah menjadi sebahagian hidup mereka.Ibunya Maryam tidak mampu berikan kehidupan yang baik untuk mereka.Bapa mereka Jalil pula seorang kaki judi.Oleh kerana hutang judi,Azura dan Azaril dipisahkan.Perpisahan ini telah mengubah kehidupan mereka. Azura lari dari Jalil dan tinggal bersama Jahara.Azaril berharap dia dapat jumpa kakaknya kembali.

Disebalik Hujan:

Azura dan Azaril










 Gambar sumber: Arield Mohd Rifin (thanks)

Samarinda: Epilog Cinta Kirana



update episode akhir
Para pelakon yang bakal menjayakan drama ni adalah Tasha Shilla,Rozita Che Wan,Shukri Yahaya dan Aliff Aziz.
Epilog Cinta Kirana merupakan adaptasi Novel Mencari Jalan ke syurga karya Hasliza  Ismail

Jumlah episode: 16
Terbitan:Zeel Production



Sinopsis:
ep 1

Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza.
Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.



Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.


Shahrul yang pada mulanya mempunyai agenda untuk membalas dendam, tidak mampu menolak perasaan yang mula berputik kerana kebaikan dan keinsafan Khirana. Khirana berdepan dengan pelbagai dugaan bermula dengan kehilangan seorang kawan yang amat dikasihi sehinggalah dia hampir mati buat kali keduanya kerana dendam seorang isteri yang mengalami tekanan jiwa. Di saat Shahrul cuba mengecapi kebahagiaan bersama Khirana dan di saat Khirana mula mengingati semula sejarah silamnya, Khirana ditikam kerana dendam seorang isteri. Namun jodoh Khirana dan Shahrul masih utuh. Mereka akhirnya mengecapi bahagia di perantauan kerana Shahrul terpaksa melepaskan segala miliknya di Malaysia untuk menyelamatkan satu-satunya adik lelakinya.

Apakah yang telah dilakukan oleh adiknya dan apakah sejarah hitam yang telah Khirana lakukan sehingga nyawa mesti dibalas dengan nyawa? Siapakan yang membunuh kawan baik Khirana? dan siapa pula yang cuba membunuh Khirana untuk kali kedua?

Lagu tema: Sesungguhnya- Sabhi Saddhi


Dayang Kirana


Nazim sebagai Shahrul




Mampukah Kirana menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba?

Kirana cuba dekati Datuk

Jangan lupa saksikan episode akhir pada 25 jun2013
Shahrul gembira Kirana terima lamarannya.Dia kemudiannya meminta restu dari keluarga tapi ditentang keras oleh Mak lang Rabiah.Sharul kemudiannya melepaskan jawatannya sebagai pengarah syarikat.

Gambar sumber: Fadzil Teh Zeel Production,Tasha Shilla