Thursday, January 31, 2013

Drama Jodoh Astro Ria




Judul: Jodoh
Channel: Astro Ria
Mulai 4 Februari 2013
Tayangan: 9malam

Sinopsis: 

Azlan,lelaki rebutan dalam rancangan realiti Jodoh,dipaksa untuk untuk tidak menyingkirkan Olly(Scha) walaupun mereka saling tidak menyukai antara satu sama lain disebabkan undian peminat yang mahu dia bersama Olly. Azlan sebenarnya menyukai Katya.Banyak peristiwa lucu yang berlaku sepanjang program terbabit disebabkan keduanya asyik bertelagah. Olly cuba banyak cara untuk menyebabkan dirinya tersingkir,namun dia sentiasa terselamat.

Lagu tema:
Fatarmorgana - Tsyha Tiar
Waktu Ini - Mill
Lagu Jamban Olly
Kota Antara - Dazrin Kamarudin(tak sangka Dazrin yang nyanyi)

admya:kalau korang jumpa 2 lagu ni,share kat sini ye.


Sinopsis episode:
Episode 4:pertandingan cipta lagu
Episode 5: pertandingan memasak. 
Episode 6:pertandingan kuiz.
Episode 7: pertandingan buat lawak jenaka
Episode 8: Pertandingan Bola Jaring
Episode 9: Inspection Kebersihan (Olly tersingkir)
Episode 10: ujian baik hati(Olly kembali)
Episode 11: Ujian di rumah bakal mertua
Episode 12: Recap 
Episode 13: Episode akhir







episode 11: jumpa bakal mertua


peserta Jodoh


olly is back -episode 10

ujian baik hati-episode 10



sweetnya scha sebagai Olly

Gambar thanks to Scha Al Yahya FB

Setia Hujung Nyawa episode 24



Zain mohon El fikirkan semula keputusannya. Hady mohon maaf pada Zain.
Zain mula berubah. Dia  mula bersolat dan mengimamkan solat pada El.
Semenjak itu El dan Zain mula berbaik-baik.

Zehra dan Ikram risau takut-takut Zain cederakan El.Diorang mula cari El.
Hady beritahu Eriza yang Zain ada di rumah Datin. Zain dan El  mula merasakan bahagia. Sementara itu Zehra dan Ikram mencari El di rumah Mama.

Eriza datang ke rumah Zain.Datin Adibah nampak Eriza tengah mengintai di depan pintu. Eriza mencari helah dengan memberi hadiah kononnya dari Mama dia.
Zehra jumpa Mama Zain.Terbongkar pula yang rumahtangga Zaindan El bermasalah sebelum ni.Aduh,Zehra ni.

Tetiba El menerima panggilan yang Zain kemalangan. Seminggu kemudian, Zain tetap tak sedarkan diri.
El tetap setia di sisi Zain untuk beri kata-kata semangat pada Zain.




Wednesday, January 30, 2013

Setia Hujung Nyawa episode 23


El masuk rumah selepas bertemu Ikram yang putus2 cuba memenangi hati El. Kebetulan Zain balik. El cuba melarikan diri dari bercakap dengan Zain. Zain keluar rumah cuba menenangkan fikiran. Secara disengajakan  Zain bertembung pula dengan Eriza. Zain yang keliru cuba diperangkap Eriza dan Hady.


El nampak Eriza dan Zain masuk kerumah bersama-sama.  Hady bawa El ke rumah Zain. Bertambah sakit hati El.Hady pula pura-pura cuba tenangkan El. Hady gembira bila rancangan mereka gembira.Zain bengang bila Hady mula masuk campur urusan dia El.Itulah semua nak cerita kat Hady dulu.Kan dah susah.
Plot drama ni dah lain sikit dari novel.

Zehra cuba menasihati El supaya mendapatkan nasihat Mama El.Tapi El menolak.
Zaqwan cuba memujuk Dr Suria.(Babak Zaqwan dan Dr.Suria ni sikit sangat,tapi nasib baik berkembang watak diorang).

Ikram cuba membantu El.
Kelakar masa Ikram cuba pujuk El.Kenal tak kak bedah?Hady cuba berlakon dan memohon maaf pada Zain.Macam biasa Zain tak syak Hady.Aduhai
Zain balik rumah dan mendapati El tiada di rumah. El bermalam di rumah Ikram dan Zehra. Eriza datang jumpa Zain. Tak serik perempuan ni.

Hady gembira bila El tak balik.Jahat giler Hady.Tikam kawan baik sendiri.
Zaqwan akhirnya melamar Dr Suria.Zain mula menrindui El. 


Zain akhirnya pergi ke rumah Ikram.
Wah,Zain nangis

cantik baju El time ni

Zain memohon pertolongan Zehra untuk pujuk El bagi peluang bagi Zain.Baiknya dapat kawan susah senang macam Zehra). El tak percaya yang Zain sudah berubah. El tak nak balik ikut Zain.Zain tetap pujuk El.El mengalah. Zaqwan pula nak bertunang dengan Dr Suria.Papa telefon El untuk sampaikan berita gembira tu. El akan sambung belajar di UM. Papa tanya El dah minta izin pada Zain? El jawab tak payah kut. 
El cuba nyatakan pada Papa yang dia dah buat keputusan. Tak sempat nak bagitahu Zain masuk mencelah
KEPUTUSAN APA? El jawab takde pape..



Tuesday, January 29, 2013

OST Sehangat Asmara (Afgan- Dia,dia,dia)

Episode 4
Akhirnya akhirnya aku temukan
Wajah yang mengalihkan duniaku
[*]
Membuat diriku sungguh-sungguh
Tak berhenti mengejar pesonanya
‘kan ku berikan yang terbaik
‘tuk membuktikan cinta kepadanya
[**]
Dia dia dia cinta yang ku tunggu tunggu tunggu
Dia dia dia lengkapi hidupku
http://hotliriklagu.com
Dia dia dia cinta yang ‘kan mampu mampu mampu
Menemaniku mewarnai hidupku
Dia dia dia…
Dia..
Baiknya putihnya bidadariku
Cantiknya hiasi hari-hariku
Back to [*]
Back to [**] 2x
Dia dia dia…
Dia..

Monday, January 28, 2013

Telemovie XOXO- Nadiya Nisa,Remy Ishak


Drama XOXO tersebut mengisahkan mengenai hubungan cinta jarak jauh antara Haziq yang berada di London dan masih menuntut manakala Aleesha yang telah dikenali selama dua tahun melalui laman sosial Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.
Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasih pujaan hatinya pulang ke Malaysia, Aleesha telah pergike London untuk membuat kejutan sekaligus bertemu Haziq buat pertama kali.

Sebaik tiba di London, Aleesha hampir pitam apabila diberitahu oleh rakan serumah Haziq bernama Johan (Josiah Hogan) bahawa Haziq telah pulang ke Malaysia!
Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang di rumah Johan.
Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakan Aleesha.


Haziq pula menghadapi dilema apabila kepulangannya ke Malaysia hanyalah untuk dijodohkan oleh pilihan neneknya.
Dia bagaimanapun menolak dan menyatakan dia akan membawa Aleesha untuk bertemu dengan neneknya.



Haziq pergi ke rumah Aleesha tanpa mengetahui yang Aleesha sudahpun berada di London sebaliknya hanya menemui Dahnia (Nadiya Nisaa), rakan serumah Aleesha yang berpewatakan pelik.Dan Haziq meminta Dahnia menyamar menjadi kekasihnya dengan upah RM2000.
Sejak itu pertemuan itu telah menimbulkan pelbagai konflik di antara mereka.

Untuk mengetahui apa yang terjadi di antara mereka jangan lupa untuk menyaksikan XoXo pada 30 Januari ini pada pukul 8.30 malam di TV9.

credit to:mstar,budiey

Memang kelakar telemovies ni.  Nah,Bagi sesiapa yang tak sempat tengok


Slot Arca: Maskara Tv1


Terbitan: KRU
Jumlah Episode: 13
Setiap Khamis 10 malam TV1

Sinopsis:
Drama ini mengisahkan empat wanita, Lisa (Nasha), Lynn (Lisa), Sue (Adrea) dan Hani (Anzalna) mempunyai masalah sendiri dalam mengharungi liku-liku kehidupan di bandar.

Menjalani penggambaran sekitar Putrajaya dan Cyberjaya, drama 13 episod ini dikatakan ala siri popular Hollywood, Desperate Housewives.


“Maskara mengangkat permasalahan wanita urban seperti penderaan fizikal dan emosi oleh suami, diskriminasi, kisah ibu tunggal yang terpaksa bekerja selepas diceraikan suami dan kisah kahwin paksa.

“Untuk musim pertama, kita memperkenalkan watak dan warna karakter yang diwakili setiap pelakon. Maskara lebih bercerita mengenai kehidupan empat wanita pelbagai latar belakang yang mempunyai masalah dan kejayaan sendiri.

admya: bersabar je la bila tengok kat tv1.kejap ader,kejap takde.nak tengok kat tonton kena bayar





Afgan Cinta 2 Hati - OST sehangat asmara

lagu episode 4

Tak ku sangka dirimu hadir di hidupku
Menyapaku dengan sentuhan kasihmu

[*]
Ku sesali cerita yang kini terjadi
Mengapa disaat ku telah berdua

[**]
Maafkan bila cintaku
Tak mungkin ku persembahkan seutuhnya
Maaf bila kau terluka
Karena ku jatuh di dua hati

Back to [*]

Back to [**] 2x

Maafkan bila cintaku
Tak mungkin ku persembahkan seutuhnya padamu
Maaf bila kau terluka
Karena ku jatuh
Karena ku jatuh di dua hati


download

Setia Hujung Nyawa episode 21



El dan Zain bergaduh lagi. Tapi dalam gaduh,sempat buat lawak.
El: Abang nak El layan abang macam Raja, Rajagobal boleh la. Abang pun kena hormat El macam isteri.
Zain: Minta lalu isteri,suami nak keluar.

 Pn Haliza Mama El terserempak dengan suaminya di sebuah restoran. Terkejut Papa El. Diperkenalkan Mama El kepada business partnernya. Tak paham kenapa Papa El susah sangat nak bgitahu tentang business partnernya. Sbb tu la Mama El cemburu.

Ikram berjumpa dengan El.Hady pulak nampak.Habisla!
Tapi Hady tak nampak yang Ikram datang ke rumah El dengan adiknya Zehra.
Lama Zehra nampak muka. Kalau ader pun,dalam chatting je.
Mama El masih merajuk dengan Papa El. Papa El cuba explain pada Zaqwan dan Mama El.

El buat stik untuk Zain.Malangnya stik yang dibuat liat.Terus Zain perli El.
Apa lagi El pulang paku buah keras.
Maaflah tuan besar,bibik ni tak pandai buat stik.haha

Zain pelik El berubah. Zain bertanyakan pada El yang dia ingin dilayan seperti isteri atau orang gaji. Kata El, Zain lebih arif.El tertanya-tanya  mengapa Zain tidak membenarkan dia pergi dan terus menyeksa dirinya.




Zain terkejut dengan perubahan El. Zain mengakui pada Hady yang dia akan menerima El seadanya. Zain tak sanggup tinggalkan El lagi.Terkejut beruk Hady mendengarnya.
Mula la dia buat Zain curiga pada El.Hady suruh Zain selidik.Hady tak baik runtuhkan rumah tangga rumah. Zain yang lurus, balik rumah terus selidik.
Jumpa pulak telefon- Kak bedah??

Zaqwan dan Dr Suria membincangkan tentang Papa Zaqwan. Sweet je tengok diorang ni.Zain cuba tanyakan El ada lelaki tak. El tak menafikan mahupun mengiyakan. Hady cuba menanyakan tentang El. Tapi apa Zain dapat tahu, nama Hady muncul dalam call list. Hady tetiba glaba,terus cakap nak korek rahsia El. Cuba alihkan perhatian Zain dengan mengatakan yang El ada lelaki lain.Zain pergi ke kedai Mama. Dia tersempak El dan Ikram bermesra.



Yang Zain tak nampak Zehra ada sekali.Zain balik rumah dan Zehra dan Ikram ada sekali.
Muka Zain terkejut bila melihat Ikram.

Preview episode esok

Setia Hujung Nyawa episode 22

Tanpa disengaja Zain telah cederakan El dan El pengsan.
Zehra salahkan Zain.Apalagi mengamuk la Zain pada Zehra.  Zain pujuk El jangan bagitau Mama.Masa nak balik Iqram serang Zain. Zain cuba nak berbaik dengan El.Tapi El rasakan ianya cuma muslihat El. Zain terjumpa note yang dirasakan dari Ikram. Perasaan cemburunya membuak-buak. 
Zain masih cuba meminta maaf.
Pagi-pagi Hady dan Eriza datang ke rumah Zain.El gembira bila Eriza datang melawat. Tapi bila Eriza bawakan breakfast disebabkan El tak pandai masak. El terus sakit hati dengan Zain. Zain mula serba salah.Dia mula risau yang El akan cemburu.Zain mula syak yang Eriza tidak berlakon sukakannya. Hady dimarahi kerana rancangan terlalu melampau.Memang pun.

Eriza cuba sakitkan hati El. Eriza suruh El tinggalkan Zain. Bagus jawapan El. Kenapa tanya pada saya. Talak pada suami. Terkedu Eriza mendengarnya.

Ikram tetap datang kujungi El. El mula risau.Lalu Ikram tunjukkan video yang Zain keluar dengan Zain.
Zehra marahi Ikram kerana menyusahkan El.Tapi Ikram mengaku dia lakukan semua untuk El supaya Zain sedar untuk hargai El.
Zain masih tak putus asa untuk berbaik dengan El.Tapi masih sakit hati apatah lagi lepas tengok video Ikram. Sedih Zain mendengar bila El mengatakan dia tak layak untuk Zain. Zain beritahu Hady yg dia tak sanggup ceraikan El.
Hady gusar. Mula dirancang plan B dengan Eriza bila plannya tak berjaya.

Saturday, January 26, 2013

Slot Samarinda: Surat dari Langit Biru




Slot: Samarinda
Jumlah episode: 15
Mula Tayangan: 6/2/2013
Arahan: Rashid Sibir
Lakonan: Fizo Omar, Johan Asari,Yana Samsudin, Tania Hudson,Datuk Rahim Razali, Fauziah Nawi.

lagu tema: teman pengganti - black feat Malique


Sinopsis: 
Mengisahkan pengorbanan dan kasih sayang antara dua beradik Zarul(Johan) dan Salmi(Yana). Selepas keputusan SPM keluar,Salmi mendpat tawaran belajar di universiti. Tawaran itu terpaksa ditolak memandangkan adiknya juga masih belajar dan memerlukan duit yg banyak.


Tapi Zarul sanggup berkorban masa depannya demi kakaknya Salmi hingga Salmi berjaya bergelar doktor. Dia keluar kampung dan bekerja di bandar.
Ternyata tindakan Zarul mengecewakan ayahnya Pak Hassan. Sejak itu,Zarul tidak pernah pulang ke rumah.
Takdir menentukan yang Salmi terpaksa berkahwin dengan Heykal kerana terhutang budi pada ayah Heykal,walaupun hidupnya merana disebabkan Heykal terbabit dengan kegiatan haram. Atas desakan ibunya, Mak Munah, Zarul balik ke kampung.Namun,kepulangan Zarul tidak disenangi oleh ayahnya.Hubungan Zarul dan Salmi tidak disenangi Heykal dan adiknya Lisa(Tania). Mereka cuba memisahkan Zarul dan Salmi.




Zarul dibuang oleh keluarga kerana tomahan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya. Semuanya angkara Lisa yang membuat onar, bila Zarul dituduh mencuri duit Heykal dan Salmi mendapati adiknya tidur dengan lisa. Kesabaran Salmi berada di penghujung bila Lisa dikatakan mengandungkan anak Zarul.Akhirnya dia mengasingkan diri untuk mencari tempat mengadu nasib.

Dapatkah Heykal melunaskan rancangan kejamnya. Berjayakah Zarul bersatu kembali dengan kakaknya Salmi. Saksikan di slot Samarinda hari selasa hingga khamis bermula 6 februari 2013- 12/3/20

Episode Akhir- sedih...




Maksud Surat dari Langit Biru
Surat-surat yang ditulis oleh Zarul di tepi laut tapi tidak dihantar kepada penerimanya hingga berlaku satu kejadian yang tidak disangka- Rashid Sibir

 Belakang tadbir SURAT DARI LANGIT BIRU




candle light


sesi baca skrip


Gambar thanks to Yana Samsudin,Fizo Omar, Johan Asari

Friday, January 25, 2013

Cerekarama: Anak Sampah(Maulidur Rasul)



Cerekarama Khas sempena Maulidur Rasul

Sinopsis:

Seorang bintang terkenal Maryani melahirkan seorang anak,namun dia mengarahkan pemandu keluarganya Pak Akob untuk membuang bayi tersebut jauh dari keluarga Datuk Roslan Ahmad demi menjaga maruah keluarga,.
Budak lelaki itu dikutip dan dijaga oleh sebuah keluarga. Apabila dewasa dia cuba membalas dendam atas apa yang berlaku kepada dirinya. Sebuah tragedi membongkar segalanya.


Lakonan: Aeril Zafril, Jasmin Hamid,Mubarak Majid,

Thursday, January 24, 2013

Episode akhir Setia Hujung Nyawa (episode 28)


Zain dan El cuba jumpa senyap2 di resort. Mummy tak sangka Eriza suka clubbing. Baru tahu bakal menantu pilihan dia macam mana..
Hampir luruh jantung Zain bila El hampir jatuh.Zain ni memang nak kena.


Zain terlihat kelibat Ekin-kekasih lamanya dulu. Yang jugak gadis yang dinodai dulu.Zain bertanya adakah suami Ekin menerimanya.Ekin menjawab - ya dia terima dengan baik,walaupun isterinya pernah dinodai.Zain memohon maaf pada Ekin. Mummy terdengar perbualan Zain dan Ekin. Mummy pengsan.




Mummy bertanyakan hal sebenar antara Zain dan Ekin.Zain mengakui kesilapannya. Mummy terkesima. Tak sangka anak yang disangka suci dan bertanggungjawab melakukan perkara terkutuk itu. Sukar utk mempercayainya,

Hadi call Eriza,kata sakit tenat.Eriza gi jumpa Hadi.Kata nak bertanggungjawab. Eriza tahu ni semua plan Hadi nak bekerja di syarikat Eriza.Hampeh,konon insaf rupanya berlakon je.

Datin Adibah memohon maaf pada Haliza.Dia menceritakan tentang rancangan yang menemukan Zain dan Eriza hingga apa yang berlaku kini.Namun tidak diceritakan tentang kisah silam Zain dengan Ekin pada Haliza, Ersalina mahupun suaminya. Kini fahamlah dia bagaimana perasaan yang dialami Haliza yang menyimpan rahsia El pada suaminya.
Bertahun-tahun Zain menyimpan rahsia,diketahui juga olehnya.Gerak hati ibu membuatkannya tahu tentang rahsia itu.
Biarlah El tidak mengetahui agar kasih sayang El dan Zain terus mekar selamanya.

Ikram berjumpa dengan Zain untuk serahkan bukti plan Hady.Zain terkejut. Ikram mohon kebenaran utk jumpa El. Ikram berjumpa dengan El dan beri hadiah terakhir kepada El.El sedih. Ikram kata- dia mahu ke Gaza.berjihad

Hady datang kerumah Datin.Konon nak beri bukti. Tapi bila Hady tunjukkan bukti, Zain keluar tunjukkan bukti yang Ikram beri padanya. Datin terkejut. Hady cuba menafikan. Namun Datin tak percaya.
Hady cuba balas dendam dengan melanggar Eriza.Mujur takde apa-apa.Kelakar masa ini,bila Zain kata dia tak buat apa2.

Zain berjanji pada Ersalina yang dia akan setia disisi isterinya. Menjadi Bapa yang hebat pada anaknya yang bakal lahir dan suami yang unggul pada Ersalina Imani. Cintanya hingga ke hujung nyawa.
Happy ending..
Romantic Dinner

Dah habis dah shooting.