Friday, November 30, 2012

Adam dan Hawa episode 57

update download
Faridah dan suaminya cuba mencari jalan penyelesaian untuk masalah Johan.

Sementara Ain menyediakan breakfast untuk semua.Mama ternyata kagum dengan menantu kesayangannya itu.

Terapi untuk stress = MAKAN! #setuju
Sementara Azie dan Eja cuba menyelesaikan masalah dengan Johan

Azie:Cinta juga ada kalanya buatkan orang tu lebih teruk.. macam Johan
Eja:  Kita sebagai manusia boleh merancang.. Tuhan menentukannya..

Mama,marah Ain ke?

Ain naik ke atas untuk mengejutkan Am.

Ain sedikit merajuk sebab kata Mama Am bagitau mama yang Ain tak pandai masak.Am cuba memujuk Ain.Cincin ni untuk Ain.. pakai tau! 1,700 pounds lepas diskaun.
Ain nak pulangkan cincin mama yang tersarung di jarinya,namun dihalang Am.This ring is yours.

Hari kenduri pun tiba. Am dan Ain siap sedia menyambut tetamu.


Rasa semalam je nikah

Jangan pergi jauh tau.. nanti abang rindu..

Ain belajar jadi ibu?hehe

Am terkejut bila lihat Dee datang




Cerekarama: Atas Cinta Bawah Cinta




Mengisahkan Shiba yang selalu mengambil mudah kebajikan suaminya, Azman(Arash). Azman seorang suami yang penyayang.Kedatangan Arzie pekerja baru di syarikatnya membuatkan Azman tertawan lalu jatuh hati pada Arzie. Namun demi isterinya, dia memendam rasa. Namun,keadaan itu disedari pemandunya Husin yang simpati dengan Azman yang tidak dipedulikan oleh isterinya.

Lakonan Didie Alias, Ieda Moin,Arash Mohamad, Nadia Aqilah

Wednesday, November 28, 2012

Adam dan Hawa episode 56

Update online video

Lagi bab Johan yang menyakitkan hati. Azie ingin dapatkan penjelasan namun,dipersenda Johan...luluh hati Azie mendengar kata-kata Johan.
Selepas majlis, 



Kalau dalam novel-
Aku segera menukar pakaian dan bergegas ke bilik air untuk membersihkan tubuhku di bawah pancuran air yang sedikit dingin. Rasa lega bila tubuhku kembali segar.

Sebaik mengenakan gaun tidur, pintu bilik terkuak. Wajah Am kelihatan. Sebaik pintu bilik tetutup di belakangnya, Am mendapatkan aku.
Dadaku sungguh berdebar bila melihat senyumannya.


Pandangan kami bertaut. Jari-jari kasarnya mengusap tubuhku. “Hmmm… nice smell. Minyak wangi apa ni?”
“Minyak wangi apa pula malam2 macam ni? Ain pakai bedak biasalah la bang”.
Dia mengucup dahiku. Spontan matanya kembali memandangku “Abang?” dia mengerutkan dahi. Pandangannya sedikit lucu.



Aku ketawa kecil. Ya, sejak tangannya aku kucup, panggilan abang kepadanya tidak lagi hanya sekadar satu nama. Perkataan baru itu lebih menggambarkan rasa hormat dan kasih sayangku kepadanya.


“Sepatutnya Ain guna perkataan abang dari dulu lagi” akuiku berterus terang
Dia mengangguk. Tapi wajahnya bagai kabur sahaja
“No, wait. Abang tak faham. Bukan sebab malam ni yang membuatkan Ain berubah hati dan juga menyebabkan Ain panggil ‘abang’. Sepatutnya rasa hormat tu perlu ada sejak pertama kali Ain kenal abang. Umur Ain dengan abang agak jauh berbeza. Jadi Ain tak patut panggil Am aje. Entahlah, waktu tu bila Ain tengok cara hidup abang, mungkin itu yang membuatkan Ain lebih senang panggil nama aje”

Dia terdiam sebentar. Senyuman itu kelihatan lagi. Lesung pipit menyerlahkan ketampanannya. Aku di bawa ke dalam pelukannya. Aku pejam mataku. Didadanya, aku mendengar degupan jantungnya bagaikan satu irama indah. Dan belaiannya ditubuhku bagaikan satu urutan kasih yang amat mendamaikan. Sesungguhnya aku mahu menyayangi dia seperti mana aku menyayangi diriku.
“Ain?” panggilnya lembut dan perlahan
“Hmmm” balasku
“Are you sure?”
Aku mengangguk
Setiap hela nafasnya bagaikan cuba mengawal perasaan yang terlalu payah.
“Ain dah ubah fikiran?”
Aku mengangguk lagi
“Takkan ada benci lagi antara kita?”
“Tak” balasku perlahan kerana suaraku sudah tenggelam bersama renungannya.
“Kenapa baru hari ini? Apa yang Am dah buat sampai boleh mengubah fikiran Ain yang keras tu?”
Aku tersenyum. “Abang” aku membetulkan ayatnya
Dia masih mengakui dirinya Am sedangkan aku mahu mengubah panggilan itu dengan lebih mesra dan lebih mengambarkan rasa hati seorang isteri pada suaminya.
“Abang nak tahu bila Ain mula sedar yang Ain sayang pada abang? Aku sengaja menduganya.
Dia terus menungguku tanpa jawapan

“Bila abang jadi imam solat Maghrib tadi. Selama ni mama, mak, adik-beradik Ain yang lain percaya abang dah banyak berubah untuk Ain. Tapi Ain tak peduli cakap2 tu. Sehinggalah malam ni Ain nampak kebenarannya. Memanglah abang dah banyak berubah. Abang dah jauh berbeza daripada abang yang Ain kenal dulu”





Am melepaskan ikatan rambutku. “Isteri abang cantik malam ni”
Jiwaku diulit rasa indah. “Abang buat ni semua untuk Ain kan? Abang mahu jadi suami yang lebih baik, yang boleh menjadi ketua keluarga dan membimbing Ain?”

Giliran dia pula mengangguk. “Sekarang Ain dah nampak abang sungguh2 sayangkan Ain?”

Aku tersenyum penuh erti. Lantas aku meletakkan jari-jariku dipipinya dengan penuh kasih sayang.
‘Tapi bukan abang seorang saja yang sayangkan Ain waktu ni, ujarku perlahan penuh erti.
Am tersenyum. “Ain sayangkan abang juga?”
Aku mengangguk. “Banyak” bisikku
Am ketawa. “Maknanya Ain terima abang semula?”
Tanpa jawapan, aku kembali berada dalam pelukannya.
Am tersenyum. Matanya tajam merenungiku.
‘Ain sedar, dalam kesabaran abang melayani kerenah Ain, Ain banyak lakukan dosa pada abang. Ain mintak ampun di atas segala kesalahan Ain selama ini, ya?”
Aku tatap suamiku penuh harapan, penuh azam untuk membina hidup baru bersamanya.



‘Ain, dah lama abang maafkan Ain. Malah, sejak hari pertama Ain tinggalkan abang, abang dah redakan segala tindakan yang Ain ambil. Abang redakan segalanya Ain…” bisik Am di telingaku. Lembut dan begitu tenang.
Sayu hatiku sebaik sahaja mendengar kata2 yang terbit dari hatinya yang tulus itu.
“Sungguh abang ampunkan dosa-dosa Ain pada bang?” tekanku lagi. Saat ini, pandanganku kabur.
Am mengangguk. “Sungguh Ain… dah lama abang tak ada simpan sikit pun rasa marah terhadap Ain selama ini”
Aku kembali dibawa ke dalam dakapannya
“Ain dah bersedia untuk hidup dengan abang?”
Di dadanya, aku hanya mampu mengangguk. Tubuhku bagai berada di awangan. Melayang dan terus melayang dengan kehangatan yang di beri.
Dan Am terus membalas pelukanku seeratnya seakan tidak mahu aku pergi jauh darinya


memang terbaik episode hari ni.Lagi best scene kenduri kahwin dulu baru scene yang ni.

Betul kata eja, Johan memang dah gile

online video


zippy
cyber
hotfile

Tuesday, November 27, 2012

Adam dan Hawa episode 55




5 minit kemudian,sebaik sahaja mengaminkan doa yg dibaca oleh am dgn begitu lancar dan sempurna,aku bersalmn dan mencium tangan mama setitis air jatuh ke tangannya.sesungguhnya air mate ini dtg dripada hati seorg isteri yg mula mengerti akan pengorbnan suaminya hanya untuk dimiliki......mama memelukku seketika begitu juga dgn ank2 perempuannye yg lain di kala itulh am dtg mengadap ibunya menci ia bagai cicinum tngan mama seperti kami semua malah lebeh dri itu mama mencium penuh kasih syg di kedua belah pipi ank lelakinya....
suasana menjadi penuh syadu ramai di antara kami yg turut terharu melihat sepasang ank dan ibu ketika kami melepaskn pelukan,,mama menoleh ke arah ku,wajahnye penuh impian dan harapn,,,aku dan am saling berpandangan,,aku segera menghulur ke dua belah tangan kepada am,aku mengerti dgn riaksi yg di berikan petama kali melihat tangan yg di hulur.dlm sekelip mata juga wajahnye betukar tenang dan bibir mula menguntum senyum.am memegang tangan ku dgn lembut.

aku akhirnye mencium tangan suamiku itu dgn rase rendah diri...."ain minta ampun bang"......itulh kali petama aku memulakan tanggungjawap sebagai seorg isteri,,selama ini aku menidakkan keutamaan dan kepentingannye apetah lgi rase hormat terhadap drinya sebagai ketua keluarga ciuman kasih syg terpahat di dahiku,,tindakannya itu tnpa mengambil kira mereka yg ade di situ malah sebentuk cicin dri jari mama kini betukar ke jari manisku,,simboliknye ia bagai cincin penikahan kami yg xsempat disarungkan ke jariku sebaik sahaja am melafazkan ijab kabul lapan tahun lalu.


online video
cyber 
zippy

hotfile

cerita J
ohan takde cerita kat sini..buat sakit hati je.

Adam dan Hawa episode 54


Faridah bingung dengan perhubungan Johan dan Ain. 



Johan masih berkeras  untuk berkahwin dengan Ain sedangkan dia tahu status Ain 8 tahun lepas.Ibu Johan melarang Johan berjumpa dengan Ain.  Johan patut contohi Fauzi- redha Ain dengan Am.Selama ini pun diorang tak pernah
bercinta. Ibu bapa Johan cuba lakukan sesuatu supaya Johan dapat melupakan Ain. Faridah tekad untuk berjumpa Ain. Kedatangannya disambut Azie yang panik apa tujuan ibu Johan ke rumah mereka. Namun, Azie tetap mempertahankan Ain di depan ibu Johan.
Sementara Am membawa Ain ke rumah mereka.




online vvideo
cyber
hotfile

Monday, November 26, 2012

Lagu tema Cinta itu Milikku



Lagu tema utama

Akim feat Stacy - Kembali


download mp3


Lagu lain:

1) Opick- Bila waktu berakhir

2) Instrumental- Background music
I believe

3) Opick - Cahaya Hati

4) ErryPutra- Tidak-tidak(single terbaru)- sedap jugak lagu ni

Friday, November 23, 2012

Adam dan Hawa episode 53


update video online dan download link


Johan  keliru tu masih tekad untuk mengahwini Ain.
Kenapa dengan Johan ni? Tak reti bahasa ke?.Azie pula berangan-angan tentang cincin yang dibeli Johan,sedangkan Azie tidak mengetahui cincin itu dibeli untuk Ain bukan untuknya.
Johan akui masih sukar untuk melupakan Ain dan memaksa ibu bapanya pergi ke rumah Ain. Dia masih menaruh harapan agar Ain boleh menerimanya. 
Ain terus balik kampung bila emaknya calling yang ibu bapa Johan akan datang ke  kampung. Bila Azie datang ke rumah Johan, Johan mengatakan ibu bapanya hadiri jemputan kahwin. Kesian Azie,hidup-hidup kena tipu dengan Johan.
Ain turut pening bila Johan masih belum lagi beritahu pada ibu bapanya.
Normah cuba membantu Ain menyelesaikan masalahnya dengan Johan.




Mama masih bertegas untuk adakan kenduri untuk Ain dan Am.



Ain menerima panggilan dari Mama, Mama banyak bicara tentang kenduri. Kata Mama, Am akan memberitahu detail tentang kenduri tersebut.Am pula, depan Mama,  berlakon -buat-buat yang Ain sayangkannya. Saje je ucap i love you too sedangkan Ain tak cakap apa2 pun.hehe
Normah terkejut bila mendengar kata Faridah yang Johan masih menyayangi Ain dan ditambah lagi dengan pemberian cincin Johan kepada Ain.
Akhirnya, Normah berterus terang tentang status Ain. Terkejut ibu Johan.
balik dari rumah Ain, Johan terus dikenakan larangan bertemu Ain.

online video

cyber
project free upload
hotfile
sorry lambat update

Cerekarama: Mariam Kampung Putat




Baca tajuk pun dah tahu telemovie ni pasti cerita kelakar.Drama ini lakonan Aiman Hakim Ridza dan Hanis Zalikha- blogger cun tu bersama Azhar Sulaiman dan beberapa pelakon lain.

Nak tahu drama ni pasal apa?
Al-kisah seorang gadis tidak sengaja terlanggar Danial dan menyebabkan dulang berisi kari terkena Danial.Selesai majlis tersebut,Mariam dipukul oleh ibu tirinya cik Gayah Gelang Labuh .Oleh kerana malu dengan jejaka handsome bernama Danial tu,Mariam terus takut untuk keluar rumah sejak peristiwa tu.  Danial pula terus mencari gadis yang menumpahkan karinya.Bapanya pula sibuk meminta dia bawakan calon isteri.  Cik Gayah cuba nak kenalkan anaknya Danial minta tempoh 3 minggu.Apa yang berlaku seterusnya?Saksikan Mariam Kampung Putat.
ala-ala tuan putera cari gadis berkasut kaca.

p/s Motif blur gambar- Mariam terlalu malu...haha.Nak gambar yang jelas..Ni ha..


Inilah Hanis Zulaika

Jejaka pujaan kampung Putat

Danial kena kuah kari.haha
misi mencari Mariam 


Lagu dalam drama:



terlepas tengok?tonton sekarang!

disclaimer
video ini tidak dihos oleh admya@blogspot



Wednesday, November 21, 2012

Adam dan Hawa episode 52

update online video  dan download link

Am menyeka air mataku,perlahan tapi penuh kasih sayang..."BOLEH AM PELUK AIN?..hanya untuk sesaat dua ini..?"Am merenung jauh hingga ke dasar hatiku .akhirnye dia tersenyum.dan senyuman berganti dgn tawa kecilnye...cukup sekadar utk didengari kami berdua....namun ternyata suara itu lahir dari hatinya yg gembira..ya..dia benar2 gembira dgn permintaanku itu





Kami singgah sebentar di sebuah restoran di shah alam untuk bersarapan.
Am mungking ke London, insyaAllah
Aku memandangnya dari ekor mataku, cuba menyembunyikan rasa terkejut dengan berita ini
Bila?
Nak ikut?
Bila?
Anytime. Bila kena panggil, i have to go.
Berapa lama? Tanyaku. Entah kenapa nasi lemak yang berlaukkan sambal kerang yang enak jadi kesat ditekakku.
Maybe two, three

weeks. Kenapa sayang? Nak ikut am?
Aku menyembunyikan rasa banngga bila dipanggil sayang. Aku cepat cepat menggeleng. Tak nak.
Kalau dalam dunia ni ain ada peluang nak pergi, tempat mana ain nak pergi? Tanya dia tiba tiba, jauh dari topic yang kami bualkan ketika ini.
Buat umrah lagi. Kalau ada rezeki, nak naik haji. Jawabku dengan nada acuh tak acuh.
Pergi dengan am kali ni?
Am nak bawak ain? Sengaja aku mengutarakan soalan bodoh ini.
Am nak bawa siapa lagi kalau bukan isteri am ni.
Hmm, sebelum kita ke sana, kita ziarah mana mana dahulu.
Ke mana?
Turki, maybe cairo. Maybe paris, tell me where you want to go? Am merenungku.
Aku membalas renungannya. Tiba tiba sahaja rasa aneh bila dia merancang sesuatu untuk kami.
Kita berdua, tekannya lagi.
Sambal kerang di dalam pinggan hampir habis aku makan. Lantas aku bangun dengan niat untuk menambah sedikit lauk itu lagi. Minuman yang kami pesan masih belum sampai lagi. Tanpa berkata sepatah pun pada am, aku bangun begitu sahaja.
Aku tahu mata am mengekori langkahku. Dia termangu melihat aku meninggalkan meja kami secara tiba tiba tetapi bila melihat tempat yang aku tuju, dia kembali menjamah nasi lemaknya.
Kak nak minta tambah lagi sambal kerang ujarku sambil menunjukkan sambal kerang yang terhidang di dalam mangkuk yang agak esar
Wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an itu segera menyenduk sediki lagi lauk yang dimaksudkan itu.
Air yang kami pesan dah siap ke? Tanyaku
Dah pesan?
Tadi lagi dah pesan.
Iya ke? Tanyanya agak terpinga-pinga. Lantas dia menjerit pada seseorang di dapur bertanyakan pesananku.
...


Aku pantas beredar. Namun apa yang aku lihat, tempatku sudah diduduki oleh seorang wanita.

Bernarkah apa yang aku lihat? Mungkinkah itu kawan am? Tetapi tingkah wanita itu amat meragukan. Dia beria ia mengatakan sesuatu kepada am.





Dan tiba tiba wanita itu menggapai tangan am lalu digenggamnya seperti tidak mahu dilepaskannya lagi. Am membatu, mendengar dengan penuh khusyuk. Sekalipun aku tidak melihat am cuba melepaskan tangannya dari pegangan wanita tersebut. 
Siapa pula perempuan yang datang di antara aku dengan am? Tidakkah dia tahu bahawa am sedang bersama isterinya? Aku menyembunyikan diri di sebalik tian di situ. Lebih menakutkan, apakah am sememangnya belum berubah dengan sikapnya yang suka didampingi oleh mana mana perempuan seperti dahulu?
Jiwaku mula meruntum runtum. Baru sebentar tadi dia berkata bahawa dia menyayangiku. Tapi kenapa dalam sekelip mata dia membiarkan wanita lain menyentuhnya pula? Apa yang perlu aku buat?

Penuh nekad, aku kembali ke meja. Tetapi aku terkejut kerana wanita itu sudah tiada. Kemana dia pergi?
Lambatnya? Pergi mana tadi?
Tanpa memandangnya, aku membalas. Tambah sambal kerang.
Tanya tak air yang kita pesan tadi? Tanya am lagi. Nasi lemak dipinggannya hanya tinggal sedikit.
Aku mengangguk. Ini bukan soalan soalan yang aku tunggu dari mulut am. Aku mahu dia menjelaskan padaku siapa wanita yang duduk di kerusiku ini tadi. Tetapi sepanjang kami makan, sekaipun am tidak mengungkit hal tersebut. Seolah olah wanita itu tidak wujud.
Siapa? Itulah yang menjadi persoalan aku berhari-hari

online video
hotfile
cyber


Fear Factor MY