Tuesday, July 31, 2012

Creative Camping Tent

 New Design Camping Tent. Amazing..


Watermelon

Cheese

Perfect Picnic

Fully Booked

Spacious


10 million fireflies

"Me and my boys - we are watching you"
Brick

All wrapped up

Monday, July 30, 2012

Keluarga Iskandar Astro Prima



Keluarga Iskandar
Astro Prima
Setiap Selasa
10 malam
15 Episode

Sinopsis:
Sitkom itu berkisar mengenai Mak Jah (Kismah Johar) seorang ibu yang tegas tetapi penyayang serta nenek yang bertindak menyatukan anak-anak, menantu dan cucunya walaupun terdapat perbezaan di kalangan mereka. Tinggal bersama anak perempuan bongsunya dan anak sulung yang menduda- Aziz.

 Watak:
 Mak Jah/Nenek- Kismah Johari

Mak yang tegas dalam semua aspek tapi sangat menyayangi anak-anaknya. Jika ada anak yang tidak penuhi kemahuannya,mak akan cepat merajuk.

Abang Long/ Aziz Iskandar(Hilal Azman)
Duda anak tiga. Dua orang anak lelaki berada di luar negara. Manakala anak perempuannya berusia 9 tahun tinggal bersamanya.Tinggal bersama maknya atas desakan adik-adiknya yang risau akan rumah maknya yang tiada lelaki."Abang Long selalu beralah dan dia sanggup berkorban tinggal bersama Mak Jah kerana adik-adiknya yang lain mempunyai keluarga sendiri.

Abang Ngah/ Azman Iskandar( Sobri Anuar)
 Pendiam, sukar membantah kata emaknya. Anak kesayangan Mak Jah.Kesilapannya hanya berkahwin dengan  minah mat salleh -Kamariah Abdullah dan tak tamat belajar.Mempunyai dua orang anak lelaki.

Kak Ngah/ Kamariah@ Kay(Susan Lankaster)
"Kay atau Kak Ngah adalah seorang wanita yang sensitif serta hyper dalam kehidupan sehariannya baik sebagai isteri, wanita bekerjaya mahu pun menantu."Selain terpaksa melayan kerenah dua orang anaknya, Kay juga terpaksa melayan ibu mertuanya yang daripada awal lagi tidak begitu merestui perkahwinannya. Oleh kerana itu,dia tidak pernah berkata tidak jika mak mertuanya memanggil untuk datang ke rumah walaupun hatinya tak nak.


"Terdapat satu babak, dia yang sedang sibuk bekerja di luar dan telah diganggu oleh ibu mertuanya di rumah yang memintanya untuk pulang dan membelikan serbuk kunyit dengan segera."Kay terpaksa bersabar dan menurut apa sahaja permintaan ibu mertuanya untuk menjaga serta memikat hati mertuanya," ujarnya lagi.Kay dan suaminyamendapat tahu bahawa anak kandung mereka Om, telah diturunkan kelas walhal anak angkat mereka Salahuddin amat cemerlang dalam mata pelajaran. Insiden ini membuat mereka mempersoalkan baka keturunan masing-masing.

 Achik/ Azura Iskandar/ Kak Teh(Anita Baharom)

Seorang Peguam.Suami bernama Kamal(Azhar Sulaiman).Mempunyai sepasang cahaya mata. . Suka bertanya apa sahaja kepada suaminya.
Keluarga sebenar Anita- Anak-anaknya turut berlakon dalam sitkom sbg anak-anaknya sendiri.
Kamal
Seorang arkitek tapi telah diberhentikan kerja.Namun,dia menyembunyikan perkara tersebut dari Azura."Dia berlagak seperti biasa apabila dia keluar awal pagi dan balik petang kononnya sibuk bekerja. Tak boleh miss sahur sebab ada gastrik. Phobia dengan bunga api kerana tragedi yang menimpanya semasa kecil.. Akhirnya rahsia diketahui oleh abang long dan Azura.

 Alang/Azlan Iskandar (Zain Ruffedge)
Berkahwin dengan janda anak 1- Nur.Takut bersanding dan masih cuba memenangi hati anak tirinya  Jojo yang tidak suka akan kehadiran bapa baru disisi mamanya.
 Uda - Belajar di luar negara dan terus menetap luar negara. Tidak pernah balik lagi sejak pergi ke luar negara.

Acu/ Adibah Iskandar(Hiera Hassan)
Anak bongsu. Agak garang dengan anak-anak buahnya. Sebab tu,abang-abangnya selalu rujuk kepada dia untuk mendisplinkan anak-anak mereka yang degil. Paling memahami dan mengenali sikap ibunya. Sering membuatkan maknya merajuk namun segala hujahnya akhirnya disetujui oleh abang dan kakaknya.

Keluarga Iskandar diarahkan oleh Syed Khairul Fariz Syed Khairuldin. Buat kali pertama juga, sitkom itu dipersembahkan dengan cara terbaru apabila disisipkan elemen 'mockumentari'. Elemen itu memaparkan setiap watak bercerita dan menjelaskan apa yang berlaku kepada keluarga mereka.

Konsep sitkom itu adalah idea penerbit KL Motion, Wan Hasliza Wan Hassan.


Gambar sumber budiey,astro gempak

Memang Best sitkom ini.Tayangan Ulangan Rabu 11 malam,Ahad-1ptg

Sunday, July 29, 2012

Iklan Raya Erra Fazira


Saban tahun,antara di tunggu di kaca TV adalah iklan raya. Jika dahulu,iklan yang paling diminati dan ditunggu adalah iklan Petronas.Namun,setelah pemergian arwah Yasmin Ahmad, iklan raya semakin terasa sunyi.
Kali ini,Astro cuba membawa rasa sayu di Aidilfitri dengan iklan bertemakan Jalinan di Aidilfitri.Iklan durasi 60 saat itu menjalani penggambaran di Tanjung Karang, Selangor.

Sinopsis Iklan:
Ia mengi­sahkan seorang kanak-kanak yang dambakan kasih sayang seorang bapa tetapi hasrat itu tidak kesampaian disebabkan keadaan. Bagaimanapun, hubungan anak dan bapa tidak akan putus. Ia ikatan indah anugerah Ilahi.

DIA keliru, benarkah lelaki dipanggil Along itu bapanya? Akalnya menolak kerana sedari kecil ibu memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia, namun entah mengapa seakan-akan ada tarikan magnetik antaranya dengan lelaki itu yang juga jiran neneknya yang sering dilihat setiap kali pulang ke kampung.
Hinggalah satu hari, tiba-tibanya ibu datang ke sekolah untuk membawanya pulang ke kampung. Kata ibu, bapa meninggal dunia. Terpinga-pinga si kecil berusia lapan tahun itu.
Foto
  • FotoFoto
Bukankah bapanya sudah lama meninggal dunia? Siapa pula gerangan yang dimaksudkan ibu? Rasa keliru yang meluap-luap direlung hatinya semakin memuncak.Tatkala tiba di perkarangan rumah yang sering menjadi tumpuannya setiap kali pulang ke kampung, ramai menyuruhnya menatap wajah si bapa buat kali terakhir. Dia kaku tidak bergerak, erat memeluk tiang serambi. Mindanya kosong dan kabur.Jenazah itu adalah lelaki yang sering dikatakan bapanya selama ini!


“Buatlah apa saja, satu hari pasti si anak tahu siapa bapanya. Diharap secebis kisah ini boleh menyedarkan mereka yang ada kasih sayang depan mata tetapi tidak menghargainya,” Kata Erra.
Kisah ini bukan cerita dalam drama atau filem, tetapi itulah sebahagian perjalanan hidup primadona filem alaf baru, Erra Fazira atau nama sebenar, Fazira Wan Chek, 38. Memori sedih itu tidak pernah padam, sebaliknya terkunci kemas di sanubari hingga tiada siapa mampu menebaknya.

jom tengok iklan ni- Kisah erra

tengok juga kisah aaron -mengapa aaron aziz tak suka hari raya masa remaja

kisah raya masa kecik paknil

sumber: Metro Ahad

Doa Hari Ke 10 Ramadhan

Assalammualaikum,

cepatnya masa berlalu.Dah 10 Ramadhan,

Doa hari ke 10 Ramadhan...

"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepadaMu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisiMu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisiMu. Dengan ihsanMu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Amin ya Rabbil ala'min.Alhamdullilah

Saturday, July 28, 2012

Doa Hari ke 9 Ramadhan


Ya Allah, sediakan bagiku sebahagian daripada keluasan rahmatMu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaranMu. Bimbinglah aku menuju keredaanMu yang penuh dengan kecintaanMu, wahai harapan orang yang merindu.

Monday, July 23, 2012

Puasa dan Panduan Solat Terawih

Sudah tiga hari kita berpuasa,bersyukur kepada Allah,kita dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan al Mubarak.
Ramai yang cari doa niat berpuasa dan berbuka.Al maklum Puasa Ramadhan setahun sekali.Buat yang yang tak ingat,meh kita hafal semula:)
Doa Niat Berpuasa dan Berbuka


Selepas berbuka,jom kita menunaikan solat terawih.

Bagi yang tak ingat macam mana nak solat terawih,Jakim ada menyediakan Panduan Solat Terawih

Niat solat witir


Checklist BULAN RAMADHAN



Ganjaran Bulan Ramadhan

Subahana Allah,Baiknya Allah!
Selamat Berpuasa buat semua mulismin dan muslimat di seluruh dunia.
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,agar dapat ku lalui dengan sempurna,

Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2012

Klik untuk lihat waktu berbuka dan imsak:

BIL
NEGERI
ZON
1
MELAKA
MELAKA
2JOHOR
3PERAK
4SARAWAK
5SABAH
6TERENGGANU
7KELANTAN
8SELANGOR
9PAHANG
10
WILAYAH PERSEKUTUAN ……
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13NEGERI SEMBILAN
14KEDAH
15
PULAU PINANG
PULAU PINANG
** Sumber: Pengurusan Fatwa, Jakim

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,agar dapat ku lalui dengan sempurna

Selamat Berpuasa,Berbuka dan Menjalani Ibadah buat semua pengunjung-pengunjung setia admya blogspot!

Friday, July 20, 2012

OST Dejavu di Kinabalu - Langit Menangis(Nazim Othman)


akhirnya ..thanks Nazim because upload balik lagu ni.
Watch video Langit Menangis
lyric and song by Nazim
Download lagu link-scroll below.

Langit Menangis- lirik yang menyentuh jiwa

Seluas angkasa ku hampar cinta
Luhur hati hanya bagimu saja
Bagai udara untuk ku bernyawa
Dikaulah cahaya penyuluh jalan gelita


Mahligai indah ku impikan kasih
Tanda bersemi semua janji kita
Tapi takdir tak semanis harapan
Setiamu berpaling ketika dia 
menyapa


#
Langit Menangis
Seakan mengerti peritnya rasa aku
melihatmu dengannya
Apakah silapnya aku
Namun ku nanti dikau kembali
kepangkuan ini
meskipun ku terluka
Cubalah mengerti 
ohh..



Mahligai indah ku impikan kasih
Tanda bersemi semua janji kita
Tapi takdir tak semanis harapan
Setiamu berpaling ketika dia 
menyapa
ulang#


Download:


 Langit Menangis Nazim Othman full version by me_lisa 

 download by 4shared







Thursday, July 19, 2012

Lagu tema OST Samarinda 7 Ramadhan

 

Lagu utama: Full song
Wujud
oleh Roman feat Mika Tilu,Amylea Azizan
 OST 7 Ramadan WUJUD By Roman Feat Mira TILU Amylea by me_lisa
Lirik lagu wujud: (kalau ada salah betulkannnya:)
Kau terasing
di jiwa ku bermimpi,setia nadiku
kau wujud selalu
Kau syurga
seindahnya dirimu
hanya kerana cintaNya 
kau wujud

Kau adalah diriku
dan aku adalah dirimu
hanya Tuhan tahu
apa ada depan nanti
telah lama aku nantikan
dari saat aku dipisahkan
dari sinar bintang yang menghilang
ku akui 
dia yang membuatku nyatakan
Harap selalu aku dengan mu
ku menanti saat hadirnya aku semula
yang seakan hilang ditelan masa.

Maafkan aku kerana diriku
tak pernah  sempurna untuk dirimu
kau yang satu
kau yang  teragung
hidup matiku kerana cinta
cinta ada hanya untukmu
bila tiba saatnya kan bertemu
ku menanti saat hadirnya hatimu
ditelan masa

Kau adalah diriku
dan aku adalah dirimu
hanya Tuhan tahu
apa ada depan nanti
telah lama aku nantikan
dari saat aku dipisahkan
dari sinar bintang yang menghilang



Sendiri
Pompa Bensin
 Menurut Pompa Bensin,lagu sendiri ni,akan release lepas drama 7 Ramadhan berakhir,jadi tunggu ye..




Kasih Hajar- Tika aku Menangis(Ibu Lin)




Wednesday, July 18, 2012

Geng Surau musim ke 2

Geng Surau kembali dengan geng surau 2.


bermula 16/7/2012 jam 6.30 petang -Astro Oasis(isnin-khamis)



Geng Surau 2 menceritakan apa yang berlaku setelah surau di bom oleh Duan, anak Pak Abu yang atas sebab ingin memasuki Mayat FC, sebuah kelab yang ditubuhkan tanpa kebenaran Mayat aka Razif. Di kala Geng Surau cuba mencari Surau baru , pelbagai perkara lucu yang berlaku. Pada masa yang sama Mayat cuba meluahkan perasaannya kepada Uddy tetapi tidak sempat untuk berbuat demikian selepas kejadian bom tersebut. Lebih2 lagi apabila Uddy pergi ke Universiti dan meninggalkan kampung tersebut.


Sneakpeek Geng surau 2:






.



Monday, July 16, 2012

Motivasi Pre- Ramadhan




Hidup kita bukan sendirian- No man in an island.
Hargailah orang lain

Sunday, July 15, 2012

Telemovie Vanila Coklat Raya


Tonton Vanila Coklat raya di youtube.

Vanila Coklat Raya akan di tayangkan pada Malam Hari Raya Pertama jam 9 malam
Berita gembira bagi yang menantikan Filem Vanila Coklat.
Sinopsis:
Lanjutan kisah cinta Amir dan Zara.
Zara dan Aamir bergaduh lagi selepas pulang dari bulan madu mereka yang ketiga kerana persoalan yang ditimbulkan Aamir kepada Zara mengenai keengganan Zara untuk mengandung. Zara belum bersedia dan merajuk kerana dia merasakan Aamir tidak faham akan keadaannya. Perubahan sikap Aamir telah menimbulkan kesangsian rakan-rakan Izara bahawa Aamir ada teman wanita lain. Mereka mencadangkan Zara untuk mengubah penampilan diri daripada seorang yang kasar kepada lemah lembut. Kesibukan Aamir yang sedang menjalankan latihan pratikal di sebuah majalah sebagai jurufoto telah mengabaikan Zara dan memberi peluang kepada Kamal untuk menambat semula hati Zara. Pada masa yang sama, Liya muncul secara tiba-tiba dan secara kebetulan dia menjadi model sambilan untuk majalah yang Aamir berkerja.

Tahniah crew and actor Vanila coklat raya - lebih 2 juta menonton di tv3







BTS(Behind thescenes)







sweet couple



gambar sumber:twitter izara

Friday, July 13, 2012

Mara Clara Episode Akhir


Telenovela Mara Clara totally awesome. Full dramatic ending.


Susan dan Mara kini berada dalam tangan Gary.Alvira telefon Mara tapi Gary yang jawab.Alvira hairan Gary yang menjawab telefon Mara dan bertanya pada Gary mana Mara.Gary menjawab Mara dan Susan kini dalam tahanannya.Amante Dell Vell cuba memujuk Gary untuk menyerah diri dan melepaskan Mara dan Susan. Gary memberitahu dia hanya mahukan Clara  namun Gary sangat marah apabila Clara tidak mahu tinggal bersamanya dan memilih  untuk bersama  keluarga Dell Vell. Gary mencabar Alvira dan Amante untuk berjumpa.Clara akhirnya menawar diri untuk tukar  tempat dengan Mara untuk membayar semula kesalahan yang pernah dia buat dulu.Amante tidak berapa setuju dengan cadangan Clara dan dia mempunyai rancangan lain untuk menyelamatkan Susan dan Mara. Lupe David(mak Gary)memujuk Amante untuk membenarkan dia ikut sekali supaya dapat memujuk Gary menyerah diri.

Susan yang bersama Gary menyatakan bayi dalam kandungannya adalah anak Gary.Gary tidak mempercayainya, Mara beritahu hal sebenar-dia  sengaja menipu agar Gary tidak tahu siapa anaknya kerana Mara fikir lelaki sejahat tidak layak menjadi ayah.Gary yang sangat marah lalu menarik Mara dan meletakannya ke dalam tangki air.Mara terperangkap dalam tangki air.

Klimaks.

Amante and Alvira melawat Gary di rumah terbiar tanpa polis.Alvira dipaksa memilih antara Amante atau Gary-namun hanya Gary tahu di mana Mara berada.
Amante dan Gary bergaduh hingga mereka terjatuh dari bangunan.Amante jatuh ke tanah dan mendapat kecederaan. Alvira pula mahu  Gary membunuhnya kerana dia merasakan dia adalah penyebab Gary jadi begitu.Ketika Gary cuba menembak Alvira,Clara menerpa ke arah Alvira. Tembakan mengena Clara. Susan pula mengambil kesempatan yang ada dengan menikam Gary dengan paip. Akhirnya Gary mati tertikam dengan batang pipe.Namun Clara selamat dan hanya cedera di tangan. Sementara itu,Mara berjaya diselamatkan sebelum Clara ditembak.

Ending:
Susan selamatkan melahirkan bayi kembar-anak kepada Gary.(after being forced)
Clara dimasukkan ke mental institusi -for traumatic experience.
Mara dan Clara berkawan semula.
Mara dan Christian bersama akhirnya.
Mereka hidup bahagia.


No wonder telenovela menjadi kegemaran ramai. Wonderful Ending. memang terbaik,dengan suspen adegan tembak menembak tapi berakhir dengan scene yang menyentuh jiwa.

Tidak dinafikan Mara Clara adalah sebuah naskah telenovela terbaik yang pernah ditonton.

Full part takde...yang jumpa cuma part akhir episode akhir- No sub...