Saturday, March 31, 2012

Filem Di bawah Lindungan Kaabah


Sebuah karya Hamka
Terbitan: MD Entertaiment
Tahun: 2011
Channel: Box Office Tayangan Hebat  Astro 952

Sinopsis

Hamid dan Zainab berasal dari dua keluarga yang berbeza status. Hamid yang berasal dari keluarga miskin dan Zainab yang berasal dari keluarga kaya. Hamid mendapat dukungan dana sekolah dari ayah Zainab, dan ibunya bekerja di rumah keluarga Zainab. Pertemuan demi pertemuan membuat keduanya saling jatuh cinta. Namun karena perbedaan ekonomi dan dibayangi hutang budi, Ibu Hamid melarang anaknya untuk berharap memiliki Zainab.
Mereka berbagi impian yang sama, yaitu tiap manusia bebas untuk mencintai dan dicintai. Cobaan demi cobaanpun mendera keduanya. Dari Hamid yang diusir dari kampung karena dituduh secara tidak sopan menyentuh Zainab, sampai Zainab yang akan dijodohkan orang tuanya kepada anak seorang saudagar yang kaya. Sampai akhirnya Hamid dan Zainab merasa harapannya untuk bisa saling memiliki pupus. Namun, Hamid dan Zainab tetap setia dengan janji untuk mempertahankan cintanya.
Hamid yang terusir dari kampungnya akhirnya berkelana hingga sampai ke Mekkah dan menunaikan ibadah haji seperti yang diimpikannya. Sedangkan Zainab tetap menjaga dengan setia janjinya, untuk menikah hanya dengan orang yang dicintainya.


Pelakon:
  • Laudya Cynthia Bella sebagai Zainab
  • Herjunot Ali sebagai Hamid
  • Didi Petet sebagai Haji Ja'far
  • Widyawati sebagai nyonya Ja'far
  • Jenny Rachman sebagai ibu kandung Hamid



OST Di bawah Lindungan Kaabah

Filem ini penuh dengan kata-kata puitis yang dalam maksudnya. Antaranya

Kata-kata Ibu Hamid:-
" Sampai kapanpun,emas takkan setara dengan loyang, dan sutera tak sebangsa dengan benang.


Cerekarama: Alamak 7 hari lagi


Siaran: 9 malam
Hari: Sabtu
Para Pelakon: Izara Aishah,Kamal Adli,Sara Ali, Syukri Yahya

Sinopsis:
Mengisahkan konflik pasangan Haris(Kamal) dan Diana(Izara) ketika merancang perkahwinan mereka. Diana bersungguh-sungguh dalam menguruskan perkahwinan mereka.,namun Haris seperti acuh tak acuhSuatu hari Diana memperkenalkan kepada Haris,"wedding planner" mereka iaitu Huda.Namun begitu,pertemuan pertama antara Haris dan Huda bermula dengan insiden yang memalukan.


Apabila Diana terpaksa outstation,Haris harus bekerjasama dengan musuhnya(Huda) untuk menguruskan perkahwinannya tanpa Diana.Namun benci bertukar menjadi cinta..Adakah Haris akan meneruskan perkahwinannya dengan Diana atau bersama Huda?
Akhirnya Diana bersama Andi..hansem gak mamat nie..
Haris bersama Huda...

 lagu  tema  dalam drama  ni best. Tajuk: Tiga kali - Andy Flop Poppy(The Malayan) ..lagu baru nie... oleh sebab lagu baru NO download ye...belum release lagi tapi kalau nak dengar bole..

Dengar lagu

 lirik lagu Tiga Kali by Andy Flop Poppy

tiga kali kau pergi meninggalkan ku seorang diri
tiga kali kau pergi mungkin tak mungkin akan kembali
pintu hatiku menanti waktu menahan rindu
rasa gelora bila tiada untuk bersama


tiga kali kau pergi meninggalkan ku seorang diri
tiga kali kau pergi mungkin tak mungkin akan kembali
pintu hatiku menanti waktu menahan rindu

rasa gelora bila tiada untuk bersama

sampai bila harus begini
kau datang dan pergi
persoalan dan tanda tanya
apakah aku masih dicintai

pintu hatiku menanti waktu menahan rindu
rasa gelora bila tiada untuk bersama

pintu hatiku menanti waktu menahan rindu
rasa gelora bila tiada untuk bersama



Friday, March 30, 2012

Cara nak buang timeline di Facebook



Ramai kekawan yang tanya macam mana nak buang timeline dari facebook.Saya pun tak suka...sebab gambar terlalu besar hehe..sakit mata...


Facebook akan terus menukarkan akaun lama kepada timeline even kita tak nak guna timeline tue.
Jadi gunalah extension yang disediakan oleh timelineremove.com/.


Extension time line remove ini sesuai untuk Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet explorer. Browser lain belum ada lagi.
Mungkin akan diupdate sikit masa lagi oleh pihak timeline remove.com, sila ikuti di page mereka.
Pihak Facebook tak berapa suka dengan extension baru ni dan menganggap segala share atau link berkaitan timelineremove.com sebagai spam.
Tapi anda boleh je share/berkongsi dengan rakan tutorial dan artikel di blog ini dengan rakan-rakan. War warkan kepada mereka mengenai extension ini.
Cara-cara:
Download extension mengikut browser internet
dan install.


Kalau nak dapatkan semula timeline , aktifkan semula dengan pergi ke Tool> Add on > extensions > cari timeline remover dan disable.



Untuk google chrome, install dan restart.
Kalau ada masalah nak download di website tu, boleh cari extension timeline remove di
taip timeline remove dan search.
Like facebook mereka untuk update
Timeline remove bukan membuang timeline selama-lamanya tetapi hanya menghilangkan timeline dari pandangan anda melalui browser yg anda guna, jika rakan/orang lain tidak menggunakan add on ni, maka mereka akan terus melihat timeline di FB anda. Faham kan.


Yummy! Marshmallow Halal



Kini Marshmallow boleh dijadikan sebagai Hantaran dan Doorgift perkahwinan..Dapatkan pelbagai jenis dan rasa Marshmallow yang enak daripada Marshmallow Halal. Ramai telah order,anda bila lagi?
layari Marshmallow Halal FB untuk tempahan.







Hantaran Marshmallow



contoh doorgift yang diorder klien

Tuesday, March 27, 2012

Tomok dan Angah Raja Lawak sertai Masterchef selebriti

Bakal memulakan rakaman pertama pada 27 Mac ini, program realiti masakan pertama, MasterChef Selebriti Malaysia terbitan Astro Ria (saluran 104) akan disertai oleh 15 selebriti terkenal tanah air.

Antara selebriti tanah air yang bakal terlibat dengan program tersebut termasuklah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan dan Louisa Chong.

Menggunakan konsep yang sama seperti MasterChef Malaysia sebelum ini, sesi Rakaman MasterChef Selebriti Malaysia pertama akan diadakan di Dapur Masterchef yang terletak di Industrila Park, Shah Alam pada Selasa depan.
Selepas sesi rakaman MasterChef Selebirti Malaysia dijalankan, bakal disusuli pula satu sidang media bersama Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad yang akan diadakan untuk mengumumkan lebih lanjut mengenai program tersebut.

MasterChef Selebriti Malaysia merupakan kesinambungan daripada kejayaan MasterChef Malaysia yang telah berjaya menobatkan Dr Izani Farhana Md Monoto sebagai juara.

Nak chef wan jadi juri.hehe

Lagu tema Cinta Buat Emelda episode 2



Oleh kerana,setiap episode CBE( cinta buat emelda) ada banyak lagu,jadi saya buat post mengikut episode.Maaf jika tak semua lagu tersenarai...Cepat sangat!Kalau korang boleh suggest lagi baik.Thanks

Episode 2 Cinta Buat Emelda:
Sejak berjumpa Emelda,Aeril sering teringat Emira.Dia seakan mengenali Emelda.


  • ST 12 - Kebesaranmu download
  • kalau korang perasan lagu ini akan keluar bila babak emelda dan aril fatah

Kau tempatku mengadu hati
Pemberi segala hidup
Dunia dan seisinya milik-Mu
Mencintai-Mu sejati
Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunan-Mu
Lihat di langit kesempurnaan hadir-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup
Reff:
Allahu Akbar Maha besar
Memuja-Mu begitu indah
Selalu Kau berikan semua
Kebesaran-Mu Tuhan
Back to Reff 4x
Kebesaran-Mu Tuhan

Jauh melangkah berharap meniti waktu berlalu

Jauh berjalan lewati berjuta warna kehidupan

Tanpa sadari dalam cermin wajah ini

Bertambah umurku dalam hidup yang smakin merapuh
*Allah bukalah hatiku

bimbing dijalan terangMu

selamatkanlah jiwa yang gelap dlm cahaya rahmatMu

Allah Kau Maha Cahaya beri petunjuk sang jiwa

Ampuni diri yang lelah kadang sesat ku melangkah
**Allah sang Maha Cahaya menerangi gelap jiwa

Allah sang Maha Penguasa padanya hati berserah
Begitu lirih tanpa sadar air ata menjadi saksi banyak waktu sia sia

Tanpa sadari dalam cermin wajah ini

Bertambah umurku dalam hidup yang smakin merapuh
kembali ke *
Allah terangi jiwaku

Allah beri petunjukMu
Allah bimbinglah hambaMu

Allah ampunilah aku



Ku tak berusaha sedarkanmu
Bahwa hanyalah diriku
Yang paling mencintaimu

Sampai nanti
Tapi tak pernah kamu mengerti
Tetap kamu ingin putus
Untuk lebih memilihnya
Daripada kamu memilih ku selama hidupmu
Reff:
Jangan sedih bila aku nanti
Dapatkan kekasih yang lain
Yang lebih sempurna dibanding kamu
Yang pasti ku lupa
Sungguh kamu pasti menyesali
Keputusanmu saat ini
Tuk meninggalkanku, melepaskanku
Yang tak mungkin lagi kembali
Tapi tak pernah kamu mengerti
Tetap kamu ingin putus
Untuk lebih memilihnya
Daripada kamu memilih ku selama hidupmu
Repeat reff [2x]


 

Monday, March 26, 2012

Lagu tema drama Marhabbah



Banyak jugak lagu dalam Drama Mahabbah ni,ada antaranya telah digunakan dalam Vanila Coklat.

  • Sesaat kau datang - Ramlah Ram Feat Sleeq -Download
  • Cinta itu nyawa - Sarah dan Shuib
  • Ku Biarkan kau terlepas - Ana Rafali
  • Bila - Pepito
  • Ilusi Tragis - O two
  • Boomerang -Chocolate
  • Rindu 101- Ghodong
  • Rindu Bukan Teman - Ernie Zakarie
  • Rindu Tetap Merindu - Pak Long


pic cr asia media content fb

Sunday, March 25, 2012

Pohon Epal dan budak lelaki


Di zaman dahulu kala, ada sebatang pohon epal yang tinggi, rimbun dan besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirehat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.

“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.

“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pohon epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…

Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.

 
“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.

Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.

” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di sekitar mu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.

“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.”

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon epal itu dengan nada pilu.”

Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat,” jawab lelaki tua itu.”

Jika begitu, istirehatlah di perduku,” kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun

10 Amalan Pembuka Rezeki

Di antara amalan-amalan tersebut adalah:.

1. Memperbanyakkan Istighfar Dan Bertaubat

Allah SWT berfirman:
“Maka Aku katakan kepada mereka: ’Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-pinak,dan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”
(Surah Nuh [71]: Ayat 10-12).

2. Meningkatkan Ketakwaan

Firman Allah SWT:
“Sesiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Thalaq [65]: Ayat 2-3)..

3. Gemar Menyambung Ikatan Silaturahim

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, “Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya,maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

4. Gemar Mendermakan Harta

Firman Allah SWT;
“Katakanlah: ‘Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”
(Surah Saba’ [34]: Ayat 39)..

5. Membiasakan Ibadah Dengan Betul

Dalam satu hadis Qudsi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman, “Wahai anak Adam, sibukkanlah untuk beribadah kepada-Ku, nescaya akan Aku penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku tutup kefakiranmu. Jika tidak kamu lakukan nescaya akan Aku penuhi pada kedua tanganmu kesibukan dan tidak Aku tutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad).

6. Menunaikan Ibadah Haji Dan Umrah

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda, “Lakukanlah haji dan umrah,kerana keduanya akan menghapus kefakiran dan dosa sepertimana api menghilangkan karat besi,emas dan perak.” (Riwayat Ahmad).

7. Hijrah Di Jalan Allah (Fisabilillah)

Allah SWT berfirman :
“Sesiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.
(Surah An-Nisa ‘[4]: Ayat 100).

8. Bertawakal Kepada Allah

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, “Seandainya kalian mahu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, pasti Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana burung yang diberikan rezeki,pagi-pagi dia dalam keadaan lapar dan kembali dalam keadaan kenyang.” (Riwayat Ahmad dan Tirmidzi).

9. Mengamalkan Solat Dhuha

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, “Sesiapa solat Dhuha enam rakaat, ia akan dicukupi keperluannya hari itu.” (Riwayat Thabrani dan Abu Darda).

10. Menyara Penuntut Ilmu

Anas bin Malik RA berkata, “Dulu ada dua orang bersaudara pada masa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Salah seorang menuntut ilmu pada majlis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sementara yang seorang lagi, bekerja. Lalu saudaranya yang bekerja itu mengadu kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam (lantaran ia memberi nafkah kepada saudaranya itu). Maka Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Mudah-mudahan engkau dimurahkan rezeki dengan sebab dia.” (Riwayat Tirmidzi).

Gambar Irma Hasmie bertunang.

Berkat menunaikan umrah,akhirnya doa Irma dimakbulkan.Irma kini menjadi tunangan kepada Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan 31, di Desa Coafiled, Sungai Buloh semalam. Irma bakal bergelar isteri pada 1 JULAI 2012.Tahniah
gambar irma hasmi bertunang

Tengok hantaran pertunangan Irma cantik dan kreatif..

gambar irma hasmi bertunang
kek bertunang

gambar irma hasmi bertunang
Kek Tasbih..:)

gambar irma hasmi bertunang
bakul coklat drpd bijan...

gambar irma hasmi bertunang
set mandian

gambar irma hasmi bertunang
set persalinan
gambar irma hasmi bertunang

gambar irma hasmi bertunang

Drama Mahabbah ganti Pelangi Kasih


Drama: Marhabbah
Slot: Samarinda
Channel: tv3
Masa: Selasa- Khamis
Pelakon: Azlee Khairi, Nur Fathia,Aiman Hakim Ridza, Aida Aris,Fadzlina Ahmad Daud
terbitan: Asia Media Content

Lagu tema drama Marhabbah -updated
Episode akhir : 22/5/2012



Sinopsis:

Kisahnya bermula dengan lakonan Nur Fathia seorang gadis yang bekerja di sebuah butik, telah jatuh cinta dengan seorang pemuda lakonan Azlee Khairi. Namun percintaan mereka telah ditentang oleh keluarga Azlee yang mempunyai syarikat perniagaan terkenal.

Walaupun mendapat tentangan namun perhubungan mereka berakhir juga dengan perkahwinan. Sehinggalah mereka mendapat seorang anak. Adakah perkahwinan mereka akan berkekalan? Ataupun Azlee meninggalkan Nur Fathia kerana mengikut kata-kata ibu bapanya? Semuanya terjawab dengan menonton drama Mahabbah bermula 27 Mac 2012 ini.



Pelakon utama:


 

pasti bila aiman muncul,rating naik mendadak hehe

Monday, March 19, 2012

Vanilla Coklat akan difilemkan


Drama siri kegemaran ramai Vanila Coklat gandingan mantap Aiman Hakim Ridza dan Izara Aishah akan ke layar perak.Dengan Rating 4.5 juta penonton,pastinya filem Vanila Coklat akan ditunggu-tunggu peminat kan... v(^_^)v

Penggambaran filem ini akan dijalankan bulan Mei ini. Sememangnya fenomena Vanila Coklat tak boleh dibendung dengan kehebatan pelakon utama walaupun baru mula berlakon.Nama Aiman Hakim Ridza adalah antara carian terhangat sepanjang vanila coklat ditayangkan.. selepas ini pastinya pasangan Aiman dan Izara akan lebih dikenali sebagai Amir dan Zara.
Filem ini dijangka ditayangkan tahun hadapan.:) dan mengekalkan pelakon drama yang sama.nak auntie ann and more babak romantis yang cute...

Ramai yang inginkan mereka bercouple-Namun Izara dan Aiman masing-masing telah mempunyai kekasih hati.. :(
Apapun,kita tunggu lanjutan berita dari Filem  Vanila Coklat

Dek penangan Aiman Hakim Ridza, drama Friday i'm in love menjadi popular walaupun belum ditayangkan.

Slot akasia: Seindah Sakura




Seindah Sakura
Slot: slot akasia
Jam: 7-8 malam
Para pelakon: Fahrin ahmad,fasha sandha,Dato' Eizlan Yusof
Arahan: Zul Huzaimy
Tarikh tayangan:  3 Mei 2012
Assalammualaikum dan salam sayang semua,
Drama terbaru slot akasia lakonan Fahrin Ahmad dan Fasha Sandha akan menemui anda tidak lama lagi. Mungkin selepas Cinta Buat Emelda(tak dapat kepastian lagi).Rindu nak tengok Fahrin Ahmad berlakon.Pastinya drama ni menarik sebab Fahrin ahmad jadi Cikgu yang garang,fasha  pula jadi anak murid yang nakal. Fahrin Ahmad akan muncul dalam episode 5(minggu depan) nantikannya...


Cikgu Fahrin sedang mendenda anak murid

ni mesti kena denda dengan Cikgu Fahrin..


sebelum ambik gambar kelas.


 Sebahagian drama ini ada dibuat di Paris,Perancis..wow bestnya kalau dapat pergi!


Sinopsis:



Drama bersiri 24 episod terbitan Temenggong Pictures, bakal membuka tirainya pada 7 Mei 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam. Drama yang diarahkan oleh pelakon dan juga pengarah yang berbakat besar iaitu Zul Huzaimy dan skrip yang ditulis oleh Wan Mahani menampilkan pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato' Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don, Mak Mah dan ramai lagi.

Seindah Sakura membuktikan hakikat sebuah kehidupan di dunia yang sementara ini sememangnya penuh dengan ranjau berduri. Kegagalan dan kekecewaan bagaikan sudah sebati dalam tubuh gadis yang bernama Shakira. Namun hatinya terus berpesan agar tidak terus kecundang dalam melayari perjalanan kehidupan yang singkat. Walaupun Shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, Rohani namun dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, Nek Kiah.  Sesungguhnya Shakira amat merindui ibunya tetapi apakah daya dia buntu mengenangkan sebab ibunya terus hilang tanpa khabar berita. 

Roda terus berputar dan tanpa disedari Shakira kini sudahpun menjangkau usia remaja dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dengan baju yang bertampal sana sini, kasut yang koyak rabak, rambut tidak terurus dengan penampilan yang selekeh, Shakira sering kali diejek oleh rakan-rakan sekelas yang lain. Kadang kala, Shakira terpaksa ponteng sekolah kerana masalah kesihatan Nek Kiah yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah Shakira juga menerima kehadiran Airil, seorang cikgu baru yang tampan dan cukup berdedikasi demi mendidik para pelajar agar menjadi insan yang berguna.

Sikap Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas telah mendapat perhatian Airil. Tanpa soal selidik, Airil terus mendenda Shakira agar gadis itu sedar atas kesilapannya, namun Shakira langsung tidak mengendahkan teguran Airil kerana baginya orang seperti Airil tidak akan memahami situasi orang miskin sepertinya. Ini membuatkan guru baru itu bertambah geram dengan Shakira dan sering mencari kesalahan Shakira. Sehinggalah pada suatu hari Pak Jamil sendiri pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek Shakira yang telah dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah Airil mengetahui punca utama Shakira sering tidak hadir ke sekolah. Saat itu, perasaan bersalah bertalu-talu menghimpit diri Airil. Airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman Shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.

Datuk Malik, bapa saudara kepada Airil merupakan seorang pengusaha yang kaya  yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah Shakira. Datuk Malik melayan Shakira seperti anaknya sendiri dan Shakira pula bersyukur dengan perhatian dan bantuan yang diberikan Datuk Malik. Shakira tidak pernah menunjukkan perasaan sukanya pada Airil tetapi dia sering dilihat seperti tertunggu dengan kedatangan cikgu yang ternyata berbeza dengan tanggapan pertamanya dulu. Sekarang Shakira dapat menumpukan perhatian pada pelajaran. 

Baru beberapa hari dia mengecapi saat gembira bersama neneknya, Rosnah muncul di rumah mereka dalam keadaan yang berkudis di seluruh tubuhnya serta tak bermaya. Shakira begitu gembira dengan kepulangan Rosnah akan tetapi neneknya seperti tidak selesa dengan kepulangannya kerana merasakan Rosnah akan membebankan Shakira. Telahan nenek Kiah ternyata tepat. Keadaan Rosnah mengakibatkan Shakira kelam kabut untuk menjaga nenek dan ibunya. Apabila nak ke sekolah saja, Rosnah akan memanggil meminta pertolongan untuk membuang air. Malah ada juga beberapa kali Shakira tak sempat memapah Rosnah ke bilik air, dan najisnya tercicir di lantai. Shakira pada mulanya agak tertekan dengan situasi baru yang melanda dirinya tetapi nasihat Airil sentiasa menyejukkannya.

Orang kampung begitu membenci dengan kepulangan Rosnah yang membawa penyakit AIDS. Malah Shakira dan nenek Kiah juga terkena tempias menjadi mangsa kebencian penduduk kampung apabila mereka dipulaukan oleh penduduk kampung. Akhirnya penderitaan Rosnah berakhir setelah beliau meninggal dunia. Kemudian Datuk Malik telah mempelawa Shakira dan neneknya untuk berpindah di rumahnya. Jika sebelum ini Airil jarang ke rumah Datuk Malik tetapi kini dia sering balik setiap hujung minggu untuk menemui Shakira. Airil makin terpikat dengan sifat Shakira yang sopan, sabar, selamba. Akan tetapi Airil berasa terperangkap dengan janjinya bersama arwah isteri Datuk Malik untuk berkahwin dengan anak mereka iaitu Anida.

Sejak kehadiran Shakira di rumah Datuk Malik, Anida adalah orang yang paling tidak menyukainya kerana beranggapan Shakira gadis miskin dan kotor yang telah merampas perhatian ayah dan Airil daripada dirinya. Shakira selalu dikutuk dan dihina oleh Anida. Tiap kali Anida nampak Airil mesra dan bergurau senda dengan Shakira, setiap kali itu jugalah Anida akan membalas semula dengan perbuatan yang menyakitkan Shakira. Anida memainkan peranannya untuk mempengaruhi Airil tentang keburukan Shakira yang diciptanya sendiri. Suatu hari Ainida telah memfitnah Shakira dengan memerangkap Shakira di dalam bilik Airil. Airil yang terkejut melihat Shakira yang hanya memakai sehelai tuala terus percaya dengan fitnah Anida yang Shakira adalah gadis tak bermoral kerana sanggup menggodanya. Kejadian itu telah menyebabkan Airil menghantar Shakira ke rumah perlindungan gadis, Rumah Bakti Kasih tanpa berbincang dengan Datuk Malik yang ketika itu berada di luar daerah. Airil yang kecewa dengan apa telah terjadi, dengan hati yang berat dia telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke luar negara. 

Enam bulan telah berlalu dan Shakira telah selesai menduduki SPM. Datuk Malik membawa Shakira pulang ke rumah. Shakira berasa hairan melihat Datuk Malik yang seperti resah dan punya masalah. Apabila ditanya, Datuk Malik sebenarnya mahu melamar Shakira. Shakira amat terkejut dan tak menyangka Datuk Malik yang selama ini dianggap ikhlas rupanya punya niat lain dan mahukan balasan. Namun apakah akan terjadi seterusnya? Adakah Shakira akan memperjudikan nasibnya dengan berkahwin bersama Datuk Malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya itu? Ataupun Shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu Airil? Antara Airil dan Datuk Malik, siapakah menjadi pilihan Shakira? Siapakah pula Putera Haziq dalam hidup Shakira? Apakah tindakan jahat yang akan dilakukan oleh Anida untuk menyekat Shakira mengecapi kebahagian? Mampukah Shakira menikmati kebahagian tanpa pengorbanan? 




Lagu tema drama 3 janji


Atas permintaan,saya akan cuba update lagu-lagu lain dalam 3 janji tapi bermula dari episode 7 ye..episode 1-6 kalau ada masa nanti,saya tengok balik..
Terima kasih kerana setia bersama saya ^_^

1)Mana oh mana- AIZAT
Download




2)Keroz Nazri - Suatu Hari Nanti-  ost Filem Azura 2012
Download

3) Keroz Nazri - Pencuri Hati
yeah\(^_^)/ terjawab sudah siapa empunya lagu ni...Keroz Nazri -Pencuri hati tapi lagu ni belum release lagi,
yang ada performance je 
nak download go to lagu episode 8





3) Lagu dalam episode 7
4) Lagu episode 8

Sunday, March 18, 2012

Koleksi lagu dalam Cinta Buat Emelda


Lagu tema Cinta Buat Emelda...
semakin menarik cerita CBE nie...lagu pun makin banyak..hehe


Nera- Hatimu Milikmu


episode 1
Lagu background- muzik shaja