10 Drama Tontonan Tertinggi 2018


Assalamualaikum,
Salam drama.
Kini kita berada di penghujung tahun. Hujung tahun ni, ramai yang menantikan listing terbaik sepanjang tahun. Drama apa yang menjadi bualan tahun ni? Let check it out.


1. Samarinda Nur

Dengan 11 juta tontonan, Drama Nur mendapat sambutan luar biasa. Kedua pelakon utama drama ni juga memenangi Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik Anugerah Skrin baru-baru ini. Drama ni lari dari tema pilihan produser yang lainnya dengan kandungan yang penuh dengan mesej dan pengajaran. Namun begitu, pengarah masih menyelitkan unsur humor yang dibawa oleh Nur Khiriah sebagai kak cah.  Kalau korang tahu babak ni, korang memang peminat setia Drama Nur.Kesemua tentang drama ni adalah terbaik baik dari segi penulisan skrip, jalan cerita mahupun pilihan pelakon yang membawa watak dengan sempurna hinggakan penonton terus setia menonton hingga ke episode akhir. 
tak sabar nak tunggu sambungannya Nur 2






Telenovela yang menjadi bualan hangat netizen. Drama Adaptasi dari drama Korea ni ternyata memberi impak yang luar biasa. Monalisa membuatkan penonton teremo dengan watak dalam drama ini. Para penonton  bertahan hingga ke 80 episode. Drama ni juga memecah rekod blog admya dengan drama ke 5 carian tertinggi dan membuatkan page admya berada di ranking teratas google ketika tayangan. Sampai sudah admya memang geram dengan Ramona.Mujur ending Ramona dapat balasan. haha


3.   Megadrama: Lafazkan Kalimah Cintamu



Drama ni menjadi carian dan tontonan tertinggi bukan disebabkan kes Datuk Farid Kamil yang kebetulan berlaku ketika tayangan drama. Namun,gandingan mantap Farid Kamil dan Nelydia Senrose ternyata serasi walaupun pertama kali berlakon bersama di samping jalan cerita yang menarik.Apatah lagi ia adalah adaptasi karya Siti Rosmizah. Banyak babak yang menjadi ingatan peminat. Ada yang sampai nangis bertisu-tisu bila menonton episode drama ni.

4. Megadrama - Tak Ada Cinta Sepertimu
Still tak boleh move on dengan Hazran dan Athea. Kisah Pakcik Kerek Handsome dengan Cik Meow. Boleh cakap cerita ni sweet sangat.  Sebab dua-dua bajet macam tak suka bila berdepan tapi dalam hati  ada bunga-bunga cinta. 

5. Slot Akasia- Jangan Benci Cintaku



Drama adaptasi novel  dengan 12 juta tontonan ini mengisahkan seorang isteri yang berusaha mendapatkan cinta suami. Drama ni mendapatkan sambutan di kalangan penonton disebabkan tema curang yang dibawa oleh pelakon. Penonton mudah teremosi apabila melibatkan hal rumahtangga. Watak Nek Pah dan Husna memang akan diingati. Hinggakan ada yang membenci mereka di luar disebabkan watak yang mereka bawa.

6. Megadrama -Mr Grey


Drama ni memang tak dijangka Hits. Sebabnya kedua-dua teraju utama adalah pelakon baru. Nah, dorang berjaya bawa watak dengan baik dan menjadikan drama Mr Grey bualan dan carian netizen.

7. Isteri Untuk Diiktiraf



Jarang-jarang drama dari TV1 mendapat rating tinggi penonton. Namun, drama Ramadan TV1 kini mampu memecah rating penonton.  Isteri untuk diiktiraf menjadi drama pilihan penonton. Pastinya korang akan ingat Tengku Wildan, Safiya dan si Gedik Ana Julia.haha

8.  Megadrama -Rahsia Hati Perempuan

Drama ni memang tak diduga plot twist. 

9. Cik Reen Ngok Ngek
Sama seperti tajuk dia, drama ni memang menghiburkan. Drama ni juga masih trending di blog admya.

10. Mega drama - Isteri Untuk Disewa



Lakonan Fatah Amin semakin baik. Gandingannya dengan Tiz Zaqyah ternyata menjadi dan kini Isteri Untuk Disewa kekal trending 

Bonus:


11.  Seribu Rindu

Zul Ariffin kembali di slot Akasia .


admya:
drama mana yang menjadi pilihan korang tahun ni. cuba komen



follow admya di facebook


Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...