join admya di FB

MegaDrama Lafazkan Kalimah Cintamu






Mulai 15 Jan 2018. Setiap Isnin-Khamis 10 malam

Jumlah episode: 32
Channel: Astro Ria
Slot: Mega drama
Sinopsis:

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?



Farid Kamil dan Nelydia  telah dipilih sebagai watak utama 



Watak dan Pelakon:
  • Tengku Ryan- Farid Kamil
  • Tengku Aqilah - Nelydia Senrose
  • Tengku Natasha - Nadia Shahab(kakak Qila/bekas kekasih T. Ryan/isteri Shafiq
  • Tengku Hisham-  Azri Iskandar (bapa Qila dan Tasha/bapa mertua@saudara Ryan
  • Farhana- Andriana Adnan - kawan baik Aqilah/kekasih Azrul
  • Azrul Botak- Farez Ridwan( pembantu T.Ryan/kekasih Farhana(ana)
  • Shafiq - Imam Shah(kawan baik Aqilah/pekerja syarikat T.Ryan/ suami T.Natasha)
  • Kak Kembong -Adibah Noor( kakak angkat aqilah/orang gaji Engku)
  • Tuty - Nadia Mustapha(orang gaji Engku)
  • Mak Kiah - Anne Abdullah(mak Ana dan mak angkat T. Aqilah)






Download Lafazkan Kalimah Cintamu




admya: Novel tangkap sendu

Comments

  1. tak sabar nak tunggu cerita ni.. suka suka..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. di sini
      http://admya.blogspot.my/2018/01/download-lafazkan-kalimah-cintamu.html

      Delete
  3. suka tengok persahabatan ana dan qila, ana-azrul, shafik-qila
    pelakon drama lkc pandai bawa watak masing-masing

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq