Hanya Untuk Dia
28 EPISOD
terbitan Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd.
ARAHAN : Bahri Uma Bajuri. Ia dibintangi oleh Aniq Suhair dan Amylia Aidura.
Drama ini memulakan tayangandi Slot Akasia, TV3 pada 21 Ogos - 29 September 2026 menggantikan Yes! Captain Zul Aaryan.
Sinopsis
Hanya Untuk Dia Mengisahkan Ain (Amylia Aidura), seorang gadis tabah yang kehilangan kedua ibu bapanya, memikul tanggungjawab besar menjaga abangnya, Ikram (Talha Harith), yang lumpuh dan bergantung kepada rawatan dialisis. Dalam usia yang masih muda, Ain terpaksa hidup antara pelajaran, kerja dan keluarga.
Kehidupan Ain berubah selepas dia bertemu Dr. Zhafran Haikal (Aniq Suhair), seorang pensyarah universiti yang tegas, dingin dan sukar didekati. Pertemuan pertama mereka bermula salahfaham Ain datang lewat ke kelas Zhafran. Sejak itu, Ain sering berdepan teguran dan hukuman daripada pensyarah tersebut sehingga menganggap Zhafran sebagai lelaki angkuh yang gemar menggunakan kuasanyamenekan pelajar.
Namun, di sebalik sikap kerasnya, Zhafran sebenarnya tertarik dengan ketabahan Ain. Dia cuma tidak pandai menunjukkan perasaan dan caranya mendekati Ain sering disalah tafsir sebagai kekasaran. Tanpa Ain sedari, lelaki itu sentiasa mengambil berat tentang keselamatannya dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan Ain berada dalam keadaan baik.
Zhafran sendiri mempunyai masalah keluarga yang tidak kurang beratnya. Dia memikul tanggungjawab menjaga ibunya yang mengalami gangguan emosi, selain dihantui luka daripada masa lalu. Keadaan itu menjadikan Zhafran seorang lelaki yang sukar meluahkan perasaan, tetapi perlahan-lahan Ain mula melihat sisi lembutnya yang tersembunyi.
Hubungan mereka akhirnya berubah apabila Zhafran membuat keputusan mengejut untuk melamar Ain. Ain menerima lamaran tersebut bukan kerana cinta, sebaliknya kerana keadaan abangnya yang semakin kritikal. Dia berkahwin dengan lelaki paling dibencinya.
Perkahwinan Ain dan Zhafran bermula tanpa cinta dan dipenuhi salah faham, ego serta luka lama. Mereka tinggal bersama sebagai suami isteri, tetapi hati masih berjarak. Kehadiran Dr. Dania (Shaza Bae), bekas tunang Zhafran, turut menguji hubungan mereka. Apakah yg terjadi?

Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq