Drama Adaptasi Korea: Monalisa






Salam drama,
Nantikan drama telenovela yang diadaptasi daripada drama korea Two Women's Room. Khabarnya, Zara Zya dan Nazim Othman bakal menerajui drama ini.
Tayangan: Astro
Jumlah episode: 80
" Seorang wanita yang ada segalanya vs seorang wanita yang tiada apa  dalam hidupnya. Satu malam yang malang telah mengubah segalanya... Ready la untuk membawang di depan tv nanti dengan geram




Sinopsis:
Melisa adalah pewaris sebuah hotel yang dikenali sebagai Monalisa. Dia bertemu Ramona dan mengajak dia tinggal bersamanya. Ibu Melisa menyatakan kerisauan yang suatu hari Ramona tersebut akan mengambil alih rumah mereka.Melisa menyatakan ibunya hanya salah faham. Ramona tersebut cemburu akan kemewahan yang dimiliki Melisa lalu berazam akan mengambil segalanya milik Melisa termasuklah teman lelakinya Johan.

Dia mula bekerja di hotel. Melisa terasa dikhianati apabila melihatkan Johan bersama kawan baiknya itu.Selepas mengetahui perangai sebenar gadis tersebut, Melisa mula memusuhi rakan baiknya. Mona itu berjaya menyakinkan  pengarah2 hotel untuk memecat Melisa daripada jawatannya.  Mona juga telah menyebabkan ibu Melisa sakit dan meninggal dunia.Kejadian tersebut menyebabkan keluarga Melisa jatuh miskin. Ayahnya disingkirkan. Melisa bertuah mendapat pertolongan dari kawan baiknya Adam , dan mendapat pekerjaan di sebuah restoran. Gadis yang dulunya miskin kini menjadi kaya dan memegang jawatan di Hotel Mona lisa. Dia berkahwin dengan teman lelaki Melisa dan tinggal di rumah wanita yang dibina semula. Kini, Melisa mahu membalas dendam dan mengambil semula haknya dan harta miliknya.

Mona menghadapi masalah dengan ibu mertuanya, Mereka tidak bersependapat. Mona sengaja menipu tentang kehamilan dan membuatkan ibu mertuanya tidak mempercayai. Suaminya cuba menghentikan gadis itu dari apa yang dilakukan namun tidak didengari. Kini pihak bank mula mencari. Mona cuba mendapatkan pertolongan daripada peguamnya,namun peguamnya pula tikam belakang. Melisa kini menyaman Mona ke mahkamah. Dia mengaku kesalahan. Berita menyedihkan pula, Mona menghidap penyakit membawa maut. Melisa bersimpati dan melawatnya di penjara. Mona cuba memohon maaf atas kesalahannya. Dia kini terlantar di hospital tak bermaya.

Para pelakon:



  • Nazim Othman- Johan
Pengurus Hotel Mona Lisa.Selepas mengejar cita-citanya dia kini menjadi pengkhianat. Apabila perkahwinan menjelang tiba, keadaan berubah. Melisa tidak mampu lagi menjadi tulang belakang kejayaannya.



  • Zara zya- Melisa
Pewaris hotel. Bercinta dengan rakan sekerja di hotel dan mereka bertunang. 

Segalanya berubah apabila dia membantu rakannya. Dari pewaris kini dia menjadi pembantu. Kini dia menuntut balas atas perbuatan rakannya baiknya Ramona.

  •  Mona Allen- Ramona
  • Seorang pekerja hotel professional.Namun segalanya berubah bila permohonannya bekerja di Hotel Mona Lisa ditolak. Segala milik Melisa dicemburui,hinggalah dia mendapat peluang keemasan... dan merampas segalanya milik Melisa






  • Hafreez Adam- Adam Hakim
Chef Restoran Mona Lisa.Kawan baik Melisa.










adik beradik Melisa dan Melina


Lokasi hotel drama monalisa - Pullman Putrajaya
Memang cantik wei!






follow admya di facebook

Comments

  1. mesti meletop nie...dh lme tak tengok berlakon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Citer ni best sangat2.tk sabar tgu hari esok tuk menonton

      Delete
  2. Women room lebih baik daripada cerita ni

    ReplyDelete
  3. yesss ciplak dr the women room...

    ReplyDelete
  4. Apa nama hotel dalam cerita ni..lawa tempatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hotel drama monalisa - pullman putrajaya

      Delete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...