Drama Isteri Untuk Disewa ( Adaptasi Novel)







Karya terbaharu Syamnuriezmil yang bakal diadaptasi.- Isteri Untuk Disewa


Anda mempunyai masalah dalam perhubungan?
Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda?
Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia?
Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? 
Saya ada penyelesaiannya...
Orang untuk disewa!
Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876.
Anytime, Anywhere... I’ll be there.

Lakonan Fatah Amin dan Tiz Zaqyah.

Terbitan: Nuasa Sdn Bhd


Sinopsis:

Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.

“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.

“Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO.

“Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.

“Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.

Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur





Petikan novel:

“Alah abang ni, terasa pulak...” ujar Nur disebalik pintu.
“Kalau tak terasa, apa namanya?” tanya Noah, yang bersandar disebalik pintu juga.
“Abang janganlah nak cari gaduh dengan Nur, pukul 2.00 pagi ni bang.” “Nur kata semua lelaki dalam hidup Nur menyusahkan Nur. Tak apalah, nanti pagi kita call off lah deal kita.”
“Nur kata Imtiyaz, bukan Nur kata abang.”
“Habis abang ni bukan lelaki ke?”
“Lelakilah.. tapi...”
“Bukan dalam hidup Nur?”
“Susahlah nak cakap dengan orang yang pandai cakap ni. Selalu abang yang selesaikan masalah Nur, bila masa pula abang menyusahkan Nur? Sekarang abang nak merajuk dengan Nur, memang YA lah abang memang menyusahkan Nur!” Nur mahu bingkas bangun, layan TV lebih baik. Tiba-tiba pintu Narnia itu diketuk dua kali. Nur mengetuknya kembali, dua kali, tandanya tak boleh masuk. “Nur masuk cepat, mom nak masuk bilik ni.” Mata Nur membulat, Noah terdesak. Tapi saja... Nur nak balas dendam. Konon nak merajuk. Lantak... anak katak!
“Lantaklah, abang kata nak settlekan semua. Malam ni boleh settle... apa salahnya? Biar mom tahu, abang tipu dia!”
“Abang minta maaf.”
“Maaf, Pak Manaf!”
“Sorrylah sayang..”
“Sorry naik lorilah..”
“Lori pun lorilah... cepatlah Nur! Mom dah ketuk pintu ni, banyak kalilah Nur!”
Nur tergelak. Mahu berguling dia ketawa... “Ask me nicely...”
“Nur sayang, abang minta maaf, silalah masuk ke dalam bilik cepat, abang janji abang tak buat lagi.” #IsteriUntukDisewa


Noah Rizal

Nur Adriena








admya:


follow admya di facebook

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...