join admya di FB

Kasih Materialistik





Assalammualaikum,
Nak dengar cerita. Admya ada satu cerita



Seorang ibu mengadu yang anaknya degil,melawan cakap dan kerap tidak pulang ke rumah. Anaknya bernama Adam(Bukan nama sebenar). Bila diberi nasihat,Adam sering kali tidak mahu mendengar. Kadangkala Adam keluar rumah bila dimarahi dan sering pulang lewat malam. Balik awal pagi, matahari dah tinggi baru nak bangun.Ibunya memberitahu Adam anak yang baik.Dia tidak pernah berkelakuan sebegini sebelum ini.Namun,setelah berkawan dengan Roy(bukan nama sebenar) Adam berubah.Dia suka lepak bersama kawan-kawannya.Makin dinasihati, makin bertambah teruk perangai si Adam.

Walaupun kehidupan mereka sederhana, namun segala kemahuan Adam,ibunya turuti walaupun kadang kala dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan.Baginya,memenuhi kehendak Adam boleh membuatkan Adam sedar yang ibunya sayang akan dirinya. Adam mahukan motorsikal untuk pergi ke sekolah kerana rumah mereka jauh dari sekolah, si ibu sanggup membelikan motorsikal dengan harapan Adam mudah pergi ke sekolah. Dah ada motorsikal,kerap pula ponteng sekolah bersama rakan-rakan yang lain hinggalah sekolah memberi surat gantung sekolah.Pening kepala si ibu dengan perangai Adam. Hinggalah suatu hari,Adam ditangkap polis. Dia ditahan di lokap.Si ibu sanggup meminjam wang dan menjual motorsikal milik Abahnya untuk menjamin si Adam.

Setelah baca kisah ini,nampak tak di mana silapnya? Anak atau ibu?
Ya, anaknya membuat kesilapan kerana terpengaruh dengan rakan-rakannya.
Namun,kesilapan ini bermula dengan sikap ibu bapanya yang mencurahkan kasih sayang bersifat material- iaitu menyediakan keperluan fizikal dan memastikan makan pakai mencukupi.Namun,dari segi rohani,ibu bapa tidak ambil tahu.

Membina jambatan kasih sayang yang utuh dengan anak-anak bukan suatu perkara yang harus dipandang ringan. Sebaliknya ia memerlukan usaha yang sungguh-sungguh  untuk memastikan anak menjadi insan berperibadi tinggi serta tidak mudah terjerumus dengan gejala sosial.

Didikan agama amat penting dalam memastikan anak-anak cemerlang dunia dan akhirat. Didikan agama bukannya diajar dalam kelas agama semata-mata,tapi yang lebih penting mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Kehidupan  mengikut Al-Qu'ran dan Sunnah.  Anak-anak sebenarnya memerlukan panduan dari ibu bapa. Apatah lagi di usia remaja,mereka mudah terpengaruh dan mencuba pelbagai perkara baru termasuklah yang negatif dan merosakkan diri sendiri.
Ibu bapa pula hanya tersedar kesilapan mereka atau menyalahkan orang lain bila sesuatu berlaku terhadap anak mereka. Sedangkan ia berpunca dari kealpaan mereka sendiri terhadap tanggungjawab sebagai ibu bapa.
Mereka  terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak,tapi bila anak mula tidak mendengar kata,melawan baru nak pegang ketat-ketat si anak.Pastinya,si anak akan memberontak.Ramai yang tidak mempunyai kemahiran ibu bapa dari sudut agama akan marah bila orang menyalahkan mereka apabila anak-anak terlibat dengan gejala sosial. Anak-anak sebenarnya memerlukan panduan dan kasih sayang ibu bapa.Jika mereka tidak dapat dari orang tua mereka sendiri,mereka akan cari daripada orang lain.Ketika inilah,kawan amat penting.Jika baik yang dijumpa,baiklah dia,jika tidak,terpesonglah dia.

Golongan remaja ini boleh dikelaskan sebagai tempang jiwa kerana mereka tidak mendapat kasih sayang yang jujur tapi hanya bersifat kebendaan. Ibu bapa tidak peduli apa yang mereka buat di luar.Bila anak buat salah,mereka dimarah sepuasnya sedangkan mereka hanyut tanpa panduan dan kasih sayang kerana Allah. Sebab itulah, terdapat banyak ibu bapa  dihantar ke rumah penjagaan orang tua sebab anak-anak tidak ikhlas menjaga ibu bapa mereka.

Kesimpulannya,tanamkan dalam diri sayangkan  ibu bapa dan anak-anak kerana Allah.


admya: ada pendapat?Kongsikan.Moga ianya memberi panduan kepada mereka yang memerlukan.

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq