join admya di FB

Episode akhir Drama Pemburu Rahsia

 




Sangat tak sangka.. plot twist ending dia.

Tidak ku sangka secret keeper dia... episode akhir ready utk dibongkarkan misteri

Tarikh Tayangan: 5 September 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam  
Rangkaian: Samarinda TV3 / tonton
Penulis Skrip: Marr Mohamad
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Zeel Production
Lagu Tema (OST): Pemburu Rahsia - Rahmad Mega

Sinopsis
Seorang gadis, Marissa Damia Nordin, seorang pempengaruh di media sosial telah ditemui mati di kawasan sebuah kolej. Mangsa dikatakan telah membunuh diri dan telah terjun daripada tingkat 7 bangunan kolej berkenaan. Sebelum membunuh diri, mangsa dikatakan sempat membuat 'live' di laman media sosialnya dalam keadaan menangis.

Pemergiannya secara tiba-tiba telah mengejutkan ramai pihak. Punca depresi Damia juga menjadi tanda tanya. Kakak Damia, Aliya, telah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia demi mencari jawapan bagi persoalan ini.

Tidak lama kemudian, Aliya telah menerima mesej dari sebuah akaun misteri di Instaspace yang menjadi petunjuk kepada kes ini. Pengguna tersebut telah mendedahkan tentang lima orang pelajar kolej yang telah lama membuli Damia dalam alam siber.

Aliya berpendapat bahawa mereka ini perlu bertanggungjawab. Dipacu rasa kasih seorang kakak, Aliya nekad untuk membuktikan bahawa kelima-lima pelajar tersebut bersalah atas kematian adiknya. Dia telah dibantu oleh Sir Waiz yang merupakan kaunselor.

Namun, dalam perjuangannya untuk Damia, dia tidak sedar bahawa terdapat seseorang yang sentiasa memerhati dan mengancam nyawanya. Berjayakah Aliya menuntut keadilan buat adiknya?

Watak Pelakon
Intan Najuwa sebagai Aliya
Adam Lee sebagai Waiz
Scha Elinnea sebagai Marissa Damia
Haliza Misbun sebagai Suraya
Muaz Zabir sebagai Ikmal
Raff Roslee sebagai Syaqir
Kimberly Chuah sebagai Elijah
Silfeny Osman sebagai Detektif Fasha
Zarul Husin sebagai Inspektor Rahmat
Fariz Isqandar sebagai Hakimy
Raden Zaharatul sebagai Bella
Kween Keela sebagai Nadine Ahmad
Dina Allysha sebagai Elisa
Izzulfaiq sebagai Koddy
Royce Iqram sebagai Daniel
Adwafri Shah sebagai Qoyyum
Azri Iskandar

Episode akhir

Selepas bertengkar, Alia meluru keluar rumah. Namun, sebaik dia keluar, Alia ditahan pihak polis.



Alia dibebaskan selepas polis tidak cukup bukti untuk mengaitkan Alia dengan kes bunuh Mia.


Alia menerima panggilan dari secret keeper. Tanpa disedari, seseorang telah memukul Waiz dan Alia hingga pengsan.

Setelah sedar dari pengsan, Alia mencari Waiz. Waiz telah diikat dan kebenaran mula terbongkar siapa secret keeper. Wajah Di sebalik topeng. Memang suspen time ni


Syakir rupanya. Unexpected betul.!

Dia marah kerana Mia bunuh diri sebab mereka.
Syakir menceritakan sebab dia membela kematian Mia. 
Mak Mia muncul. Rupanya Suraya berkomplot dengan Syakir selama Ini. ( Yang ni ramai Yang boleh agak) 
Suraya juga  menjelaskan ramai yang tak Peduli Akan Mia. Ini membuatkan dia membalas dendam akan kematian anaknya.

Alia memohon maaf Dan merayu pada Suraya. Alia menyatakan dia tahu siapa pembunuh sebenar Mia.
Alia menuding pada Syakir pembunuh sebenar. Tapi Syakir menafikan dan memberitahu Mia bunuh diri bukan dibunuh...
 Satu demi satu Rahsia Mia terjawab. Syakir Dan Mia pernah berhubungan hingga Mia pregnant. Mia memutuskan untuk menggugurkan kandungnya disebabkan Syakir tidak mahu bertanggungjawab.


Syakir mula gusar pabila Suraya mengacukan pistol ke arahnya. Lalu dia menuduh ikmal Yang membunuh. Ikmal juga membela diri dengan mengatakan dia adalah saksi Yang Mia dibunuh bukan bunuh diri kerana dia  bersama Mia sebelum menyaksikan  Syakir tertolak Mia ketika mereka bertengkar.


Kes selesai. Polis da tiba Di tempat kejadian ( kes besar polis dua org ja ada).
Alia bercadang untuk tinggal Di luar negeri Dan mempelawa Waiz untuk berjumpa dengannya jika rindu.

 Tapi sebelum tamat, Alia menerima satu SMS.
 Eh... Ada sorang Lagi secret keeper Yang belum diketahui?

Macam Ada sambungan. Ke director sengaja biar cerita hanging mcm Tu.
papepun drama ni memang terbaik. memang suspen sampai ke ending!



Comments