join admya di FB

Slot Lestary : Bila Cinta Menjadi Dosa

 



Trending Drama!!

Kerana Cinta Seorang Wanita Mampu Membina Sebuah Dunia.. Dan Juga Menghancurkan Tanpa Sisa!”
‘’Cinta Ini Bukan Penamat, Ia Dosa Yang Baru Bermula..” 🔥

▶️ Saksikan Bila Cinta Menjadi Dosa -> Setiap Jumaat - Ahad , 9:00 Malam Di TV3!

📌 30 episod penuh debaran

📌 Jumaat - Ahad|  10:00 malam

📌 TV3 & Tonton


Lagu OST

Tajuk : Taman Keabadian

Penyanyi : Aishah

Sinopsis: 

Zhafran (Zairi Aziz) pulang ke tanah air selepas meninggalkan kisah silam yang pahit, disambut oleh keluarganya, Dato’ Yusof (Zamarul Hisham) dan Datin Kalsum (Maria Farida). Namun kepulangan itu menjadi titik mula kepada rahsia besar yang selama ini tersembunyi.

​Kemunculan Eva (Sarimah Ibrahim), wanita yang mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Dato’ Yusof, mencetuskan ketegangan dalam keluarga. Tuntutan Eva menggugat kepercayaan, menguji kesetiaan dan membuka ruang manipulasi yang semakin sukar dikawal.

​Dalam kekalutan itu, Nurul Yasmeen (Alya Iman) bekas kekasih Zhafran, kembali hadir dalam hidupnya melalui dunia korporat sebagai sekretari Dato’ Yusof. Pertemuan semula ini menghidupkan luka lama, memaksa mereka berdepan perasaan yang belum terlerai.

​Di kampung, Nurul Nadira (Nelissa Nizam) dan neneknya hidup dalam konflik harta pusaka yang ingin digadai oleh neneknya demi kepentingan wang dan diri sedangkan Nadira terlalu sayangkan satu-satunya warisan arwah ibu dan ayah.

​Konflik keluarga, tanggungjawab, dan tekanan masa lalu saling bersilang, menjerat setiap watak dalam permainan emosi yang penuh helah. Setiap keputusan membawa akibat, dan kebenaran yang tersembunyi menunggu masa untuk terbongkar.

Para pelakon :

@zamarulhishamofficial sebagai Yusof

@sarimahibrahim sebagai Eva

@alyimn sebagai Nurul Yasmeen

@zairiaaziz sebagai Zhafran 

@elizadsharifuddin sebagai Marissa

@nelissanizam sebagai Nurul Nadira 


@marcsyahmie sebagai Amar

Dan Ramai Lagi !

Comments