Saksikan drama terbaharu daripada TV3. Mulai 16 Mac 2026. Antara pelakon hebat drama ini adalah puteri balqis, Azhan Rani, Amyza Adnan, Zairi Aziz Dan Hafeez Mikhail. Saksikan di channel tonton.
Jumlah Episode: 10
Sinopsis:
Bahar (Azhan Rani) dan Tijah (Amyza Aznan) membesarkan Husna, seorang bayi yang ditemui di luar rumah mereka, lalu dijadikan anak angkat dengan sepenuh kasih sayang. Namun di sebalik kebahagiaan itu, timbul keresahan dalam diri Tijah apabila Bahar terlalu memanjakan Husna dan menuruti segala kehendaknya.
Apabila meningkat remaja, Husna (Puteri Balqis) mula memberontak. Dia sering ponteng sekolah, menipu, mencuri, dan pada masa yang sama, mengimpikan kehidupan mewah.
Dia akhirnya melarikan diri dari rumah dan terjerumus ke dalam hubungan dengan Zafran (Hafeez Mikail), seorang lelaki lebih berusia yang mempunyai sisi gelap. Terpengaruh dengan dunianya, Husna semakin jauh daripada keluarga.
Husna semakin menolak jauh Bahar dan Tijah, menyangkal asal-usulnya dan memilih cita-cita serta kemewahan berbanding keluarga. Pilihan hidupnya mula membawanya ke dalam bahaya, lalu menguji ikatan kasih antara ibu bapa dan anak.

Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq