join admya di FB

Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H Mengikut Negeri² di Malaysia

Berikut adalah kadar pembayaran Zakat Fitrah bagi tahun 2011/1432H mengikut negeri² di Malaysia. Pembayaran Zakat Fitrah boleh dibuat sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun dengan beras (sama nilai) mulai 1 Ramadan sehingga sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri sama ada melalui amil² yang dilantik ataupun di kaunter² bayaran zakat yang disediakan.



Pengeluaran Zakat adalah Rukun Islam ke Empat yang wajib ditunaikan selepas berpuasa di Bulan Ramadhan. Barang sesiapa yakni Muslim yang tidak mengeluarkan zakat, maka tidak sempurna Rukun Islam seseorang itu.


 Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:


 “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”



Ibnu Umar meriwayatkan:

  "Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169)



Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H mengikut negeri : 
  • Perlis  RM6.00
  • Kedah RM 7.00
  • Pulau Pinang  RM 7.30
  • Perak  RM 7.00
  • Selangor RM 5.20
  • Negeri Sembilan RM  6.50
  • Melaka  RM 6.30
  • Johor  RM 6.50
  • Pahang  RM7.30
  • Terengganu 6.00 / 7.00 / 8.00*
  • Kelantan  RM 7.60
  • Sarawak RM 7.50
  • Sabah RM7.70
  • Wilayah Persekutuan  RM 5.20 

Waktu mengeluarkan Zakat Fitrah bagi Bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:
  1. Wajib: Apabila terbenamnya matahari pada akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari keesokan harinya.
  2.  Paling afdhal: Sebelum menunaikan Solat Sunat Hari Raya.
  3. Sunat: Dari 1 hingga 30 Ramadhan.
  4.  Makruh: Selepas selesai menunaikan Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenamnya matahari pada 1 Syawal.
  5. Haram: Selepas terbenamnya matahari 1 Syawal.


Comments