join admya di FB

Seribu Tahun

 


Bukan semua kisah cinta itu mudah di rosakkan dengan hadirnya orang ke tiga. Malah kadang kadang hadirnya orang ketiga itu menguatkan lagi cinta mereka.

Akan datang bermula 5 Mac 2025, Setiap Rabu Hingga Khamis Pukul 9 Malam Di Astro Ria Dan Strim Astro Go Serta Sooka.


Saksikan lah sebuah kisah cinta antara Syukri (Azhan Rani) dan Nor (Nurkhiriah) yang serba sederhana namun tinggi nilai cinta mereka di mata kita. 


Syukri membuktikan masih wujud cinta sejati seorang lelaki pada isterinya yg serba kekurangan. Semakin diduga dengan kehadiran Puteri Imaan Suhana (Emma Maembong) Orang ketiga yang serba serbi sempurna. 


Cinta Syukri tidak sedikit pun goyah. Malah bertambah kuat sehingga menimbulkan rasa cemburu dan dengki pada Imaan yang sanggup melakukan apa saja demi ‘mencuri’ Syukri dari kepunyaan Nur. Seorang isteri yang lembam dan tidak boleh beranak kerana penyakit sindrom Turner nya.



Cerita ini jugak menceritakan betapa kuatnya cinta Nur, seorang isteri yg lembam dalam mempertahankan perkahwinannya gara gara ‘diusik’ oleh kehadiran Imaan yang diselamatkannya yang dianggap tak ubah seperti adiknya sendiri. 


Dalam kepayahannya cuba memahami apa niat sebenar wanita yg dianggap sebagai adik Nur sedar yang dia perlu berjuang menyelamatkan cintanya yang cuba di rosakkan oleh manusia narsistik seperti Imaan yang rosak gara gara dendamnya dengan mamanya sendiri.


Saksikan lah sebuah cerita biasa biasa saja tapi sarat dengan konflik dan permainan emosi yg hebat antara Syukri, Nur dan Imaan dalam drama terbaru bertajuk SERIBU TAHUN.


A throwback to classic Ramadan dramas by Radiusone.


Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin.


Dibintangi oleh Emma Maembong, Azhan Rani, Nurkhiriah dan ramai lagi.




Kredit: Astro Malaysia, Radiusone Sdn Bhd

Comments