join admya di FB

Slot Akasia: Aku Bukan Ustazah ( Adaptasi Novel)


 

Episod: 28
Tarikh Tayangan: Februari 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3

Dia Aminah. Seorang niqabis yang berpaling dari ijtihadnya kerana fitnah manusia.

Kerana seorang Adam, maruahnya sebagai niqabis dipijak-pijak lalu dia tekad untuk keluar mencari jalan hidup sendiri. Di situlah bermula episod kehidupannya bersama dengan rakan-rakan yang berbeza pegangan hingga dia hampir terjerumus ke lubang noda yang dia gali sendiri. Dia mencipta dirinya sebagai ‘Miya’ manakala ‘Aminah’ ditinggalkan semakin jauh. Adam dan Omar. Dua pemuda yang berbeza cara hidup cuba merebut kasih sang niqabis. Adam merupakan pemilik sebuah kelab malam, hidupnya penuh dengan noda manakala Omar seorang doktor perubatan lulusan universiti di Mesir dan sangat menjaga agamanya. Antara dua, hanya seorang yang Aminah paling dekat namun sering dia menafikan perasaannya itu. Mana mungkin syaitan bersatu dengan bidadari syurga?


Watak Pelakon
Erysha Emyra sebagai Aminah
MK K-Clique sebagai Adam
Zahiril Adzim sebagai Omar
Raden Zaharatul sebagai Sally
Shaza Bae sebagai Sam
Qistina Khaled sebagai Zaza
Fikhree Bakar sebagai Aslam
Ahmad Syafiq sebagai Azhar

Comments